Monday, August 12, 2013

Raya 2013 di Ipoh, Perak


Salam, hi semua, masih mood raya ke? =p

Alhamdulillah, selesai sudah cuti raya saya pada tahun ini.
Raya kali ini agak bermakna bagi saya kerana dapat beraya 
dengan keluarga belah isteri di Ipoh, Perak.

Kalau sebelum ni, selalunya saya beraya dengan keluarga sendiri di Johor Bahru.
Kadang kala ada juga pulang beraya di kampung mak di Kuala Terengganu.
Jadi raya kali ini sudah pasti amat berbeza dan menggamit pengalaman baru yang mengujakan.

Tak banyak yang saya dapat ceritakan di sini, tapi secara eksklusifnya, 
saya nak sharekan beberapa gambar raya 2013 kami, have a look!
Malam raya, pergi beli makanan banyak-banyak kat Mydin..
Baju sama, wife lah punya idea ni.. =p
Alhamdulillah, berpeluang menyempurnakan Solat Sunat Aidilfitri di Surau Al-Adha.
Tu dia, baju melayu merah membara~
Bersiap untuk beraya.
Tahun pertama beraya sebagai pasangan suami dan isteri.
On the way untuk menziarah kubur dan sanak saudara keluarga.
Aktiviti malam, main bunga api dengan budak-budak.
Bunga api saya, dan bunga api kamu..
Edryan, JJ dan Aina. 
Untunglah korang boleh masuk Nizam Malek Blog.. =p
Dah bosan sangat, moh ler kite main monopoli.. 
Excited nak beli property banyak-banyak.. =p
My new big family.
Thanks for the Raya 2013 memories..
Get ready balik ke Sungai Petani, Kedah, kemudian ke Johor Bahru.

Paling penting, Alhamdulillah, sebab perjalanan selamat untuk semua. 
Sangat bersyukur terutamanya apabila tiba di destinasi selepas menempuh 
perjalanan jauh yang mengambil masa lebih 10 jam.

Cuti raya dah berakhir.
Kini perlu kembali fokus kepada kerja dan projek-projek yang telah tergendala sebelum ni.

Ok jumpa lagi dalam blog post seterusnya.

Terim kasih semua!
Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin!

2 comments:

Anonymous said...

salam, saya nak tahu bagi lepasan spm bagaimana hala tuju untuk mengambil kursus farmasi dan perjalanan dalamkursus tersebut contohnya tempoh belajar. adakah bidang farmasi boleh disambung hingga phd? dan berapakah gaji permulaan bagi seorang ahli farmasi di kerajaan dan swasta? t.kasih

Nizam Malek on August 13, 2013 at 10:04 PM said...

Salam Anonymous,

Tempoh belajar untuk kursus Farmasi (degree) adalah 4 tahun dan boleh disambung sehingga peringkat PhD mengikut pengkhususan yang dipilih.

Gaji permulaan ahli Farmasi kerajaan adalah mengikut Gred U41 dan untuk ahli Farmasi swasta, khabarnya sekitar RM5k-RM8k.

Sama-sama.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Archive

 

Nizam Malek Blog. Copyright 2010 All Rights Reserved Revolution theme by Brian Gardner Ft Bloganol dot com | Distributed by Deluxe Templates

Create your free online surveys with SurveyMonkey , the world's leading questionnaire tool.