Monday, January 11, 2010

Tips pemimpin yang baik


Beratkah beban yang ditanggung? Mampukah aku? Mahukah semua orang dengar cakap aku? Mungkin antara soalan-soalan di atas akan sentiasa berlegar-legar di fikiran saat kita terpilih menjadi wakil atau ketua.

Perkara-perkara seperti itu akan membuatkan kita tertekan dan rasa tidak mahu menggalas tugas yang diberikan. Tapi fikirkan sejenak, apabila kita dipilih menjadi ketua, sudah pastinya ini satu peluang bagi kita untuk mengasah bakat yang ada pada kita.

Mungkin sebelum ini kita segan berucap di hadapan ramai, kita takut berjumpa dengan orang berjawatan lebih tinggi dan mungkin juga kita sebenarnya memang tidak bertanggungjawab. Jadikan ruang dan kesempatan yang ada itu untuk kita perbaiki diri kita sendiri.

Apa kata saya kongsikan rahsia-rahsia mudah untuk menjadi seorang ketua yang baik? Rahsia-rahsia ini adalah melalui pengalaman sendiri dan pemerhatian:
  1. Ucapkan terima kasih -terima tanggungjawab dengan nada positif, rendah diri dan yakin. Orang bawahan kita akan menghormati kita sebagai pemimpin mereka, jika kita menghargai amanah yang mereka berikan.
  2. Kenali tugas -pemimpin yang baik adalah pemimpin yang tahu bidang tugasnya dan bersedia melakukannya.
  3. Jangan bertindak sendiri -jangan menjadi diktator yang angkuh. Dapatkan pendapat orang bawahan sebelum membuat sesuatu keputusan.
  4. Cipta sistem sendiri -kita selalu rasa cemas bila membaca pencapaian pemimpin yang lalu. Kejayaan cemerlang mereka memimpin selalunya membuatkan kita merasa kecil. Jangan begitu.. Setiap pemimpin ada cara masing-masing. Ciptakan cara bekerja anda sendiri tanpa terikut-ikut dengan cara bekerja pemimpin terdahulu. Walaubagaimanapun, yang baik perlu diteruskan.
  5. Berkomunikasi -80% punca kepemimpinan kita tidak mendapat sokongan orang bawahan ialah kerana kita tidak berkomunikasi dengan mereka secara efektif dan jelas. Pastikan orang bawahan faham apa yang kita rancangkan.
  6. Hormati mereka -jangan panggil orang bawahan dengan bahasa yang terlalu lantang seperti 'people' tapi panggillah mereka dengan perkataan yang lebih personal seperti 'kawan-kawan'. Anda akan perhatikan orang bawahan anda akan lebih berminat mendengar apa yang ingin anda sampaikan.
  7. Belajar dari kesilapan -Kita sering kali melakukan kesilapan. Tidak mengapa, orang yang gagal ialah orang yang menarik diri bila berlaku kesilapan. Tetapi orang yang berjaya ialah orang yang mampu menangani kesilapan dan berusaha memperbaikinya.
Percayalah, selepas kita tamatkan tugas itu nanti, kita akan dapat lihat perkembangan positif dalam diri kita. Dan sudah semestinya, nilai positif itu amat berguna untuk kita pada masa hadapan.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Archive

 

Nizam Malek Blog. Copyright 2010 All Rights Reserved Revolution theme by Brian Gardner Ft Bloganol dot com | Distributed by Deluxe Templates

Create your free online surveys with SurveyMonkey , the world's leading questionnaire tool.