Seminggu dua ni aku tak berapa sihat, demam, sakit kepala, selsema, letih dan tak lalu makan. Rasa amat-amat demotivated. Gerak tidak sepantas, nak bangun pun rasa malas.. Apa nak jadi ntah.
Hmm, stres, stres stres.. Banyak masalah yang membelenggu aku dalam 2 minggu ni. Semuanya datang bertimbun-timbun serentak. Sampai aku rasa tak boleh nak handle. Aku jadi makin lemah dari hari ke hari. Rasa nak lari dari semua problem tu.
Dengan course work yang banyak, ada ja assignment dan incoming presentation yang perlu dibuat. Then untuk program Karnival Mesra Ubat (KaMU), aku ditugaskan lagi untuk bahagian marketing, cari duit. Walaupun dah banyak pengalaman, tapi ya, aku sudah kepenatan mencari duit. Di manakah duit menyorok? tolonglahh~ =p
Pasal business pun ada problem jugak.. Biasalah, mana business yang tak dilanda masalah kan. Tapi itulah, kena hadapi dalam keadaan tertekan ni. Tapi tak pe, hal tu dah settle sekarang. Tak payah pikir lagi lah.
Lagi masalah financial. Tak tahu kenapa, duit rasa tak cukup je. Ade je benda nak kena bayar. Dah lah celcom buat hal. Keluar bil tetiba RM250!! Whattaa.. Hmm.. Masalah-masalah..
Then how about life? Are you happy with it? The answer was no. Memang tak berapa happy. Ade few things happen that made me down and down. This is the biggest thing among all the problems. Bila life is not happy, semua rasa dull.
Dengan tekanan-tekanan yang pelbagai-bagai, aku tunduk pada stress yang menggunung. Immune system was suppressed, senang kena attack ngan macam-macam bacteria. Tu lah start sakit tekak, mungkin sebab cuaca terlalu panas. Then berlarutan ke demam dan infection. I needed antibiotic.
Kebetulan hari selasa lepas, kelas habis awal. Hari rabu n khamis pulak tak de class untuk research project. So aku ambik kesempatan untuk balik kampung, Johor Bahru. Aku nak release all the tension and stress. Aku mahu bebas dari semua masalah. I was going for a holidays. So lepas kelas tu, aku kemas-kemas, bawak few notes konon nak study kat rumah. Tapi jangan harap lah..! =p
Petang selasa tu aku drive ke Pudu Raya. Parking kat sana dan naik bas CausewayLink NonStop ke Larkin, Johor Bahru. Aku masih rasa amat letih, tak bermaya. Nasib baik semuanya lancar dan pukul 9.50 malam, aku sampai ke rumah. Bestnya rasa. Dapat menghirup udara yang lebih 'segar' =D
Kat rumah aku rehat puas-puas. Malam sebelum tidur makan ubat dulu, polaramine, antibiotic, panadol dan ventolin, lengkap pakej nya. Aku tidur dengan aman damai, tanpa mimpi-mimpi aneh lagi.
Esoknya di rumah, release tension dengan main PS2, Pro Evolution Soccer. Aku dalam duniaku. Mindaku cuma game dan seronok. Then tengah hari tengok Inter Milan kalahkan Chelsea 1-0. Dan petang tu tengok movie kat laptop dengan Johan ngan Ina. Cerita hantu, Histeria. Best plak cerite tu.
Tapi aku masih sakit. Tak kan sebab seronok je aku terus boleh sihat kan? So still kena makan ubat dan rehat.
Esoknya hari khamis dah, aku akan kembali semula ke Cyberjaya. Walaupun cuma sekejap di rumah, tapi aku rasa amat relief. Still kena makan ubat tapi semangat tu kira bertambah ok lah sikit.
Kini aku di Cyberjaya, menulis untuk post ni. Alhamdulillah semuanya lancar saja. Teringat kata-kata pakar motivasi yang mengatakan, ada masanya kita hilang semangat, rasa demotivated dan bosan dengan hidup yang menyebabkan kita tiada hati nak teruskan kerja yang ada. Tidak mengapa, itu normal bagi manusia.
Jadi kalau rasa macam tu, pergilah bercuti. Tenangkan fikiran. Jauhkan diri dari kesesakan. Lihat tempat-tempat lain dan setelah kembali nanti, kita akan rasa refresh semula untuk terus bekerja.
Im just following the rule. And I hope it works.. Well, I have done it, and I think it really works! Try it.. =D
P/S: Masalah tak kan selesai dengan hanya pergi bercuti. Tapi semangat yang ada pada kita setelah balik dari bercuti itu amat penting untuk kita menghadapi tekanan yang ada. Moga dengan 'tenaga' baru itu kita mampu menempuh dugaan yang lebih mencabar di hadapan. =)
0 comments:
Post a Comment