Tuesday, July 24, 2012

Universal Studios Singapore!


Assalamualaikum kawan-kawan semua~

Apa khabar? Semoga semuanya dalam keadaan sihat sejahtera. =)

Dalam post kali ini, saya nak share dengan anda semua, pengalaman saya pergi bercuti+jalan-jalan+bermain di Universal Studios Singapore (USS) pada 22 Julai 2012 yang lepas bersama dengan 2 orang kawan PRP iaitu Syafiq dan Shafiee.

Dah lama sebenarnya plan nak pergi USS.. Kata orang JB, tak pernah pergi USS susah lah kan.. At least tahu lah jugak USS tu apa, kat mana.. hehe.. =p

Ramai yang tanya, kenapa pergi time bulan puasa? Erm, sebenarnya tak delah plan nak pergi bulan puasa, kebetulan je sebenarnya.. Sebelum ni agak sibuk dengan rotation klinikal.. Jadi bila dah siap hantar log book klinikal, inilah masanya untuk pergi berseronok.. ; )

Ok, first skali saya nak share pasal cara-cara nak pergi ke USS dari JB. Sebenarnya ada banyak cara untuk ke USS. Antara yang termudah sekali adalah dengan menaiki bas dari Tune Hotel, JB. Harga tiket USS + tiket bas pergi balik adalah RM210 sahaja. Bas bertolak pukul 7 pagi dan balik semula ke JB pukul 7 malam. Senang je, bas tu akan bawa kita terus ke basement parking USS dalam masa lebih kurang 45 minit sahaja.

Tiba di USS tu dalam pukul 8 pagi. Masa tu semua premis belum dibuka. USS pun buka pukul 10 pagi. Jadi 2 jam melilau tak tahu nak buat apa. So ambil lah gambar-gambar sekeliling beberapa das. 

Ohya, sila tukar dulu wang anda ke currency Singapore Dollars ya. Kalau boleh tukar duit siap-siap masa kat Malaysia lagi. Sebab kalau tukar kat Singapore rugi, RM1=$2.70. Jadi kalau tukar RM270, dapat lebih kurang $100 sahaja. Kalau tukar kat Malaysia, ratenya adalah RM1=$2.50. 

Best masa saya pergi kat USS tu cuaca agak baik, cuma panas terik sikit. Jalan-jalan pulak masa tengah berpuasa, tengok orang lain minum air sejuk macam best je.. Tengok je lah.. =p
First time masuk dalam USS tu memang rasa teruja. Kamera ada apa guna, terus snap gambar sana sini. Stesen first skali yang kitorg pergi adalah stesen Transformers, Ride the Movies. Kat stesen Transformers ni, kita boleh menonton wayang 4D di mana kita berada dalam satu kereta dan kita akan diselamatkan oleh Transformers (Optimus Prime & Bumble Bee) daripada Megatron.


Nak tahu apa lebih lagi pasal Wayang 4D Transformers ni? Jom tonton video di bawah:


Wayang 4D ni maknanya kita macam masuk dalam cerita tu dan rasa semua efek yang ada. Contohnya kalau ada air, kita akan terasa air tu terpercik ke muka kita. Kalau ada benda meletup, kita akan terasa panas terbakar. Memang feel habis.. Sebelum ni just dengar orang cerita-cerita je, sekarang dah rasa sendiri, memang best!
Then lepas tu kitorg pergi main roller coster.. Did I wrote 'kitorg'? Hehe, diorg je yang main, saya tak main roller coster 'gila' tu.. Bukan takut apa, saya jadi tukang jaga barang-barang.. hehe.. =p Roller coster tu memang kaw-kaw lah.. Cakap je lah kaw-kaw.. Tak naik pun.. =p Btw, sape yang ada motion sickness or mabuk-mabuk laut tu, tak payah lah main roller coster tu.. 

