Artikel pertama yang saya tulis berkenaan smartphone adalah artikel Review: Sony Ericsson Xperia Pro bertarikh 15 Januari 2013.
Artikel tersebut telah mendapat perhatian ramai dan sehingga kini, artikel tersebut telah menerima sejumlah 2200 pageviews menjadikan artikel tersebut termasuk dalam top 10 artikel paling popular di Nizam Malek Blog.
Oleh kerana sambutan yang agak memberangsangkan berkenaan review smartphone, saya ingin mengambil peluang ini untuk membuat satu lagi artikel review iaitu untuk smartphone model Huawei Ascend Y210 yang baru saya beli semalam di Danga City Mall, Johor Bahru.
Huawei? Brand apakah? China? Taiwan? Ciplak? Pasti anda tertanya-tanya, apakah jenama Huawei dalam dunia smartphone, bukan?
Untuk pengetahuan anda, Huawei merupakan sebuah syarikat vendor telekomunikasi yang bermula di Shenzen, China. Visi Huawei adalah "Enrich people's life through communication."
Huawei telah bertapak di Malaysia sejak satu dekad yang lalu. Huawei pernah memenangi anugerah 'Most Established Brand Award" pada 2012-2013 oleh The Brandlaureate.
Huawei juga bekerjasama dengan penyedia-penyedia perkhidmatan telekomunikasi yang biasa digunakan di Malaysia seperti Maxis, Celcom, TM, Digi & Umobile.
Smartphone Huawei Ascend Y210 yang saya beli tu bukanlah smartphone yang paling canggih di pasaran. Malah harganya sangat murah iaitu RM290 sahaja.
Jika harganya murah sebegini, sudah pasti anda boleh menjangkakan kualiti yang ada pada Huawei Ascend Y210, iaitu tidak sehebat mana.
Contohnya, kamera belakangnya hanyalah dilengkapi dengan kamera 2 Mega Pixel tanpa flash. Memang kualiti gambarnya tidak sejelas smartphone Sony Xperia, tapi boleh lah setakat nak ambil gambar.
Huawei Ascend Y210 ini saya beli untuk dijadikan sebagai second phone bagi tujuan bisnes dan komunikasi luar yang bukan personal.
Sebelum ni saya cuma pakai handphone biasa yang cuma ada fungsi call dan sms. Bagi saya ia sudah cukup untuk berkomunikasi. Tapi dunia berkembang pesat. Call dan sms hampir tidak lagi digemari oleh pengguna-pengguna smartphone.
Kalau kita nak publish satu iklan di Mudah.my, terdapat satu pilihan yang berbunyi, "Yes, buyers can message me on Whatsapp." Ia menjadi satu pilihan yang amat penting dalam dunia bisnes pada hari ini kerana komunikasi menjadi lebih murah dan mudah dengan adanya Whatsapp.
Oleh itu, jika tujuan utama untuk menggunakan Whatsapp, saya tidak memerlukan Samsung Galaxy Mega yang bernilai RM1599 untuk memenuhi keperluan itu. Cukup sekadar satu smartphone murah yang membolehkan saya menggunakan aplikasi Whatsapp di tempat yang mempunyai kemudahan wifi.
Pelaburan RM290 ini telah membuatkan saya dapat berjimat sekitar RM1309!
Huawei Ascend Y210 didatangkan dengan waranti daripada Nokia (satu jenama handphone yang tidak asing di Malaysia).
Bermakna, kalau ada sebarang masalah berkenaannya dalam tempoh setahun selepas pembelian, kita boleh hantar ke mana-mana cawangan Nokia untuk mendapatkan bantuan baikpulih secara percuma.
Salah satu kelebihan Huawei Ascend Y210 adalah, sistem android dan soket untuk chargernya menggunakan bentuk yang sama dengan smartphone keluaran Samsung. Jadi ia adalah praktikal dan mudah untuk digunakan.
Kini kita ada pilihan jika mahu untuk menggunakan smartphone. Jika dulu, smartphone dianggap satu benda yang mahal, kerana kita perlu keluarkan duit sehingga RM1000 ke RM2000 untuk membeli smartphone, kini kita ada pilihan untuk membeli jenama smartphone lain yang lebih murah.
Perkara yang paling penting ialah praktikal. Jika sesuatu smartphone itu lebih murah, tapi ia boleh memenuhi keperluan kita, kenapa pilih smartphone yang lebih mahal?
Sunday, October 13, 2013
Review: Huawei Ascend Y210
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment