Saturday, January 14, 2012

The Life As A Provisionally Registered Pharmacist (PRP)


Salam, dan hi to all my blog readers~ 

Apa khabar? Ada sihat? =p

Baiklah, dalam post kali ini, saya akan menulis satu artikel khas berkenaan satu tajuk yang mungkin dicari oleh ramai orang di luar sana, iaitu berkenaan pengalaman sebagai Provisionally Registered Pharmacist (PRP) di hospital kerajaan.

Bagi yang tidak mengetahui apa itu PRP, PRP adalah satu nama yang diberikan kepada graduan Sarjana Muda Farmasi yang mula bekerja di hospital kerjaan. Tempoh pelaksaan PRP adalah selama 1 tahun dan ia adalah wajib sebelum diberi lesen penuh atau dinamakan Fully Registered Pharmacist (FRP).

Dalam bahasa yang lebih mudah, PRP ini adalah sama seperti Housemen (HO) bagi doktor perubatan cuma bezanya, tempoh HO adalah selama 2 tahun berbanding PRP yang hanya setahun. Gred untuk PRP adalah U41 manakala gred untuk HO adalah UD41. Kalau ikutkan, gred PRP dan HO adalah di tingkatan yang sama. 

Ok, saya akan kongsikan beberapa informasi berkenaan kehidupan sebagai PRP.

Kehidupan seorang PRP ini sebenarnya bagi saya agak mencabar juga. Walaupun tidaklah selalunya 'hectic', tapi ada masanya, hidup akan menjadi amat-amat menekan bergantung pada situasi.

Dalam Jabatan Farmasi di hospital, terdapat beberapa department seperti Out Patient Department (OPD), In Patient (Satelite Pharmacy), Ward, Drug Information Service (DIS), Therapeutic Drug Monitoring (TDM), Total Parenteral Nutrition (TPN), Manufacturing, Stor dan Cytotoxic Drug Reconstitution (CDR).

Seorang PRP akan diberikan satu jadual setahun yang akan menetapkan tempoh untuk setiap department yang perlu dilalui. Contohnya, 2 minggu untuk OPD, 2 minggu lagi di DIS, 6 minggu di Ward dan seterusnya sehinggalah berakhirnya tempoh setahun.

Di setiap department, PRP perlu memenuhi segala requirement yang diperlukan untuk lulus. Requirementnya termasuklah mengisi log book, presentation, viva atau ujian bertulis bergantung di setiap department.


Kalau diikutkan, department yang paling sukar adalah ketika di ward. Di situ, pengetahuan PRP berkenaan ilmu perubatan Farmasi akan 'dicungkil' habis-habisan selama 6-8 minggu oleh ward pharmacist (FRP). 

Tempoh tersebut pastinya amat mencabar dan memaksa komitmen seorang PRP untuk berusaha dengan lebih gigih lagi.


Selain tu, PRP juga ada on call. On call ni sama ada kerja pada hujung minggu ataupun kerja pada waktu malam. Bergantung pada hospital, ada yang kerja 10 malam sehingga 8 pagi, ada yang kerja pukul 5 petang sampai 10 malam dan ada juga yang kerja pukul 9 malam sampai 7 pagi.

Biasanya time on call, kerja sorang-sorang di Satelite Pharmacy. Kerjanya adalah supply ubat kepada ward apabila diminta atau sediakan ubat untuk patient yang nak discharge.

Sebenarnya, bagi saya, life sebagai seorang PRP tidak lah begitu berat. Jika kita tahu apa tanggungjawab dan ruang lingkup kerja sebagai seorang PRP, tugas tersebut adalah satu rutin dan tidak lagi membebankan apabila sudah mahir.

Namun, secara jujurnya, ia bergantung juga dengan siapa kita bekerja. Jika kita bekerja dengan orang yang cambest, pasti kita nak pergi kerja pun rasa seronok ja. Tapi kalau pergi kerja asyik kena 'torture' saja, lama-lama pun pasti akan rasa down..

Kalau nak kata kena marah sebab buat silap, semua orang pun buat silap. Lagi-lagi kalau baru belajar. Kadang-kadang tu, dah bertahun-tahun kerja pun boleh tersilap juga. Jadi kalau PRP ada terbuat silap nak marah tengking bagai tu macam kelakar jugalah sebenarnya.

Bukan tak boleh marah, tapi agak-agaklah kan.. huhu.. =p

Tapi nak buat macam mana, sifat pemarah itu sebenarnya lebih kepada hakikat peribadi seseorang. Kalau memang dah terpaksa kerja dengan orang macam tu, kena banyak-banyak bersabar sajalah ya.. 

Kalau stress sangat, balik rumah pergi lah buat pape yang menyeronokkan hati sikit.. Bila hilang rasa sakit hati tu, esok kerja mesti ok semula.. Hehe.. =D

Selain itu, kehidupan sebagai seorang PRP juga bergantung pada hospital yang diterima. Kalau hospital yang kita dapat tu hospital besar, biasanya workloadnya lebih tinggi dan kerja adalah lebih sibuk. Sentiasa terkejar-kejar dan menekan. Tapi kalau dapat hospital kecil di daerah-daerah, kebiasaanya hidup  sebagai PRP agak rileks.

Ada yang kata, kalau dapat hospital besar, kita akan dapat belajar lebih banyak. Memang betul, tapi kadar stress juga pasti lebih tinggi. Oleh kerana requirement untuk melepasi tempoh PRP adalah agak banyak seperti log book, research dan lain-lain, kalau kerja di hospital sentiasa sibuk dan menekan, pasti hidup sentiasa stress.

Bagi saya, kerja tu kerjalah juga, tapi kehidupan tetap perlu ada. Janganlah sampai kerja jatuh sakit dan  tiada kegembiraan.. Kita kan manusia..? =p 

Apa-apapun, semua itu adalah tempoh setahun PRP yang tetap perlu dilalui. Jika ada apa-apa rasa yang menyakitkan atau membencikan, tahanlah sekurang-kurangnya setahun. Lepas semuanya selesai, hidup pasti akan lebih cerah, insyaAllah. =p

Oklah, sampai sini dahulu perkongsian kali ini. Kalau ada apa-apa soalan, jangan segan tanya k!

Jumpa lagi!! =)

3 comments:

cokelat_stroberi on January 14, 2012 at 6:09 PM said...

pewiitt..lame x jmpe..

Btw..Inchek Nizam..Nice Topic..

Very interesting and helpful..

Info juga padat n mudah di fahami..

keep it up bro!!

Nizam Malek on January 14, 2012 at 6:16 PM said...

Hehe, thanks for reading this. =)

Dreaming Boy on August 5, 2014 at 9:54 PM said...

Salam, saya rujuk website pharmacy.gov.my. selain hospital, kita juga boleh buat prp dalam industri dan research. betul ke? kalau buat prp dalam industri contohnya, boleh ke lepas tu practice clinical kat hospital ? ke camne?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Archive

 

Nizam Malek Blog. Copyright 2010 All Rights Reserved Revolution theme by Brian Gardner Ft Bloganol dot com | Distributed by Deluxe Templates

Create your free online surveys with SurveyMonkey , the world's leading questionnaire tool.