Thursday, August 15, 2013

Skim Pencen Vs Skim KWSP


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Hari ini saya nak tulis satu artikel berkaitan kewangan yang lebih khusus kepada anda yang kerja kerajaan iaitu nak pilih yang mana satu di antara Skim Pencen mahupun Skim Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Pilih Satu Di Antara Dua

Salah satu skim di atas perlu dipilih, kebiasaannya semasa hendak mengesahkan jawatan dan tidak boleh ditukar apabila satu keputusan telah dibuat.

Bermaksud, ia adalah satu keputusan yang amat penting perlu dibuat kerana ia menentukan apa yang akan terjadi pada sebahagian wang gaji anda pada masa ini dan juga pada umur pencen nanti. Tersalah pilih, nanti anda akan rasa menyesal.

Apa-apapun, satu pilihan tetap perlu dibuat untuk diri sendiri. Bagaimana nak pilih?

Nasihat Yang Biasa Didengari

Saya tahu, ramai akan kata, nak pilih skim ini bergantung pada perancangan seseorang, kalau nak stay lama di government, Skim pencen adalah lebih baik, manakala kalau nak quit goverment lebih awal dan bekerja di sektor swasta, pilihlah Skim KWSP.

Itu adalah nasihat biasa dan saya pun tak berapa nampak signifikannya atau manfaat-manfaat di sebalik nasihat ringkas seperti itu dari aspek perancangan kewangan. Ironinya, ramai orang Melayu memilih Skim Pencen manakala bukan Bumiputera cenderung untuk memilihi skim KWSP.

Perbezaan Skim Pencen & Skim KWSP

Sebelum itu, adakah anda tahu apakah perbezaan Skim Pencen dan Skim KWSP ini? Berikan saya peluang untuk menerangkan apa yang saya faham berkenaan 2 skim ini. Saya start dengan Skim KWSP dulu:

1. Skim KWSP adalah satu skim yang akan menolak sejumlah wang gaji anda setiap bulan sebanyak 11% dicampur dengan caruman daripada pihak majikan sebanyak 13% sehinggalah ke umur anda yang ke 55 tahun. Bentuk simpanan yang hebat dan berterusan setiap bulan dan tahun ini boleh membuatkan anda mendapat sejumlah wang yang amat banyak secara 'lump sum' di akhir umur persaraan anda nanti.

2. Skim Pencen pula adalah satu skim di mana wang gaji anda tidak dipotong setiap bulan. Dan di penghujung tempoh perkhidmatan anda iaitu pada umur 58 atau 60 (mengikut pilihan anda), anda akan menerima duit pencen iaitu separuh daripada jumlah gaji pokok terakhir anda. Contohnya kalau gaji pokok terakhir anda adalah RM5000, maka anda akan mendapat duit pencen RM2500 setiap bulan selepas pencen nanti.

Berdasarkan perbandingan di atas, skim yang mana satu kah lebih baik pada pandangan anda?

Pandangan Peribadi Saya

Saya bukanlah pakar, namun artikel ini adalah pandangan peribadi saya berkenaan perbandingan kedua-dua skim ini.

Skim KWSP akan menolak 11% daripada gaji total anda setiap bulan secara automatik dan boleh dilihat pada slip gaji.

Bermakna, katakan gaji total anda sebulan adalah RM4000, sebanyak RM440 akan ditolak daripada gaji anda setiap bulan untuk dimasukkan ke dalam akaun KWSP anda. RM440 tersebut akan dicampur dengan RM520 (13% caruman daripada pihak majikan anda), menjadikan keseluruhan RM960 yang akan masuk ke akaun KWSP anda setiap bulan.

Katakan anda mula bekerja pada umur 25 tahun dan bersara pada umur 55 tahun, bermakna anda berkhidmat selama 30 tahun. Jadi, apabila RM960 di darab dengan 12 bulan (setahun), ia menjadi RM11,520. Apabila didarabkan dengan 30 tahun, ia akan menjadi RM345,600.

Mungkin terdapat sedikit faedah daripada simpanan ini, maka jumlah yang anda akan dapat adalah sekitar RM500,000. Atau jika gred gaji anda naik, mungkin paling banyak anda akan dapat RM750,000!

Kenapa Tidak Skim KWSP?

Daripada perkiraan di atas, saya dapat melihat beberapa masalah yang akan timbul jika Skim KWSP di pilih, iaitu:

1. Anda akan 'kehilangan' RM440 (atau lebih apabila setiap kali gaji naik) setiap bulan dan membuatkan anda perlu 'survive' dengan jumlah gaji yang lebih sedikit setiap bulan. Bayangkan komitmen sara hidup yang tinggi hari ini, pendapatan yang kecil akan membantutkan banyak perancangan anda.

2. Caruman 13% setiap bulan daripada pihak majikan adalah jumlah yang amat besar, namun, jika dikira-kira, anda tidak pun mencapai status jutawan pada umur persaraan.

Mungkin ada yang kata, boleh saja jadi jutawan kalau berstatus pegawai, kerana kenaikan gaji adalah banyak dan silap-silap, akaun KWSP akan mencecah jumlah RM satu juta!

Memang betul, tapi jika dilihat dari segi masa, dalam tempoh 30 tahun daripada sekarang, RM satu juta akan menjadi lebih kecil daripada sekarang kerana faktor inflasi. Jika jadi jutawan pada umur persaraan nanti pun, ia ibarat tiada guna kerana nilainya sudah menjadi kecil.

3. Wang simpanan dari akaun KWSP adalah bertujuan untuk membuat satu tabung wang yang boleh digunakan di hari tua (55 tahun ke atas). Namun hakikatnya, pada umur sedemikian, wang bukanlah kepentingan utama berbanding kesihatan.

Pada waktu itu, ada wang yang terlalu banyak pun tidak berguna, kerana ia tidak dapat dinikmati. Pada pendapat saya, wang yang banyak adalah perlu di waktu muda kerana komitmen dan keperluan adalah lebih tinggi.

4. Menerima sejumlah wang yang banyak memang seronok, tapi apabila ia digunakan, sekelip mata saja ia boleh dihabiskan. Keadaan ini dinamakan 'gelap mata'.

Katakan jumlah wang terkumpul di akaun KWSP anda pada umur persaraan ada sebanyak RM1,000,000, mungkin pada waktu itu anda ingin membeli rumah idaman, harganya mungkin sekitar RM900,000 ke RM1,000,000.

Jika anda beli rumah itu sebagai tempat kediaman anda, anda sudah hampir kehabisan ke semua wang yang anda ada dari akaun KWSP yang dikumpul sejak anda mula bekerja.

Kenapa Ya, Skim Pencen?

Sebaliknya, saya melihat Skim Pencen sebagai satu pilihan yang lebih baik kerana beberapa faktor.

1. Jika anda mengambil Skim Pencen, gaji bulanan anda tidak dipotong. Jika dibandingkan dengan mereka yang mengambil Skim KWSP, anda mempunyai lebihan gaji bulanan RM440 setiap bulan.

Setahun anda mempunyai lebihan RM5280 berbanding mereka yang mengambil Skim KWSP. Setiap bulan, anda mempunyai lebih banyak wang tunai berbanding mereka yang mengambil Skim KWSP.

Adakah itu baik atau tidak? Anda perlu menjawabnya sendiri.

2. Jumlah wang yang tidak dipotong ke akaun KWSP itu boleh digunakan untuk perbelanjaan atau membayar komitmen-komitmen anda.

Namun, jika anda menggunakannya untuk berbelanja, ianya akan habis dan anda tidak memperolehi apa-apa manfaat kewangan. Lebih baik anda menyimpannya sendiri dan menyalurkannya ke dalam bentuk-bentuk pelaburan kewangan yang boleh menggandakan wang anda secara pasif dan berterusan.

3. Melalui Skim Pencen, anda akan menerima wang pencen selepas anda bersara nanti, iaitu separuh daripada gaji akhir anda untuk setiap bulan. Bermakna, jika gaji anda telah naik ke RM10k pada waktu itu, anda akan mendapat RM5k setiap bulan walaupun anda tidak lagi bekerja.

Walaupun pada waktu itu jumlah tersebut tidaklah banyak, tapi ia cukuplah untuk anda menjalani kehidupan asas seperti makan, bayar bil dan perubatan jika perlu.

4. Jika anda menggunakan lebihan wang setiap bulan yang anda ada tadi pada jalan pelaburan yang betul, anda akan menjana pendapatan pasif secara berterusan.

 Bermakna, anda akan ada sekurang-kurangnya 2 sumber pendapatan apabila bersara nanti, iaitu duit pencen dan juga pendapatan pasif daripada pelaburan yang anda lakukan.

Pelaburan apa yang boleh memberikan pendapatan pasif? Jawapan saya sudah pastilah Pelaburan Hartanah. Tidak tahu macam mana nak buat? Sebab tu lah kena belajar, baca buku dan perlu bertanya kepada yang tahu. =)

Kesimpulannya..