Bukan 1 je roller coster ada kat situ, ada banyak lagi kat stesen-stesen lain. Then lepas tu kitorg pergi kat stesen Revenge of The Mummy. Stesen ni unik gak lah. Ada pasang lagu-lagu arab bagai. Cuaca plak panas terik cam tu.. Memang terasa macam ada kat Mesir.. 
Dalam stesen Revenge of The Mummy tu pun best gak, main roller coster in door. Mula-mula masuk tu nampak macam tak de pape. Skali die reverse ke belakang, gedegung sana sini.. Time tu plak tak cabut spek. Diorg ada snap gambar time main roller coster tu.. Orang lain dok jerit-jerit.. Gambar saye plak tengah pegang muka.. Aduish.. Hehe.. =p Diorg buat duit dengan jual gambar tu.. 1 gambar $20.. Sape nak beli..? =p
Then jalan-jalan lagi.. Pergi kat stesen Shrek, Far-far Away. Tengok wayang 4D. Ni pun boleh kata best juga lah. Dalam panggung wayang besar tu, tengok movie Shrek ramai-ramai. Antara efek 4D nya, bila Donkey tu bersin, kita terkena air nya.. Eii, yeks.. =p

Kemudian lepas stesen Far-far Away tu, kita pergi tengok pertunjukan air. Yang ni memang out of mind lah. 

Diorg buat movie depan-depan penonton semua. Kita masuk dan duduk macam kat stadium, tapi depan kita satu set pengambaran besar. Ada pelakon, ada props semua. 

Diorg pun berlakon lah dengan stuntnya.. Jet ski, kapal terbang, letupan, tembakan, semua live depan kita. 

Ada satu part tu, ada sorang lelaki tu kena tembak dari tempat tinggi dan dia jatuh terus dalam air.. Memang tak boleh fikir lah macam mana diorg berlatih buat stunt live tu semua.. Amazing!
Then lepas tu kitorg pergi ke stesen The Lost World, tengok dunia Dinosour. Kat situ beratur punya panjang. Lebih 35 minit saja menunggu. Kat stesen tu kita naik bot bulat 9 orang dan lalu sepanjang sungai. 

Sambil tu boleh tengok Dinosour kat kiri dan kanan. Then sampai kat satu tempat tu, bot kitorg diangkat tinggi kemudian dihempas ke bawah.. Time tu air semua masuk dalam bot.. Habis basah baju dan seluar.. Tapi enjoy gak lah.. =p

Kat luar ada Drying Pod.. Tapi kena bayar.. Nak save budget, jadi tak merasalah.. Keringkan baju pakai cahaya matahari je.. =p
Sebab pakaian masih basah, kitorg pun jalan-jalan lah lagi. Pergi kat stesen Madagascar. Time tu diorg tengah buat persembahan tarian Madagascar. Semua mascot character dalam movie tu ada. Sape yang follow cerita Madagascar mesti excited. Kitorg time tu dah penat dah. Pening, pusing, sakit kepala sebab panas terik.. Jadi tak heran dah dengan mascot tu semua.. =p

Then lepas tu kitorg pergi solat.. Jalan-jalan kat mana pun di bumi Allah, solat tetap solat ya. =) Best gak surau dia, ada aircond lagi.. Dapatlah hilangkan lelah dan panas terik lepas bermain kat luar..
Lepas siap solat Zuhur dan Asar, sambung lagi bermain. Lepas tu kitorang pergi melawat stesen Monster Rock. Tengok persembahan pentas macam kat Istana Budaya. Lebih kurang 20 minit juga. Tengok mumia, Frankeinstein dan banyak lagi menyanyi. 

Lepas tamat persembahan Monster Rock, jam pun dah lebih kurang pukul 5.45pm. Then kitorg pergi tengok persembahan daripada Steven Speilberg. Kat sini kitorg dipersembahkan dengan idea-idea arahan Steven Speilberg. Kita dapat tengoklah, macam mana dia arahkan filem. Kalau part hujan macam mana, part letupan macam mana, part guruh macam mana. Best lah juga. 

Sebelum keluar dari USS, kitorg sempat pergi main Transformers lagi. Best lah katakan.. =p
Then lebih kurang pukul 7pm tu kitorg pun turun ke basement parking. Bas dah sedia menunggu. Beri tiket, dan bas terus bergerak menuju pulang ke Johor Bahru. Berbuka puasa lebih kurang pukul 7.16pm dalam bas, atas Second Link di antara Singapura dan Malaysia. =)

Ok sampai sini saja coretan USS kali ni. Kepada yang dah pergi USS mesti rasa biasa je, tapi kepada yang belum ke USS, bolehlah pergi, memang berbaloi. Ada orang kata mahal. Yup, memang mahal, tapi pada saya, USS telah dibina dengan satu komitmen yang tinggi untuk membawa dunia fantasi ke dunia realiti. 

Akhir kata, I have enjoyed my 1 day holiday trip in Universal Studios Singapore! =)

P/S: Untuk update terkini USS, sila klik sini ==> Universal Studio Singapore 2.0

23 comments:

Uni on July 24, 2012 at 8:31 AM said...

wah bestnye!! tak bgtau pon nak pegi?? anyway ni yg buat k.u, a.e. & h.h. pon tak sabar2 nak jejak kaki kat USS!! :)

Nizam Malek on July 24, 2012 at 9:06 PM said...

Hehe, biasalah, diam-diam ubi berisi. =p

Memang best USS, jom nanti kita pergi ramai2. =)

Anonymous said...

hi... Klu nk beli tket bas saje bape? Mmg ade 1 bas saje ke? Klu terlepas bas kul 7 mlm 2 x ke naye... Boleh x bg detail info dr naik bas ke cop passport n naik bas blk. Takut plak kene tinggal.

Nizam Malek on December 2, 2012 at 12:40 AM said...

Hi Anonymous,

Kalau beli tiket bas sahaja RM30 pergi dan balik.

Yup kalau beli di Tune Hotel tu, tripnya hanya ada satu iaitu pukul 7 pagi dan balik 7 malam.

Sebab tu kena buat planning masa baik2.

Detail naik bas?

1. Kita tunggu di Tune Hotel pada pukul 6.45pagi.
2. Bas akan bertolak tepat pada pukul 7.00pagi.
3. Pertama kita akan sampai di Imegresen Malaysia. Bas akan berhenti dan kita masuk dalam bangunan. Siap cop passport semua, kita akan menuju ke pintu keluar, bas akan tunggu di sana. Jadi terus saja naik bas.
4. Kemudian bas bergerak menuju ke Imegresen Singapore pula.
5. Kat sini pemeriksaannya agak rapi. Barang2 yang dibawa akan discan dan badan juga akan discan. Tujuan perjalanan akan ditanya. Biasalah, Singapore kan strict sikit.
6. Kemudian lepas selesai di Imegresen Singapore, kita naik bas semula dan terus menuju ke Sentosa Island, di mana terletaknya USS.
7. Bas akan bawa kita terus ke basement parking dan kita akan naik tangga bergerak, menuju ke USS di bahagian atas.
8. Pastikan anda mencatat nombor bas dan dapatkan nama pemandu bas, supaya tidak tersilap naik bas nanti.
9. Anda bebas bermain di USS sehingga pukul 6.45pm. Lepas tu anda turun semula ke basement parking dan ditempat yang ditetapkan oleh pemandu bas.
10. Naik bas dan terus bergerak pulang ke Malaysia.

Macam tu lah secara ringkas detail cara-cara nak ke USS melalui Tune Hotel.

Kalau takut kena tinggal, pastikan anda turun lebih awal daripada masa yang ditetapkan. Janganlah turun pukul 7.10pm atau 7.30pm kan. Pengurusan masa amatlah penting.

Dan maklumat tambahan, kalau anda beli tiket ke USS dari Erwin Travel Agency di stesen bas Larkin, mereka mempunyai 3 trip ke USS masa yang berbeza.

Jadi mungkin anda boleh cuba pergi ke USS melalui Erwin Travel Agency. Harganya pun lebih murah sekitar RM190 sahaja.

Semoga jawapan ini membantu anda. =)


Zira Yusof on January 31, 2013 at 11:14 AM said...

Assalamualaikum.. hai nizam. yang tix di tune hotel ni beli online boleh ke? Or beli on the spot?

Nizam Malek on February 1, 2013 at 3:44 PM said...

Wasalam Zira Yusof,

Saya tak pasti boleh beli tiket ni secara online atau tidak.

Saya cadangkan anda pergi ke Tune Hotel JB dan beli tiket beberapa hari (atau minggu =p) sebelum nak ke USS.

k o c b on March 15, 2013 at 9:08 AM said...

Assalam,
En nizam saya nak tanya bolehke bawak makanan masok kedalam senyap2.maksud saya mase masok dalam ada tak staf dia check beg kite.comtohnya snek,roti diorang prasan tak kalau letak dalam beg

Nizam Malek on March 16, 2013 at 10:16 AM said...

Wasalam k o c b,

Ikut pengalaman saya, mereka tidak sempat pun memeriksa kandungan beg kita sebab orang yang beratur untuk masuk ke USS adalah terlalu ramai.

Jadi tiada masalah rasanya untuk membawa masuk makanan daripada luar. Cuma jangan lah bawa raga macam nak pergi berkelah pula kan.. Hehe..

Kalau setakat snek, roti dan air, tiada masalah rasanya. =)

Adampht Syadam on April 3, 2013 at 11:11 AM said...

Ade no contact erwin travel agency tu x...
Ingat dlm mnggu dpn nk g..
Agak2 sempat x nk order tiket...

Nizam Malek on April 4, 2013 at 1:02 PM said...

Ada-ada, ni dia:

Erwin Travel & Tours Sdn Bhd
Terminal Bas Larkin
BT-50, Ground Floor, Pengankutan Awan Larkin, Jln Garuda, 80350 Johor.
Tel: 07-2247960
H/P: 012-7077558

All the best ya. =)

Anonymous said...

Tiket nak ke uss tu bli kat mana? Sbb tgk kat tune hotel online tspt charge je ada..sy nak g bln 5 nanti..pls advice.tq.

Nizam Malek on April 9, 2013 at 8:59 AM said...

Tiket nak ke USS tu boleh beli di Tune Hotel, JB.

Di tingkat bawah bersebelahan dengan bahagian lobi hotel.

Saya tak pasti kalau ada pembelian melalui Internet.

Anonymous said...

Bapa harga kalau beli d tune hotel??

Nizam Malek on April 9, 2013 at 11:15 AM said...

Harga tiket USS + tiket bas pergi balik adalah RM210.

Anonymous said...

awesome!!best.....mcm sy ni duk pahang, susah juga nk beli on da spot kat tune hotel...ada idea x en nizam?kemudian, kat sane nk makan senang ke dpt yg halal??tqx...

Nizam Malek on April 16, 2013 at 7:45 AM said...

Hi, nanti kalau saya ada masa, saya singgah di Tune Hotel tu dan dapatkan lebih banyak informasi berkenaan pembelian tiket.

Kat bahagian luar USS tu ada kedai-kedai makanan. InsyaAllah ada kedai yang halal. =)

Anonymous said...

tq for sharing. yg penting ada surau utk solat. surau tu kat mana?

Nizam Malek on June 18, 2013 at 10:35 AM said...

Surau tu ada bersebelahan dengan stesen Mummy Returns, yang tempat macam kat Mesir tu.

Surau nya di dalam Universal Studio Singapore. =)

Anonymous said...

Boleh je beli tiket online terus dr website uss

Nizam Malek on November 25, 2013 at 12:03 PM said...

Hi Anonymous,

Thanks for sharing the info.

Saya tak pasti cara-cara beli tiket melalui online dari website USS.

Dan pada saya, lebih prefer beli dengan travel agent sebab siap sekali dengan transportation (bas yang selesa) berserta kupon-kupon diskaun dan makan tengah hari.

Mungkin beli tiket USS melalui online di website USS lebih sesuai untuk mereka yang nak ke sana menaiki kenderaan sendiri, itu pun kalau tahu jalan. =)

Dialta Travel & tours on November 29, 2013 at 2:22 PM said...

Salam, maaf menyampuk,

Kalau beli online, tarikh dah ditetapkan hari apa nak kesana.

Kalau beli dengan travel agent seperti saya, tiket boleh digunakan dalam masa 3bulan selagi belum digunakan.

Dialta Travel & tours on November 29, 2013 at 2:34 PM said...

Lagi satu cara santai, naik bas Transtar, dari Kotaraya 2, ( 1 jam 1 bas ni)bas bermula seawal jam 5pagi untuk mereka yang bekerja di Singapura. Kita tak perlulah pergi seawal itu. Naik bas jam 8 dah cukup, Selepas melepasi kastam M'sia dan S'pura, bas akan terus ke Resorts World dan berhenti di basement sepertimana yang telah diterangkan panjang lebar dek En Nizam kita.

Kalau dah penat didalam USS, boleh keluar ke Pulau Sentosa menaiki monorail (FOC) dan berhenti di 1 station untuk ke Pulau Sentosa. Boleh menikmati pemandangan disana, cable car, Carlbserg Tower, Merlion dll lagi.

Bas akhir berangkat jam 10.30mlm( tapi kena beritahu pukul berapa nak balik,petang hari pun blh beritahu) nnti kena tinggal pulak!!!

Nizam Malek on December 2, 2013 at 1:14 PM said...

Terima kasih Dialta Travel & Tours kerana berkongsi info di sini. =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Archive

 

Nizam Malek Blog. Copyright 2010 All Rights Reserved Revolution theme by Brian Gardner Ft Bloganol dot com | Distributed by Deluxe Templates

Create your free online surveys with SurveyMonkey , the world's leading questionnaire tool.