Pegawai Farmasi Sambung Belajar, Pro & Con.
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Sejak beberapa bulan yang lalu, banyak kali saya diajukan soalan daripada kawan-kawan yang merupakan Pegawai Farmasi di sektor awam berkenaan sambung belajar ke peringkat Masters dan PhD.
Ramai Nak Tanya Pendapat, Sama Ada..
Ramai yang nak dapatkan pendapat-pendapat bernas sama ada berbaloi atau tidak untuk sambung belajar atau kekal saja dengan taraf pendidikan Ijazah Sarjana Muda / Bachelor of Pharmacy (Bpharm).
Sudah pasti setiap orang ada kecenderungan masing-masing. Maka pendapat setiap orang berbeza-beza bergantung kepada matlamat masa depan yang ingin dicapai.
Saya juga mempunyai pendapat yang tersendiri terhadap pilihan untuk sambung belajar.
Walaubagaimanapun, sebelum saya mencurahkan pendapat saya di sini, saya gunakan Facebook wall saya untuk mendapatkan beberapa pendapat tentang sebab-sebab kenapa ada yang berpendapat sambung belajar itu memberi faedah yang positif.
Antara Pendapat, Bagus Sambung Belajar
Saya kongsikan beberapa untuk tujuan mendapatkan idea sebanyak yang mungkin.
Antara sebab/jawapan yang saya terima, kenapa perlu sambung belajar ke peringkat Masters dan PhD adalah seperti berikut.
1. Minat belajar
2. Nak jadi tenaga pengajar di universiti
3. Nak mendalami ilmu yg sedia ada
4. Self satisfaction
5. To gain respect from other profession as well
6. Amalkan ilmu tu untuk tingkatkan produktiviti
7. Upgrade research kkm supaya lebih diterima internationally
8. Boleh supervise lebih ramai junior pharmacist utk buat research.
9. You are widely accepted in many sectors, gov/private.
10. You can become dean's of pharmacy schools
11. Your resume is well accepted all over the world
12. Respect will be there with out questions
Terima Kasih Banyak-banyak
Saya amat berterima kasih kepada kawan-kawan Pharmacist saya di Facebook yang sudi untuk menurunkan komen memberikan pendapat bernas mereka, walaupun mungkin saya dilabel sebagai penentang pendapat mereka yang tegar. ;)
Bagi mereka (Pegawai Farmasi) yang berminat untuk sambung belajar di peringkat Masters dan PhD, mungkin anda boleh lihat sebab-sebab di atas dan lihat yang mana sesuai untuk diri anda dan menilai sendiri sama ada ianya releven atau tidak.
Pendapat Saya, Bagus Atau Tidak Sambung Belajar
Kini kita sampai ke sesi pendapat saya seorang. Mesti lah ada ruang yang khas, saya kan pemilik blog ni. =D
Benar, Sambung Belajar Ini Penting
Baiklah, secara asasnya, saya amat bersetuju, sambung belajar ni satu perkara yang dapat membantu meningkatkan lagi progres kerjaya kita. Bayangkan kalau saya cuma belajar di peringkat SPM, sudah pasti peluang kerjaya saya adalah amat terbatas.
Begitu juga kalau saya cuma belajar di peringkat Diploma Farmasi, saya tidak layak bergelar seorang Pegawai Farmasi berdaftar, apatah lagi menceburi bidang Farmasi yang amat luas ini.
Jadi saya amat bersetuju, sambung belajar itu amat penting, lebih tinggi lebih baik. Namun dalam bidang Farmasi, saya berpendapat, Ijazah Sarjana Muda Bpharm adalah sudah cukup.
Bpharm Sahaja Sudah Cukup Untuk Semua
Dengan mempunyai Bpharm saja, seorang Pegawai Farmasi sudah boleh masuk ke banyak cabang yang terdapat dalam kerjaya Farmasi seperti Clinical Pharmacy, Pharmacy Law, Industrial Pharmacy dan juga Retail Pharmacy.
Malah, sambung belajar ke peringkat Masters hampir tidak memberi kesan kepada progres kerjaya seorang Pegawai Farmasi.
