Thursday, November 22, 2012

Status 29

5 comments

Saya tidak mendapat 5A ketika UPSR. Saya tidak dapat 8A pun ketika PMR dan saya juga tidak dapat 10A ketika SPM. Tiada rezeki..

Saya bukan lepasan sekolah-sekolah terpilih. Saya bukan lepasan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) dan saya juga bukan lepasan Sekolah Berasrama Penuh (SBP). Saya hanyalah bekas pelajar lepasan sekolah harian biasa sahaja.

Tapi ia tidak menghalang saya untuk mencapai cita-cita dan saya turut mampu membina karier yang baik sama seperti orang lain.


Rahsianya adalah usaha yang berterusan, tidak kenal erti putus asa, menggunakan peluang yang ada dengan sebaik-baiknya dan sentiasa memohon doa yang baik daripada kedua-dua ibubapa.

Kita yang memilih untuk berjaya. Dan berjaya tidak semestinya ditentukan dengan huruf A semata-mata.

Jika anda mempunyai sikap yang betul, anda akan mencapai kejayaan A+ dalam perjalanan kehidupan anda, InsyaAllah. =)

Tuesday, November 20, 2012

Posting Baru, di Enforcement.

4 comments

Assalamualaikum, salam sejahtera semua,

Apa khabar? Moga semua dalam keadaan sihat wal afiat di sana.

Saya pun baru lepas sembuh dari sakit minggu lepas. Kena Rubella Measles a.k.a 3 days Measles atau lebih mudah disebut Viral Fever. 

Macam demam campak, naik rashes seluruh badan, demam, sakit-sakit badan yang teruk sampai saya ditahan di wad di Puteri Specialist Hospital untuk 3 hari. Tapi Alhamdulillah semuanya beransur baik kini dan saya semakin sihat dan cergas seperti biasa. 

Ok, untuk post kali ni, saya nak cerita-cerita sikit pasal posting baru saya. Yup, saya dah dapat posting baru. Sekejap je kan dah setahun berlalu, dulu saya excited menulis pasal posting PRP saya di HSI, kini tiba masa untuk saya merasai pengalaman baru sebagai seorang Pegawai Farmasi Penuh (FRP) di tempat baru.

Alhamdulillah, pada 14 November 2012 yang lepas, ketika sedang terbaring di atas katil hospital, saya menerima berita gembira, yang posting baru dah keluar, dan nama saya antara yang terpilih. 

Masa tu saya terus call JKN (Jabatan Kesihatan Negeri) untuk mendapatkan kepastian, dan saya dimaklumkan saya telah ditempatkan ke negeri Johor dan surat penempatan tersebut telah difaxkan ke Drug Information Service (DIS) di HSI. 

Saya dimaklumkan yang saya telah ditempatkan di Cawangan Penguatkuasa Farmasi (CPF). Rasa happy sebab ia adalah pilihan pertama saya masa mengisi borang penempatan. Syukur, Alhamdulillah. =)

Jadi bermakna, tamatlah riwayat saya setahun di HSI JB. Mula-mula rasa gembira, sebab dapat lari daripada segala stress langit dan bumi yang ada di sana.. Tapi bila fikir-fikir balik, saya pasti merindui HSI.. Ada ramai orang yang baik-baik di sana, dan fasiliti yang sangat best.. Tapi semua itu harus ditinggalkan..

19 November 2012, Isnin, adalah hari yang telah mengubah qiblat kerjaya saya. Dari seorang PRP hospital based kepada FRP atau lebih tepat disebut Penolong Pengarah di Cawangan Penguatkuasa Farmasi (Enforcement) Johor. 

Semuanya bakal berubah. Cara bekerja, waktu kerja, cara bertindak dan merancang masa, semuanya adalah amat berbeza berbanding ketika bekerja di hospital. Ramai yang kata, kerja di Enforcement ni bosan.. Bosan, bosan, bosan..

Erm, ntahlah, bagi saya ia bergantung pada pendekatan dan minat masing-masing. Baru saya tahu, ramai juga sebenarnya Pegawai Farmasi yang minat hospital based walaupun ya, kerjanya agak sibuk, ada masanya terkejar-kejar dan memerlukan pengetahuan yang luas berkenaan perkhidmatan Farmasi. 

Jadi sesiapa Pegawai Farmasi yang berminat kerja di hospital, teruskanlah. Bagus sangat sebenarnya. Saya pula? Kenapa ke Enforcement??? Ini memang soalan favourite jugalah..

Erm, sebenarnya, saya tiada alasan spesifik, kenapa nak menukar arah dan memilih bekerja di Enforcement. Nak kata saya suka sangat kerja Enforcement, saya pun tak tahu kerja Enforcement tu macam mana.. Almaklum tak pernah pun attach di Enforcement.. Yang saya tahu, Forensic Exam kena pass.. =p

Tapi itu tak lah penting sangat.. Alasan utama saya ke Enforcement adalah untuk mencari pengalaman bekerja di bidang selain Hospital Based. Seperti yang saya katakan dulu, Farmasi adalah satu bidang kerjaya yang amat luas.. Ia sangat tidak boleh disamakan dengan kerjaya sebagai seorang Doktor semata-mata.. Banyak lagi cabang tugas seorang Pegawai Farmasi sama ada klinikal atau bukan klinikal..

Ramai juga yang kata, kalau kerja di Enforcement, semua ilmu berkenaan ubat hospital seperti dose, mechanism of action dan nama ubat, kita akan lupa.. Jadi ramai juga yang tak nak ke Enforcement sebab menyangka ia adalah satu kerugian.. Yup, rugilah juga....

Jadi kenapa saya di Enforcement??

Huhu, mungkin saya tak dapat lagi menjawab soalan tu sekarang.. Mungkin, selepas saya selami dunia Enforcement ni baru saya akan mengerti mengapa instinct hati saya kuat mengatakan saya perlu ke Enforcement.. Mungkin ada rezeki dan peluang yang lebih baik untuk saya di sini.. Siapa tahu? =)

Ok, ketika saya menulis post ini, saya baru 2 hari bertugas di Enforcement. Basically kebanyakan masa memang saya tidak buat apa-apa.. Dan tiada tugas khas diberikan.. Biasalah, baru minggu pertama..

Tapi walau macam tak de kerja yang saya buat, saya sempat menyertai satu serbuan yang dilakukan di sebuah kedai produk-produk tradisional di sebuah pasar raya di kawasan Masai, JB. Saya hanya memerhatikan dan mengikut team Risikan dan Operasi membuat perancangan, briefing dan serbuan.

Tak tahu lah nak kata seronok ke tak.. Tapi oklah juga, kerja luar.. 

Kemudian, hari kedua ni, saya dibawa pusing-pusing Pintu Masuk atau Port yang ada di sekitar Johor Baru. Antaranya adalah di Bangunan Sultan Iskandar (BSI), Stulang Laut dan Larkin. 

Kemungkinan besar, saya akan ditempatkan di Unit Pintu Masuk. Saya rasa pasti seronok kerja di sana. Ada sedikit 'kebebasan'.. Tapi kebosanan kalau ada pun boleh dialih dengan aktiviti-aktiviti lain.. =p

Pergi kerja best, sebab boleh lalu highway EDL.. Straight je terus sampai ke pejabat.. 15 minit dari rumah..
 Pemandangan di Selat Tebrau.. Dari Pejabat..
Berkenaan dengan waktu kerja, sangatlah pelik.. Ada yang masuk kerja pkl 7am balik pkl 3pm. Ada yang masuk kerja pkl 12pm-8pm, ada yang masuk pkl 4pm-12am, dan ada juga yang kerja straight Isnin sampai Ahad, kemudian baru auto off 2 hari.. Pening juga tengok jadual kerja diorg.. Tapi hopefully boleh ikut semuanya nanti..

Hmm, perjalanan masih panjang.. Banyak lagi dugaan yang bakal ditempuh.. Semoga semuanya berjalan lancar dan dipermudahkan.. 

Oklah, sampai sini dulu yang boleh saya sharekan buat masa ni.. InsyaAllah kalau ada pengalaman menarik berkenaan Kerjaya Pegawai Farmasi di Enforcement, saya akan sharekan lagi.. 

Jumpa lagi! =)

Saturday, November 17, 2012

Got Engaged!

2 comments

Today was 17 November 2012, saturday.

Today was a big day for me.

Today I got engaged.

Special thanks to both my parents for making today a reality for me.

And also Ayah Long, Mok Dah, Kak No and Abg Eddy who came to support and help in the event, thanks a lot.

Not to forget the family members of my fiancee, for a very warm welcome, the food and everything.

Thanks to those who have dropped by to wish congratulations as well as the likes in Facebook, sms or anywhere else.

It means a lot to me.

Thanks, thanks and thanks. =)

Well, this is just the beginning.

A lot more things to do and challenges to face in the future.

I have to be prepared and work harder.
A nice silver ring for me. =)
Please pray for us, so that everything will run smooth, insyaAllah. =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Nizam Malek Blog. Copyright 2010 All Rights Reserved Revolution theme by Brian Gardner Ft Bloganol dot com | Distributed by Deluxe Templates

Create your free online surveys with SurveyMonkey , the world's leading questionnaire tool.