Jadi kesimpulannya, setiap orang ada matlamat pengurusan kewangan yang berbeza. Sudah pasti bukan semua orang bersetuju dengan pendapat saya berkenaan perbandingan Skim Pencen dan Skim KWSP di atas ini.

Namun apa yang nak saya tekankan adalah, dalam membuat keputusan yang melibatkan status kewangan anda, anda perlu mempunyai sebab yang kuat di sebalik setiap pilihan yang anda lakukan.

Pilihan anda mungkin berbeza dengan orang lain, tapi anda perlu tahu kenapa anda memilih keputusan berpandukan point-point yang nyata boleh dibentangkan oleh anda sendiri.

Jika anda sendiri ragu-ragu dengan pilihan anda, masa depan kewangan anda akan bergantung kepada skim yang anda pilih, dan bukan anda yang berkuasa menentukan status kewangan anda sendiri.

Terima kasih kerana meluangkan masa membaca artikel ini.
Dijemput masukkan komen atau soalan berkenaan artikel ini di ruangan komen di bawah. =)

34 comments:

Unknown on August 16, 2013 at 1:29 PM said...

salam, saya merupakan pelajar tingkatan 5 sebuah mrsm. kami telah ditugaskan untuk menyiapkan satu folio kerjaya dan saya telah memilih bidang farmasi. kami perlu mengambil pendapat daripada seorang personel atau seorang individu yang terlibat dalam kerjaya yang kami pilih. boleh kah saya mengambil tuan sebagai personel tersebut, dengan mengambil maklumat tuan sebagaii seorang ahli farmasi? terima kasih kerana membantu

Nizam Malek on August 16, 2013 at 4:54 PM said...

Salam Nadiah Z,

Terima kasih kerana menghubungi saya.

InsyaAllah, saya akan membantu mana yang mampu.

Boleh beritahu apa yang anda perlukan?

Unknown on August 17, 2013 at 1:04 AM said...

di bawah antar soalan soalan
1) sudah berapa lama tuan berkhidmat sebagai ahli farmasi?
2) bagaimanakah susana kerja tuan?
3) di manakah tuan berkhidmat?
4) berapakah tempoh keseluruhan untuk lepasan spm mendapat ijazah kedoktoran farmasi?
5) berapakah pendapatan tuan sebagai ahli farmasi?

t.kasih kerana membantu

Nizam Malek on August 17, 2013 at 2:05 PM said...

Hi Nadiah Z,

Boleh hantarkan soalan-soalan anda di mizamio87@gmail.com

Saya akan reply di sana nanti.

Terima kasih.

syazana on January 16, 2014 at 4:30 PM said...

alhamdulillah dan terima kasih atas penjelasan! very helpful!
cuma nak tanya sikit
utk profesion doktor; adakah skim pencen juga lebih menguntungkan memandangkan kemungkinan berkhidmat utk kerajaan mungkin tidak sampai mencecah 10 thn?

terima kasih didahulukan :)

Nizam Malek on January 16, 2014 at 6:27 PM said...

Terima kasih kerana membaca artikel saya.

Berikut respond saya untuk soalan anda.

Terpulang pada pilihan masing-masing sebenarnya.

Apakah perancangan masa hadapan dan anda perlu jelas kenapa anda memilih sesuatu skim.

Saya memilih skim pencen kerana saya tidak mahu skim KWSP menolak duit gaji saya setiap bulan.

Dalam buku Rich Dad Poor Dad, Retire Rich Retire Young yang saya baca, Robert T. Kiyosaki menyatakan yang jika kita tiada perancangan terhadap apa yang ingin kita lakukan terhadap wang kita, kerajaan atau orang lain ada perancangan mereka untuk menggunakan wang kita.

Jika wang gaji kita ditolak setiap bulan dan hanya boleh dikeluarkan pada umur persaraan kita, sebenarnya wang kita itu telah digunakan secara leverage oleh orang-orang tertentu untuk mendapat keuntungan.

Pada saya, saya punya perancangan tersendiri terhadap wang gaji yang diterima.

Saya tidak mahu orang lain menggunakan wang saya sebagai leverage untuk mereka mendapat keuntungan.

Jadi saya memilih skim pencen agar wang saya tidak dipotong setiap bulan dan jumlah wang yang tidak potong itu boleh saya gunakan untuk simpanan dan dilaburkan dalam bentuk pelaburan yang saya mampu kawal.

Jika saya resign awal dari kerajaan, saya tidak mengharapkan duit pencen pun, sebab ia bukanlah wang saya pun.

Wang pencen adalah wang penghargaan baik khidmat kita selepas persaraan dari pihak kerajaan.

Jika saya tidak berkhidmat sehingga ke umur persaraan, kenapa saya perlu memintanya?

Kesimpulannya, anda perlu tahu apakah perancangan anda pada masa hadapan.

Anonymous said...

Hi.saya dah pilih skim pencen..so sekarang baik i simpan duit kat kwsp or tutup akaun terus?

Nizam Malek on January 25, 2014 at 11:09 AM said...

Hi Anonymous, bergantung pada perancangan anda.

Duit lebihan yang tidak dipotong ke akaun KWSP itu boleh anda simpan di Tabung Haji atau simpan untuk tujuan pelaburan seperti Pelaburan Hartanah.

Anonymous said...

Hi...says dah pilih pencen dua tahun lepas...namun sekarang nak tukar kepada kwsp...bolehtak....

Anonymous said...

Says sekarang sudah 7 tahun berkhidmat sebagai kakitangan kerajaan...I'm planning to quit job after 10 years...tolong nasihat saya yang mana lebih baik...and what is gratuti. .thank you

Nizam Malek on June 22, 2014 at 8:25 PM said...

Anonymous 1:

Tak boleh tukar.

Anonymous 2:

Kalau nak quit, quit sahaja. Tiada masalah. Yang penting anda perlu tahu sumber pendapatan anda selepas quit gov. Gratuti? Saya pun tak tahu. Saya biasa tahu Tutti Frutti je.

dave said...

hi. nak tanya. kalau saya pilih skim pencen, dan tiba2 saya ingin berhenti awal dari umur persaraan atas sebab meletak jawatan, adakah saya layak mendapat ganjaran perkhidmatan? Terima kasih.

Zaujah AlGhazali on January 3, 2015 at 7:55 AM said...

Jika dh pilih skim kwsp 7thn...nk tukar ke pencen...blh ke....

Nizam Malek on January 3, 2015 at 11:24 PM said...

Tak boleh.

syed said...

Salam tuan saya ingin bertanya..
Saya ni seorang peniaga.

Ada sebarang cadangan tak bagaimana
saya juga boleh mencipta pendapatan pencen saya sendiri?

Unknown on March 14, 2015 at 4:09 PM said...

Tq for d useful tips...

Nizam Malek on March 15, 2015 at 12:19 AM said...

Tuan Syed:

Cadangan saya adalah tuan libatkan diri dalam dunia pelaburan hartanah rumah sewa.

InsyaAllah ia adalah sumber pendapatan pencen yang amat baik.

Vaishui Tweety:

Thanks for reading. =)

pakar perkhidmatan said...

Kira baik jugak artikel ni. Artikel tentang pendapat peribadi.. hmmm.. saya bantu. Mmg x bleh tukar dah kalau dah pilih skim kwsp atau pencen setelah cukup 1 hingga 3 tahun tempoh percubaan sebelum disahkan dan mendapat tarap Berpencen PTB. Sekali je da peluang bawah pp 2008 utk tukar skim. Skrg dah xde. Yang soalan no 2. Kalau meletak jawatan, terus x akan ada faedah persaraan termasuk pencen, ganjaran (graduiti) dan gcr. Kalau nak quit awal boleh tetapi ada syarat umur dan tempoh perkhidmatan . Rujuk seksyen 11 akta pencen 1980. Tempoh melayakkan..

Nizam Malek on May 19, 2015 at 11:03 PM said...

Terima kasih tuan pakar perkhidmatan untuk info tambahan. =)

Unknown on May 22, 2015 at 7:56 PM said...

Trm ksh sbb tulis entry mcm ni, sgt berguna utk org muda yg bru kje gov ni.. :-)

Nizam Malek on June 14, 2015 at 10:12 PM said...

Sama-sama Yusniza Idrus. =)

Anonymous said...

kalau dh pilih kwsp, adakah grant duty x diterima even penjawat awam?

Nizam Malek on August 5, 2015 at 2:05 AM said...

Salam Anonymous, maaf saya kurang pasti berkenaan grant duty.

FAYYADH ! on September 4, 2015 at 9:42 PM said...

Salam. Menarik artikel ini walau sudah dua tahun sy masih rujuk.

Soalan saya, pengalaman pekerja di sektor kesihatan seperti doktor, ahli farmasi dsb. Adakah mereka bekerja sehingga pencen bersama kerajaan? Atau ada prospek yang lebih baik yang biasa pekerja sektor ini lakukan? Terima kasih.

Nizam Malek on September 5, 2015 at 12:10 PM said...

Salam, terima kasih Fayyadh.

Adakah mereka bekerja sehingga pencen bersama kerajaan?

Terpulang kepada mereka.

Pilihan masing-masing.

Ada yang bekerja dengan kerajaan sehingga pencen.

Ramai juga yang berhenti kerja kerajaan dan fokus kepada kerjaya yang mereka minati.

Kenanga Invest on September 30, 2015 at 4:26 PM said...

jika ada kwsp boleh labur dalam unit amanah akaun 1, akaun 2 boleh keluarkan untuk rumah dan lain2...

Anonymous said...

As salam
Sy nk tny
Lau didalam sektor kerjaan ni
Ade tempoh percubaan tuk lantikan tetap dlm 3 thun kn
Dlm tempoh mase 3tahun tu gaji ditolak dgn kwsp ke??

incik wan on December 30, 2015 at 10:58 AM said...

Salam. Saya seorg pnjwat awam, ingin bertnya.. skiranya seorg pnjwat awam bekerja seawal 25thn.. mula dengan gred 41.. berserta kenaikan setiap tahun.. brpa anggaran kwsp lumpsum yang mngkin saya perolehi skiranya saya berkhidmat sehingga saya pencen dalam sektor kerajaan.. adakah mampu menjangkau satu juta.. tanpa sbrang pelaburan kedalam unit trust menggunakan akaun 1?

incik wan on December 30, 2015 at 10:58 AM said...

Salam. Saya seorg pnjwat awam, ingin bertnya.. skiranya seorg pnjwat awam bekerja seawal 25thn.. mula dengan gred 41.. berserta kenaikan setiap tahun.. brpa anggaran kwsp lumpsum yang mngkin saya perolehi skiranya saya berkhidmat sehingga saya pencen dalam sektor kerajaan.. adakah mampu menjangkau satu juta.. tanpa sbrang pelaburan kedalam unit trust menggunakan akaun 1?

Unknown on April 25, 2016 at 7:52 PM said...

Good information admin blogger. Saya juga goverment staff.. just nak bagi pendapat sikit.

Untuk option pencen nie sesuai bagi mereka yang bekerja sampai pencen. Sebab lebih menguntungkan jika dibandingkan dgn kwsp kerana terima half from you basic salary andai kamu dah pencen atau kamu dah meninggal dunia, balu/duda akan terima duit pencen..

Tapi kwsp juga sesuai bg org yg nak resign awal. Kenapa? Sebab jika kamu pilih option pencen, tp bersara awal.. that no point u pilih option pencen. Then. Kwsp akaun 1 dpt pakai beli rumah. Boleh buat bisnes lain.. sewa rumah kah...

Kesimpulannya, option pencen sesuai utk staff/pegawai yg kerja sampai pencen. But, option kwsp sesuai utk yg nak resign awal... tq...

Unknown on April 25, 2016 at 7:54 PM said...

Good information admin blogger. Saya juga goverment staff.. just nak bagi pendapat sikit.

Untuk option pencen nie sesuai bagi mereka yang bekerja sampai pencen. Sebab lebih menguntungkan jika dibandingkan dgn kwsp kerana terima half from you basic salary andai kamu dah pencen atau kamu dah meninggal dunia, balu/duda akan terima duit pencen..

Tapi kwsp juga sesuai bg org yg nak resign awal. Kenapa? Sebab jika kamu pilih option pencen, tp bersara awal.. that no point u pilih option pencen. Then. Kwsp akaun 1 dpt pakai beli rumah. Boleh buat bisnes lain.. sewa rumah kah...

Kesimpulannya, option pencen sesuai utk staff/pegawai yg kerja sampai pencen. But, option kwsp sesuai utk yg nak resign awal... tq...

Unknown on August 12, 2016 at 5:24 PM said...

Saya nak tanya, ada tempoh percubaan 3 tahun untuk lantikan penjawat awam kan? Saya telah memilih kwsp pada tahun pertama kerja, adakah saya boleh tukar kpd skim pencen slps tempoh 3 tahun?

Shaff on April 8, 2017 at 1:12 PM said...

Trima kasih atas infonya, pd pndpt tuan bagaimana pula dgn ssorg yg bekerja sndiri, utk mnguruskn kewangannya. Maaf lari topik sikit

Shaff on April 8, 2017 at 1:13 PM said...

Nice, sy sokong

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Archive

 

Nizam Malek Blog. Copyright 2010 All Rights Reserved Revolution theme by Brian Gardner Ft Bloganol dot com | Distributed by Deluxe Templates

Create your free online surveys with SurveyMonkey , the world's leading questionnaire tool.