Bpharm Vs Masters In Clinical Pharmacy
Saya ambil contoh, jika seorang Pegawai Farmasi sambung belajar ke peringkat Masters dalam bidang Clinical Pharmacy, manakala saya kekal dengan Bpharm sahaja, saya dan dia tetap sama-sama boleh masuk ke wad dan melakukan tugas sebagai seorang Clinical Pharmacist tanpa ada perbezaan.
Tugas dan pengetahuan Pegawai Farmasi yang mempunyai Masters in Clinical Pharmacy masih tetap dapat diserap sama oleh Pegawai Farmasi yang sekadar mempunyai Bpharm.
Salah satu sifat kerjaya Farmasi di Malaysia adalah, masih belum ada pengiktirafan terhadap pengkhususan taraf pendidikan bagi Pegawai Farmasi. Jadi dari segi gaji dan pangkat, sambung belajar ke peringkat Masters atau PhD tidak memberi kesan yang ketara.
Jika sambung belajar tidak memberikan faedah terhadap progres kerjaya, ia mungkin boleh dilakukan atas dasar minat untuk belajar, self-satisfaction dan juga mungkin, untuk sekadar suka-suka.
Isu Title Dr Dan Respek
Ada juga yang berpendapat yang dengan sambung belajar ke peringkat PhD, mendapat title Dr akan membuatkan kerjaya Farmasi lebih dihormati dan suara akan lebih didengari terutamanya berkenaan isu Dispensing Separation yang menjadi harapan bagi kerjaya Farmasi ini di Malaysia.
Saya menghargai pendapat tersebut. Tapi pada pendapat saya, sesiapa saja tidak akan menghormati kita semata-mata kita telahpun mendapat title Dr.
Pendapat yang mengatakan apabila ada title Dr, orang akan respek pada kita itu bagi saya terpakai untuk masyarakat yang terdahulu. Pada masa kini, masyarakat lebih bijak menilai, dan bukan sekadar bergantung kepada title Dr sahaja.
Pada pendapat saya juga, orang lain akan menghormati kita jika kita dapat memberikan nilai tambah dalam kehidupan mereka melalui kerjaya kita. Kerjaya Farmasi adalah satu kerjaya kritikal yang memberikan perkhidmatan kepada masyarakat.
Jika kita dapat memenangi hati masyarakat dengan memberikan mutu perkhidmatan yang terbaik, nilai hormat terhadap Pegawai Farmasi itu akan datang sendiri dan ianya lebih bernilai daripada title Dr semata-mata.
Malah, adakah Doktor Perubatan akan suka dan hormat kepada kita (Pegawai Farmasi) setelah kita selesai belajar dan mempunyai title Dr? Bagi saya, ia tidak seperti itu.
Kita menganggap orang akan menghormati kita kerana ada title Dr, tapi orang lain sebenarnya tak kesah pun.. Jadilah kita golongan yang syok sendiri..
Trik Dan Hakikat Di Sektor Swasta
Jika kita bercadang untuk terjun ke bidang swasta pula, taraf pendidikan Masters dan PhD tidak memberikan kesan yang ketara terhadap peluang kita untuk diterima bekerja.
Kenapa ya?
Sebenarnya, bagi Pegawai Farmasi, di peringkat swasta, pengalaman dan kemahiran modal insan serta ciri-ciri kepemimpinan yang baik adalah lebih diutamakan.
Tidak kira kita mempunyai taraf pendidikan setinggi mana pun, jika kita tidak mempunyai kualiti atau sikap kerja yang diperlukan oleh syarikat swasta, kita tidak tidak akan dipertimbangkan untuk diambil bekerja.
Mungkin ada yang beranggapan, dengan adanya Masters dan PhD umpamanya, peluang kita untuk diterima bekerja adalah lebih tinggi berbanding Pegawai Farmasi lain yang sekadar mempunyai Bpharm.
Memang cantik benar anggapan itu, tapi hakikatnya, syarikat swasta tetap adalah syarikat swasta. Cost benefit menjadi perkara utama dalam membuat sesuatu keputusan untuk syarikat.
