Thursday, January 7, 2010

Review : iPod Touch sebagai PDA


Personal Digital Asisstant (PDA) kini satu trend. Berfungsi sebagai alat untuk menguruskan jadual dan perancangan seharian, PDA dijangka akan menjadi satu keperluan di Malaysia selaras dengan kepesatan teknologi semasa. Antara pilihan yang ada ialah HTC, O2, Dopod dan mungkin jugak ada yang nak cuba CSL atau brand China.
Walaupun dah banyak kali survey, tapi masih kurang pasti nak buat pilihan yang mana? Rasa confuse? Yup, setiap brand PDA menawarkan spesifikasi yang berbeza-beza. Ada fungsi tertentu yang ada pada PDA 'A' tapi tiada fungsi itu pada PDA 'B'. Jadi, perkara penting yang perlu ditekankan apabila kita bercadang untuk membeli PDA ialah, keperluan kita.
Kita perlu kenali/identify sebab-sebab utama kenapa kita nak pakai PDA. Bila masanya kita akan guna. Adakah kita hendak guna internet? Adakah kita mahu baca ebook? Adakah kita mahu dengar mp3? Adakah untuk tulis nota? Mahu bateri yang tahan lama? Tak suka yang banyak problem dan selalu hang? Bagaimana pula dengan harganya?
Dengan mengenalpasti keperluan kita, maka kita boleh buat pilihan yang lebih tepat dan sesuai. Jika kita tersalah membeli PDA, kemungkinan fungsi PDA tersebut tidak dapat digunakan sepenuhnya dan sudah pasti ia satu pembaziran.
Sebagai student, saya pilih iPod Touch (iTouch) keluaran Apple sebagai PDA. Antara fungsi yang saya perlukan ialah mencatat nota penting, access internet di kampus, dengar mp3 ketika driving dan paling utama, study.

iPod Touch 16GB

Dengan jumlah lecture notes yang banyak, kos untuk printing adalah amat tinggi setiap semester. Dengan menggunakan iTouch, saya uploadkan semua lecture notes yang ada (format doc, docx, ppt, pptx, pdf semua boleh) menggunakan software percuma 'Discover' dan study pada bila-bila masa yang saya suka.

Boleh letak password untuk file security
Previewing one of the ebooks
Easy to zoom

Contohnya saya boleh revise notes ketika sedang menunggu, waktu rehat dan sebelum tidur. Bagi saya ia amat praktikal dan menjimatkan. Rasa puas juga membaca notes atau ebook dari iTouch kerana skrinnya seluas tapak tangan dan boleh zoom semudah menggunakan 2 jari.
Selain itu, iTouch menyokong fungsi internet dengan kelajuan terpantas. Jika kita berada di zon wifi percuma, kita boleh gunakan iTouch untuk mencari informasi dari internet dengan mudah. Namun bateri cuma mampu bertahan maksimum 6 jam jika kita switch on wifi.

Complete information about the battery status

Bab muzik pula memang terbaik. Kualiti bunyi yang jelas dan sistem navigasi yang praktikal memang sesuai bagi yang suka study sambil dengar lagu. Saya selalu dengar mp3 kalau drive balik ke JB dan rasa nak karaoke. =P

Cara nak transfer lagu pun mudah dengan penggunaan software itunes. Cuma pilih lagu dan 'sync'. Dengan kapasiti minimum seluas 8GB, kita boleh simpan lebih kurang 1600 file lagu serentak!!

Music playlist

Kadang-kadang mesti rasa penat dan bosan study. Mesti nak 'take ten' sekejapkan? Saya ada simpan movie-movie yang best dan boleh lah menonton sekejap. Biasanya simpan movie komedi. Release tension orang cakap. Tapi iTouch cuma support format mp4. Kena cari software convertor dululah jawabnya.

Biasanya PDA akan di'integrated'kan sekali dengan fungsi telefon bimbit. Cara ini mungkin lebih praktikal kerana pengguna tidak perlu membawa 2 device (PDA dan handset). Namun, hal inilah yang menyebabkan PDA selalunya mudah hang dan bateri kehabisan dengan kadar yang mengejutkan.

Masalah seperti ini boleh menyulitkan pengguna apatah lagi dalam saat-saat kecemasan. Dengan teknologi tersendiri dan tahap securiti yang masih unggul daripada Apple, jarang sekali kedengaran rungutan bahawa iTouch selalu hang atau bermasalah. Saya menggunakannya, saya pasti tentang hal itu. =)

Wah, cakap yang baik je pasal iTouch. Tiada kelemahan ke? Mestilah ada limitationnya. Contohnya, kita cume dibekalkan kabel USB untuk mengecaj melalui laptop. Kalau malas nak buka laptop, tak bolehlah nak caj. Soket pengecaj dijual berasingan dan berharga RM99.

Then kalau study lama-lama pakai iTouch rasa sakit mata. Sebab dia silau. By experience, mula-mula pakai memang rasa sakit mata. So kena adjust cara penggunaan. Tak boleh baca terus menerus. Kena stop-stop jap dan adjust brightness ikut keselesaan mata. Tapi dah lama-lama, rasa ok je. Samalah macam guna laptop.

Software Al-Quran

Ohya satu lagi, tiada stylus yang compatible dengan iTouch dan semua navigasi adalah menggunakan jari. Kerana itulah ia dipanggil iPod Touch. Tapi kita akan rasa mudah bila sudah terbiasa.
Harga yang saya beli adalah RM947. Tapi baru-baru ni harga dah turun ke RM799 kalau tak silap. Mungkin mahal, tapi tak lah semahal HTC dan yang lain. Yang elok harganya cecah RM2100 ke atas. Saya pun kumpul duit sikit-skit dan beli. Tapi bila dapat guna dengan sebaiknya, barulah rasa pelaburan itu bernilai.

Harap-harapnya review melalui pengalaman sendiri yang tak seberapa ini boleh dijadikan panduan kepada sesiapa yang nak beli PDA/iPod Touch.

P/S : Ingat, beli ikut keperluan anda!

5 comments:

Mardhiyah on January 15, 2010 at 8:36 PM said...

wah nizam, i need to buy one jugak la...demand utk refer to blue book skrg ni tinggi.. huhuhu..ipod touch looks n sounds nice.. i might get one myself.. insyaAllah.. thanks for the review!

Nizam Malek on January 15, 2010 at 10:14 PM said...

=) thanks for reading my blog. Hope you can gain some information from this. One good thing also, dah ramai pharmacist ada iphone atau atau ipod touch dalam poket diorg. Sebab mudah nak refer pape information pada bila-bila masa. So kalau beli ipod touch boleh terus diguna masa kerja nanti. So kira practical and value for money juga lah.

Dieha N on December 2, 2012 at 10:18 PM said...

salam encik, saya baru je beli ipod touch ni...dan juga baru guna produk apple..pasal software discover tu, sya berminat nak tau..mn nak dapatkan software tu? ada mana2 web site tak yg ceritakan dgn lebih terperinci pasal software tu? sbb nye beli ipod pun sbb nk gn untuk stdy dan mudah nak layari internet...

Nizam Malek on December 6, 2012 at 9:44 AM said...

Salam, hi Dieha N,

Pasal software discover tu, just download saja percuma di Itunes atau appstore.

Kalau nak belajar cara guna software Discover ni, boleh je cari di Youtube.

Study baik2 ya. =)

Dieha N on December 6, 2012 at 9:27 PM said...

okeh encik, tq yea~~~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Archive

 

Nizam Malek Blog. Copyright 2010 All Rights Reserved Revolution theme by Brian Gardner Ft Bloganol dot com | Distributed by Deluxe Templates

Create your free online surveys with SurveyMonkey , the world's leading questionnaire tool.