Monday, August 12, 2013

Pelaburan Paling Bernilai!


Hari ini, semakin ramai orang bercakap tentang pelaburan. Ada yang bercakap tentang pelaburan emas, pelaburan silver, pelaburan saham, pelaburan amanah saham dan juga pelaburan hartanah. Semuanya dikhabarkan boleh mendatangkan keuntungan berlipat kali ganda jika dilakukan dengan cara yang betul.


Namun apakah sebenarnya itu pelaburan? Tahukah anda, apakah maksud sebenar pelaburan? Benarkan wang kita boleh bertambah jika kita melakukan pelaburan? Masih kabur tentang pelaburan?

Pelaburan secara asasnya adalah bermaksud tindakan yang diambil dengan mengeluarkan sesuatu jumlah wang untuk mendapatkan keuntungan atau pulangan yang bernilai untuk diri sendiri.

Jika anda mengeluarkan wang anda dan anda mendapat manfaat daripadanya, secara asasnya anda telah melakukan pelaburan dan menjana keuntungan daripada tindakan tersebut.

Jika anda menghabiskan masa anda (berjam-jam, berminggu-minggu, berbulan-bulan atau bertahun-tahun) untuk mengusahakan sesuatu dan anda mendapat hasilnya di kemudian hari, bermakna anda telah membuat pelaburan masa anda untuk mencapai keseronokan atau kejayaan tersebut.

Namun, apakah bentuk pelaburan yang paling menguntungkan? Ramai yang nak buat pelaburan, tapi nak untung paling besar dalam masa yang singkat. 

Jika anda hendak tahu, bentuk pelaburan yang paling bernilai dan menguntungkan adalah pelaburan pada diri sendiri. Jika anda sanggup mengeluarkan sejumlah wang dan menghabiskan sedikit masa terhadap ilmu, sudah pasti ia akan amat menguntungkan anda. Malah keuntungan tersebut boleh menjadi infiniti jika anda praktikkan ilmu yang betul.

Salah satu cara untuk menambah ilmu adalah dengan membaca. Ramai rakyat Malaysia mengaku tidak suka membaca. Tapi hakikatnya, kita akan mendapat banyak ilmu yang berguna dengan membaca buku.

Sebaliknya, ramai juga yang mendakwa mereka suka membaca buku. Setiap hari mereka membaca buku, tapi nampaknya ilmu tidak nampak berkembang pun, banyak benda lagi yang tidak diketahui?
Itulah silapnya. Ramai orang suka membaca, tapi mereka banyak membaca buku yang salah. Mereka membaca buku yang tidak dapat membantu mereka dari segi kewangan dan pelaburan.

Mereka banyak membaca buku-buku atau artikel-artikel di surat khabar yang sekadar membincangkan kisah-kisah cinta ataupun isu semasa yang merunsingkan pemikiran mereka. Mereka membaca sesuatu yang langsung tidak memberi nilai tambah kepada mereka.

Kerana itu jugalah antara kita banyak berbeza pendapat. Pandangan kita berbeza mengikut apa mazhab pembacaan dan pendedahan yang kita terima dan masukkan ke minda kita.

Oleh itu, untuk melakukan satu bentuk pelaburan yang paling bernilai dan menguntungkan, keluarkan duit anda untuk membeli buku-buku berkaitan kewangan dan pelaburan yang akan membukan minda anda terhadap aspek pengurusan kewangan yang sihat dan membuka minda anda untuk membina tahap ekonomi sendiri serta keluarga yang lebih baik.

Mentor saya, yang juga seorang Jurulatih Jutawan No 1 Malaysia, Tuan Azizi Ali menulis dalam bukunya yang berbunyi lebih kurang begini, "Jika anda hendak mahir dalam sesuatu bidang, anda perlu baca sebanyak buku berkenaan bidang tersebut. Lebih banyak lebih bagus. Sekurang-kurangnya 50 buah buku.".

Bayangkan kalau anda sekadar membaca satu atau dua buah buku berkenaan kewangan dan pelaburan, sudah pasti ianya belum mencukupi.

Saya sendiri banyak membeli dan membaca buku-buku berkenaan motivasi, kewangan serta pelaburan hartanah kerana saya meminatinya dan ingin menceburkan diri dalam bidang-bidang tersebut. 

Biasanya saya akan membeli buku sebulan sekali. Kini saya cuba membuat teknik speed reading agar saya dapat membaca dengan lebih cepat dan dapat membaca lebih banyak buku. Buku-buku yang saya beli berharga lebih kurang RM30-RM50 senaskah dan saya beli tanpa rasa ragu.

Saudara saya melihat buku-buku saya yang banyak dan beliau berkata, "Memang baca buku adalah pelaburan paling bernilai dan menguntungkan, tapi sebelum tu, duit kita dah habis sebab beli buku.."

Itu adalah satu pemikiran yang salah. Galakan untuk membaca adalah perlu dan ia adalah amat positif. Mungkin hari ini kita lihat duit kita keluar kerana membeli buku-buku yang agak mahal. Tapi sebenarnya secara tidak langsung ia membina minda kita untuk lebih berjaya dan ke hadapan.

Beli buku, baca dan terima hasil tidak asing bagi saya. Contohnya ketika zaman belajar di CUCMS dulu, saya banyak membaca buku-buku berkenaan Perniagaan dan Pemasaran Internet, malah saya keluarkan juga wang untuk menghadiri seminar-seminar atau workshop berkenaan Perniagaan dan Pemasaran Internet. 

