Friday, February 14, 2014

Bagaimana Membina Laman eCommerce Dengan Mudah!


Assalamualaikum dan salam hormat,

Apa khabar? Semoga sihat sentiasa.

Hari ini saya berkesempatan untuk menyertai satu sesi preview berkenaan topik Perniagaan Internet yang dianjurkan oleh syarikat MSC Cyberport Sdn Bhd di Johor Bahru.

Tajuk preview tersebut adalah 'Be Your Own Boss'.

Saya bayar RM50 untuk menyertai sesi preview tersebut dan adalah lebih kurang 20 orang peserta semuanya.

Walaupun saya dah banyak pergi seminar tentang Perniagaan Internet sejak tahun 2009, saya tetap datang dan sertai sesi preview ini kerana saya percaya yang dunia Internet berkembang dengan amat pesat dan kita perlu sentiasa mencari informasi terbaru supaya tidak ketinggalan dengan perkembangan teknologi terkini.

Sesi preview tersebut telah disampaikan oleh Mr Johnson dan Ms Jocelyn dengan cara yang amat informatif.

Dalam artikel ini, saya nak berkongsi dengan anda, beberapa info terkini menarik yang saya dapat dari sesi preview tersebut.

Perkara utama yang dibentang oleh Mr Johnson dan Ms Jocelyn adalah berkenaan prospek membawa perniagaan ke medium di Internet menggunakan platform eCommerce.

Kalau sebelum ini, kalau ada sesiapa yang tanya saya macam mana cara nak buat kedai online di Internet, saya akan katakan, buat satu akaun blogspot, tukarkan domain name blogspot.com ke .com, masukkan informasi berkenaan produk, dan siap!

Ini adalah antara cara termudah untuk membina perniagaan di Internet bagi saya.

Sebaliknya, perkataan eCommerce jarang sekali hadir dalam minda saya.

Saya beranggapan yang laman web eCommerce ini sangat teknikal untuk dilakukan dan kita perlu mengupah orang lain yang lebih pakar untuk membina laman web eCommerce untuk kita.

Malah kos untuk mengupah pakar untuk membina laman web eCommerce boleh mencecah harga ribuan ringgit.

Tapi alhamdulillah, dari sesi preview yang saya hadiri tersebut, saya didedahkan dengan rahsia laman web eCommerce yang sangat mudah untuk dibina dan diuruskan.

Kita boleh membina laman web eCommerce kita sendiri dengan menggunakan satu platform yang dinamakan easy.my Store.

Anda boleh lihat di link http://easystore.my/


Apa itu laman web eCommerce? 

Ok secara ringkasnya, laman web eCommerce ini adalah satu laman web yang membolehkan kita mempamerkan produk yang ingin kita jual di Internet dalam bentuk persembahan yang nampak professional dan meyakinkan.

Apa kelebihan membuat laman web eCommerce menggunakan easy.my Store berbanding menggunakan Facebook Fanpage atau platform Blogspot?

Ini adalah satu soalan yang menarik, secara asasnya, kita boleh mempamerkan produk yang ingin kita jual di Internet menggunakan Facebook Fanpage atau Blogspot, malah jumlah prospek adalah lebih ramai di medium sosial seperti itu. 

Tetapi, kelebihan laman web eCommerce adalah, ia mempunyai satu sistem yang lebih kemas dan tersusun, nampak lebih professional untuk menjual dan yang paling penting, ia mempunyai satu sistem yang membolehkan kita menerima pembayaran menggunakan kad kredit.
________________________________________

Apabila anda mempunyai satu laman web eCommerce yang boleh menerima method pembayaran menggunakan kad kredit, ia akan meningkatkan potensi jualan dan anda boleh menerima pelanggan dari dalam dan luar negara.

Terdapat banyak ciri-ciri menarik yang boleh anda gunakan semudah menekan klik di mouse anda seperti membuat promosi diskaun, code voucher dan bermacam-macam lagi.

Selain itu, platform easy.my Store ini adalah mesra pengguna dan boleh dilayari menggunakan komputer, ipad dan smartphone dalam resolusi terbaik dan pantas.

Dalam sesi preview tersebut, para peserta ditunjukan live demo bagaimana menggunakan sistem easy.my Store ini dan saya dapat lihat betapa mudahnya untuk membina satu laman web eCommerce.

Ia amat mudah sehingga budak sekolah pun boleh melakukannya, tanpa perlu mengetahui sebarang coding-coding komputer yang memeningkan seperti HTML, PHP, JavaScript dan sebagainya.

Di akhir sesi preview tersebut, seperti biasa, mereka akan 'push' para peserta untuk menyertai workshop premium jika berminat untuk belajar bagaimana untuk menggunakan sistem easy.my Store ini dari A hingga Z pada harga RM300 sahaja.

Saya tak sertailah, sebab fokus saya bukan untuk belajar tentang laman web eCommerce, malah dengan pengetahuan sedia ada, insyaAllah saya boleh belajar dan buat sendiri.

Tapi bagi yang berminat nak belajar, workshop ini memang sangat bermanfaat dan dalam artikel seterusnya, saya akan berkongsi dengan anda 3 tips, bagaimana anda boleh menjana pendapat setelah anda belajar cara-cara membuat laman web eCommerce menggunakan platform easy.my Store ini.


2 comments:

Unknown on August 3, 2015 at 9:49 AM said...
This comment has been removed by a blog administrator.
pheobe22 on May 23, 2018 at 3:36 PM said...

The gorgeous post learned a great deal Thanks greatly! print profits 2018 download

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Archive

 

Nizam Malek Blog. Copyright 2010 All Rights Reserved Revolution theme by Brian Gardner Ft Bloganol dot com | Distributed by Deluxe Templates

Create your free online surveys with SurveyMonkey , the world's leading questionnaire tool.