Assalamualaikum semua, apa khabar? Semoga semua sihat walafiat di sana.
Ok hari ini, saya akan meluangkan masa lagi untuk menjawab soalan-soalan yang masuk dalam kotak KISSinsights Nizam Malek Blog ini. Terima kasih untuk soalan-soalan dan respond daripada anda. =)
Soalan yang masuk pada 21 June 2012 lalu berbunyi begini:
"Salam En Nizam, saya nak tanya, banyak-banyak blog yang saya baca di Internet, mengatakan nak buat degree dalam course Farmasi kena dapat 3.8? Betul ke?? Dan ada student-student mengatakan susah belajar dalam bidang ini walaupun diploma.."
Ok ini respond daripada saya:
Salam, untuk soalan pertama, yup, betul.
Kursus Ijazah Sarjana Muda Farmasi adalah salah satu kursus kritikal yang akan membolehkan bakal graduannya membina kerjaya berstatus professional, sama seperti kerjaya sebagai Doktor Perubatan, Doktor Pergigian, Peguam dan sekategori dengannya.
Oleh itu, kelayakan untuk menyertai kursus Farmasi ini adalah tinggi iaitu sekitar cgpa 3.8-4.0 untuk Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA).
Di samping faktor kursus kritikal, cgpa kemasukan ke kursus Farmasi adalah tinggi disebabkan faktor persaingan. Farmasi kini menjadi satu bidang yang kian popular di Malaysia atas faktor permintaan klinikal, industri dan perniagaan yang semakin berkembang.
Oleh itu, lebih ramai yang memohon untuk menyertai kursus Farmasi menyebabkan perlunya cgpa yang tinggi untuk mendapatkan tempat di IPTA.
Faktor ke tiga yang mungkin boleh saya hujahkan adalah disebabkan persepsi masyarakat mula berubah sedikit demi sedikit berkenaan aspek kerjaya.
Jika kita lihat, pada tahun 80's dan 90's, masyarakat ibu bapa lebih cenderung untuk menghantar anak-anak mereka ke sekolah perubatan (Medical School) kerana ianya akan menjamin kerjaya yang paling baik berbanding kursus-kursus lain yang ada.
Kini bermula tahun 2005, lebih ramai ibu bapa dan para pelajar yang cenderung untuk menukar pilihan mereka ke bidang Farmasi. Antara sebabnya adalah kerana bidang Farmasi menawarkan prospek kerjaya yang lebih luas dan kurang menekan berbanding kerjaya sebagai Doktor Perubatan di hospital.
Ok untuk soalan kedua nya, sebenarnya saya tidak boleh mengiyakan atau menidakkan sama ada bidang Farmasi ini senang atau susah. Ia lebih kepada penerimaan individu. Bagi saya, jika anda mempunyai minat yang baik pada bidang Farmasi, anda tidak akan merasakan bidang Farmasi itu susah, malah anda akan melihatnya sebagai sesuatu yang mencabar diri anda, dan membuatkan anda rasa lebih seronok mendalami bidang Farmasi ini.
Sebaliknya, jika anda sememangnya tidak mempunyai minat langsung dalam bidang Farmasi, contohnya anda lebih meminati dunia fesyen, musik mahupun pengacaraan, anda akan rasa bahawa bidang Farmasi adalah sesuatu bidang yang amat tidak releven dengan diri anda dan anda akan mengharunginya dengan amat sukar. Ianya amat bergantung pada minat seseorang.
Selain itu, sikap juga memainkan peranan untuk mengelakkan bidang Farmasi menjadi sesuatu yang susah. Jika seseorang pelajar itu mempunyai sikap yang kurang baik atau negatif seperti suka buat kerja bertangguh atau tidak mengurus kerja-kerja assignment yang perlu dihantar secara sistematik, ia akan menjadi beban besar apabila assignment tersebut perlu dihantar pada masanya.
Alasan 'tidak tahu' sudah tidak boleh dipakai lagi kerana informasi kini berada di hujung jari dengan adanya Internet. Malah buku rujukan yang ada adalah lebih daripada cukup untuk membantu para pelajar menyelesaikan tugasan mereka..