Mungkin beratus-ratus atau beribu-ribu ringgit saya laburkan. Hasilnya saya berjaya menjana wang melalui Internet dengan cara yang betul dan selamat berbanding orang lain yang langsung tidak tahu apa yang saya buat untuk menjana wang di Internet.

Adakah ianya ballik modal? Sudah pasti, malah lebih lagi.. Tapi saya buat senyap-senyap saja, underground.. ;)

Sudah pasti, pelaburan pada diri sendiri terhadap ilmu yang betul akan membezakan diri kita dengan orang lain dan membuatkan kita mencapai sesuatu yang kita tidak sangka dapat capai.

Ramai orang ingin membuat pelaburan emas, silver dan hartanah kerana inginkan keuntungan, tapi tidak mahu membuat pelaburan ilmu terhadap diri sendiri. Akibatnya, risiko pelaburan dan kerugian menjadi tinggi dan mendedahkan mereka terhadap masalah kewangan yang amat rumit.

Kesimpulannya, jika anda ingin tahu di manakah tempatnya untuk melaburkan wang anda untuk menjana keuntungan paling lumayan, ia adalah pelaburan ilmu pada diri sendiri!

-Artikel ini kredit kepada mentor perniagaan Internet saya, Dr Irfan Khairi.

3 comments:

Unknown on August 18, 2013 at 6:53 PM said...

Salam En. Nizam,

Saya tidak menjumpai Survey Monkey utk menanyakan soalan jadi saya harus bertanya di sini.

Adakah pelaburan yang terbaik dengan syarikat kewangan seperti ASB-i maybank dan BSN untuk student 18 tahun ke atas? Saya berhajat untuk berdaftar tetapi ayah saya melarang kerana terdapat banyak keburukkan seperti saya mungkin tidak dapat menampung pelaburan pada setiap bulan dan etc.. Ayah saya juga menggalakkan saya melabur ke Amanah Saham National Berhad (ASNB). Adakah betul?

please visit to my blog to now more about beauty guide and cosmetics. lemonteaicenia.blogspot.com

Nizam Malek on August 18, 2013 at 8:19 PM said...

Salam Miss Nia,

Kotak SurveyMonkey berada di bahagian bawah blog ini, ia tertulis 'Share your ideas' dan '1. What should Nizam Malek writes about in the next posts'.

Tapi tidak mengapa, bertanya soalan di ruangan komen pun tiada masalah.

Berkenaan dengan pelaburan melalui simpanan, semua nya ada kelebihan dan kekurangan.

Saya tidak dapat memberikan jawapan yang tepat kerana saya bukan dalam bidang tersebut dan tidak membuat kajian awal berkenaan ASB-i Maybank, BSN mahupun Amanah Saham National Berhad (ASNB).

Untuk itu, saya mencadangkan agar anda berjumpa dengan Pegawai Bank yang dapat menerangkan kepada anda berkenaan manfaat dan mungkin kekurangan yang ada apabila anda melabur dalam skim-skim simpanan yang ditawarkan tersebut.

Untuk membuat pelaburan melalui simpanan, anda perlu tahu berapa jumlah pendapatan anda setiap bulan dan berapa yang boleh anda tolak untuk dijadikan simpanan untuk pelaburan setiap bulan.

Ia adalah komitmen daripada pihak anda untuk menyimpan wang.

Jadi anda perlu pasti yang anda boleh menyimpan dengan konsisten setiap bulan.

Semoga jawapan ini membantu anda.

Unknown on September 25, 2016 at 6:59 PM said...

Aku Mary james, pemberi pinjaman kredit pribadi
kesempatan dipinjamkan seumur hidup.
Apakah Anda memerlukan pinjaman mendesak untuk melunasi utang Anda, atau Anda membutuhkan pinjaman untuk meningkatkan bisnis Anda?
Anda telah ditolak oleh
bank dan lembaga keuangan lainnya?
Apakah Anda membutuhkan pinjaman konsolidasi atau hipotek?
mencari lagi karena kami berada di sini untuk membuat semua masalah keuangan Anda sesuatu dari masa lalu. Kami meminjamkan dana untuk Individu
membutuhkan bantuan keuangan, yang memiliki kredit buruk atau membutuhkan uang
untuk membayar tagihan, untuk berinvestasi dalam bisnis pada tingkat 2%. Saya ingin menggunakan media ini untuk memberitahu Anda bahwa kami memberikan bantuan handal dan penerima dan akan bersedia untuk menawarkan loan.So menghubungi kami hari ini melalui email:
(Maryjamesloanfirm4@gmail.com)
peminjam DATA
1) Nama Lengkap: .............................. ............... ..........
2) Negara: .............................. ................ ........... ..
3) Alamat: .............................. ................ ............
4) Negara: .............................. ................ ................
5) Jenis Kelamin: .............................. ................ .............. ....
6) Status Pernikahan: .............................. ............... ....
7) Pekerjaan: .............................. ................ .. .....
8) Nomor Telepon: .............................. ............... ...
9) Posisi Sementara di tempat kerja: .....................
10) Pendapatan Bulanan: .............................. ...............
11) Jumlah Pinjaman Dibutuhkan: .............................. .......
12) Pinjaman Durasi: .............................. ............... ...
13) Pinjaman Bunga: .............................. ..............
14) Agama: .............................. ................ ..... .....
15) Apakah Anda menerapkan sebelum ........................ .........
Terima kasih,
Mary jame

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Archive

 

Nizam Malek Blog. Copyright 2010 All Rights Reserved Revolution theme by Brian Gardner Ft Bloganol dot com | Distributed by Deluxe Templates

Create your free online surveys with SurveyMonkey , the world's leading questionnaire tool.