Tuesday, February 18, 2014

Apa Itu Virtual Office?


Semasa saya sertai preview 'Be Your Own Boss' di MSC Cyberport Johor, saya terbaca satu iklan yang terdapat di meja kaunter pendaftaran.

Header iklan tu bertajuk, Virtual Office Package MSC Cyberport.

Sebelum ni saya pernah lah juga terbaca dan terdengar tentang Virtual Office ni, tapi saya sendiri tak berapa pasti apa itu Virtual Office.

Jadi saya pun tanyalah pada staf di kaunter tersebut beberapa soalan dan saya pun dapatlah gambaran sedikit tentang apa itu Virtual Office.

Virtual Office ini atau dalam bahasa Melayu dipanggil Pejabat Maya merupakan sebuah pejabat syarikat lain yang kita gunakan sebagai alamat syarikat kita.

Sebagai contoh, sekarangkan ramai orang buat online business dari rumah. Apabila nak register nama syarikat dengan SSM, kalau letak alamat rumah, mestilah nampak tak menarik dan tak meyakinkan, kan?

Ada juga yang tak mahu dedahkan alamat rumah sendiri sebab menganggap rumah sendiri perlu lebih privasi dan tidak mahu pelanggan hantar surat atau datang ke rumah.

Jadi untuk mengatasi masalah ini, kita boleh mendaftar untuk menggunakan Virtual Office ini.

Bermaksud, kita gunakan pejabat syarikat lain sebagai alamat pejabat kita.

Dalam contoh ini, MSC Cyberport Sdn Bhd menawarkan pakej Virtual Office ini.

Apabila kita mendaftar pakej Virtual Office dengan mereka, kita boleh gunakan alamat pejabat MSC Cyberport untuk mendaftar syarikat (Enterprise, Trading, Sdn Bhd dan sebagainya) dan gunakan alamat pejabat MSC Cyberport sebagai alamat syarikat kita.

Kita boleh gunakan alamat MSC Cyberport itu di Business Card kita dan juga laman web syarikat kita.

Ini akan membuatkan syarikat kita nampak lebih professional dan meyakinkan.

Apabila pelanggan kita ingin menghantar surat kepada syarikat kita, surat itu akan ditujukan ke alamat pejabat di MSC Cyberport dan surat itu akan dihantar ke rumah kita oleh staf MSC Cyberport.

Selain itu, jika kita pelanggan kita ingin menelefon kita, mereka boleh mendail nombor Virtual Office kita di MSC Cyberport itu dan panggilan tersebut akan di'divert' terus ke handphone kita.


Malah, untuk pakej-pakej tertentu, kita boleh menggunakan bilik mesyuarat dan bilik seminar di Pejabat MSC Cyberport untuk tujuan kerja syarikat kita.



Jadi tak perlulah pelanggan syarikat kita datang ke rumah kita untuk berbincang berkenaan urusan kerja, gunakan Virtual Office dan kita ibaratnya mempunyai satu pejabat yang sangat cantik dan kelihatan professional.

Konsep Virtual Office ini bagi saya amat menarik dan dapat menjimatkan banyak kos pembinaan sesebuah syarikat Home Based yang banyak dilakukan oleh ramai orang pada masa kini.

Dalam iklan yang saya baca tersebut, kos untuk mendaftar Virtual Office ini dengan MSC Cyberport adalah serendah RM88 sebulan (Silver), RM188 sebulan (Gold) dan RM288 sebulan (Platinum).

Kita boleh mendaftar pakej Virtual Office ini mengikut bajet dan keperluan syarikat Perniagaan Internet yang kita lakukan.

Kini tiada alasan lagi untuk membina empayar Perniagaan Internet pada kos yang lebih murah tapi kelihatan sangat professional.

Semoga perkongsian kali ini bermanfaat! =)

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Archive

 

Nizam Malek Blog. Copyright 2010 All Rights Reserved Revolution theme by Brian Gardner Ft Bloganol dot com | Distributed by Deluxe Templates

Create your free online surveys with SurveyMonkey , the world's leading questionnaire tool.