InsyaAllah jika anda bersedia untuk benar-benar belajar dan menghadapi kursus Farmasi ini, anda akan dapat menyelesaikannya dengan baik walaupun diploma. =)
17 comments:
salam. boleh tahu tak tentang gaji seseorg farmaris dalam bahagian klinikal
Salam Zarith, gaji seorang Pharmacist di bahagian klinikal bermula dari gred U41.
Assalam. Blh sy tahu Universiti mana yg ada buat asasi farmasi slain dri UIAM? Hm.. Ad org ckp, klu sklh mngh xambk arab, xde bsic arab, bile msuk uia asasi akn jdi 2 thun sbb sbjek arab tu. Btul ke?
Mmg kene 2 tahun jgak klau xde bsic arab?? Hmm.
Salam Muhammad Jalaluddin,
Selain UIAM, UM juga buat asasi, namanya PASUM (Pengajian Asasi Sains Universiti Malaya).
Biasanya kalau bukan dari aliran Sains Tulen Arab, tak boleh masuk UIAM.
Saya kurang pasti, tapi Asasi UIA memang 2 tahun.
Jadi bagi saya agak membazir masa.
Lebih baik masuk matrik atau PASUM.
Oh trma ksih. Sy bljar Bio,kimia,fizik dlam B.Inggeris di sklh..jika di unviersiti, smuanya dalam Bi kn. 100% english kn? Mcam mana dgn sy? Ad x ap2 nsihat utk sy? :)
Sy dngr skrng sukar utk smbung degree farmasi, pointer tinggi diperlukan. 3.9/4.0. Benarkah? Jika sy ggal mcapai pointer itu, adkah sy trpkse beralih ke aliran lain? Atau ada IPTA yg bleh dimohon utk bidang farmasi jika pointer agak rendah? Hm..
Muhammad Jalaluddin,
Yup, di Universiti dan Kolej, belajar semua dalam bahasa Inggeris.
Kalau tak mahir bahasa Inggeris, masuk kelas bahasa Inggeris. Itu saja. =)
Farmasi adalah satu kursus kritikal. Yup, perlu dapat pointer 4.0 untuk sambung belajar dalam bidang Farmasi di IPTA.
Kalau tak dapat 4.0, pilihan seterusnya adalah untuk belajar di IPTS.
Ipts mahal kan? Hm. Ssh jgk ye. Blh bgi cdngan bidang yg menjamin pkerjaan setelah lulus degree?
Yup, yuran di IPTS agak mahal.
Bidang yang menjamin pekerjaan adalah Perubatan dan Pergigian.
Sebenarnya, jangan bergantung terlalu banyak kepada kursus yang diambil.
Persiapkan diri anda dengan kemahiran komunikasi dan modal insan yang baik untuk bersaing mendapat pekerjaan.
Selamat maju jaya!
Boleh saya tau apa subjek-subjek bagi course farmasi?
Salam Cik Adorabelle,
Sila hubungi Fakulti Farmasi di kolej yang menawarkan kursus Farmasi untuk mendapatkan details subjek-subjek yang perlu diambil.
Tq.
Untuk Fakulti Farmasi CUCMS, sila rujuk link ini http://www.cybermed.edu.my/cucms-web/new_web/bpharm.html
salam.. pointer saya 2.97.. agak2 boleh ke dapat masuk pharmacy dekat cucms?
Salam..boleh beritahu IPTS yg paling murah yuran pengajian menawarkan Degree Farmasi..adakah anda belajar di CUCMS menggunakan wang sendiri sepenuhnya atau mengambil tajaan/pinjaman mana mana.
Assalamualaikum.. saya nak mintak pndapat saudara...7/4/16 saya akan ada temuduga dlm diploma farmasi di unikl rcmp... jadi saya nak mintak pndapat saudara ttg soalan2 yg mmpunyai kmungkinan besar utk disoal? Harap saudara dpt reply soalan saya scepat mungkin... terima kasih =)nabihah
Salam, tumpang tanya ada ke orang umur 40 tahun diterima bekerja dlm bidang farmasi?
Post a Comment