Jika calon A mempunyai Masters atau PhD, sedangkan calon B mempunyai Bpharm sahaja, lebih baik syarikat swasta mengambil calon B kerana sudah pasti calon A akan meminta gaji yang lebih tinggi atas dasar taraf pendidikan.
Jika Calon B boleh melakukan perkara yang sama boleh dilakukan oleh calon A, malah pada kos gaji yang lebih efektif, secara logiknya, sudah pasti syarikat swasta tersebut akan memilih calon B untuk bekerja dan mereka dapat menjimatkan duit syarikat.
Sambung Belajar Untuk Memperjuangkan
Dispensing Separation
Dispensing Separation
Seterusnya, berkenaan isu Dispensing Separation. Sejak zaman undergraduate lagi (ketika di CUCMS) saya sudah membentangkan abstrak satu kertas kajian berkenaan Dispensing Separation di konferens berstatus antarabangsa di Melbourne Australia pada tahun 2010.
Tapi adakah dengan usaha-usaha sebegini dapat membuka mata orang ramai tentang isu Dispensing Separation? Sudah pasti ada kesannya untuk jangka masa panjang. Mungkin 20 atau 30 tahun akan datang, ia menjadi khazanah penting dalam dunia kerjaya Farmasi.
Cuma pada pendapat saya, untuk memperjuangkan isu Dispensing Separation di Malaysia, langkah yang paling hebat adalah dengan Pegawai Farmasi sendiri masuk ke arena Politik Malaysia, noktah.
Dan jika ini berlaku, sudah pasti suara Pharmacist akan lebih kuat kedengaran dan dapat mempengaruhi polisi-polisi tertentu yang kini membataskan pengiktirafan kerjaya sebagai seorang Pegawai Farmasi di Malaysia.
Kesimpulannya..
Memang benar, ada pro dan con dalam sesuatu keputusan yang dibuat jika hendak sambung belajar. Dan ianya tidak ada betul atau salah, sebab semuanya adalah keputusan individu.
Saya tidak mengatakan bahawa sambung belajar adalah sesuatu yang merugikan, tetapi keputusan tersebut perlulah dilakukan dengan matlamat yang jelas.
Kalau sekadar untuk self-satisfaction atau suka-suka dan tidak memberi faedah kepada perkembangan kerjaya, itu terpulanglah kepada wang dan masa masing-masing.
Sambung belajar juga bagi saya sesuai bagi mereka yang berminat untuk masuk ke arena akademik dengan bekerja menjadi tenaga pengajar / pensyarah kursus Farmasi di peringkat kolej dan universiti.
Saya tahu, mungkin ada yang tidak bersependapat dengan banyak hujah saya yang di atas. Tidak mengapa, saya menerima hakikat yang sejumlah 6 billion manusia di atas muka bumi ini tidak akan pernah mempunyai pendapat yang sama.
Tapi sekurang-kurangnya penulisan ini diterbitkan untuk memberi idea, pandangan dan buah fikiran kepada anda yang mencari bahan-bahan untuk persoalan sambung belajar bagi Pegawai Farmasi.
Semoga artikel ini dapat membantu memberi idea kepada Pegawai-pegawai Farmasi di luar sana yang sedang berkira-kira hendak sambung belajar ke peringkat Masters atau PhD.
Terima kasih kerana membaca.
Peace, no war.
-Nizam Malek
8 comments:
Utk yg ada farmasi runcit sendiri..digalakkan buat MBA untuk kembangkan lg perniagaan. MClinPharm mungkin utk tambah ilmu dan kemahiran sahaja jika kekal dalam skim kkm.
Betul kata Anonymous tu.
Master untuk menjadi tenaga pengajar ke?
Masters membolehkan seseorang menjadi tenaga pengajar.
Maksudnya, kalau nak buka bisnes sndiri as in buka farmasi, MBA tu is an option sahaja, not a requirement?
Anonymous: Memanglah, MBA just an option sahaja, not a requirement if want to do business.
Sy nk tanye, in future sy ingt nk apply Master in other branch except Master in Pharmacy, can I further studies that Master when I am working as Pegawai Farmasi?
Good postt
Post a Comment