Sunday, January 15, 2012

Review: Sony Ericsson Xperia Pro


Dunia gadget dan smartphone bergerak dengan amat pantas. Hampir setiap bulan, ada sahaja model baru yang akan dikeluarkan oleh syarikat-syarikat telekomunikasi antarabangsa dan mereka dilihat berlumba-lumba bagi memenangi keperluan pengguna.

Jika anda bukan seorang peminat gadget atau smartphone dan sekadar menggunakannya sebagai keperluan harian, pastinya anda tidak akan terkejar dengan perkembangan terbaru setiap minggu atau bulan. 
Jika diawal kehadiran telefon bimbit di Malaysia sekitar tahun 2000 dahulu, jenama Nokia dan Ericsson memonopoli pasaran, kini tidak lagi kerana jenama lain seperti iPhone, Blackberry, dan Samsung telah mengorak langkah yang lebih mantap untuk mengambil alih pasaran.

Jika sesuatu syarikat itu tidak bertindak pantas dalam kajian pasaran dan penggunaan teknologi semasa dan terkini, pastinya syarikat tersebut akan ketinggalan dan ditinggalkan oleh pengguna. Itulah realiti dunia gadget dan smartphone pada hari ini, supply dan demand yang ada amat tinggi daripada kedua-dua belah pihak, iaitu penyedia (syarikat telekomunikasi) dan pengguna.

Dalam post kali ini, saya akan berkongsikan dengan anda review khas berkenaan satu jenama smartphone yang mungkin menjadi pilihan dalam koleksi smartphone anda, iaitu Sony Ericsson Xperia Pro.

Sony Ericsson Xperia Pro ini dikeluarkan pada bulan November 2011 dengan menggunakan platform Operating System (OS) Android. Terdapat beberapa ciri-ciri menarik yang terdapat pada smartphone ini yang membuatkan ianya amat praktikal kepada pengguna.

Ciri pertama yang menjadi pilihan saya adalah, Sony Ericsson mempunyai 2 pilihan keyboard iaitu touchscreen dan juga physical keyboard. Bermakna, pengguna boleh menaip menggunakan kedua-dua pilihan yang ada mengikut kesesuaian dan keselesaan.

Jika hanya ingin menggunakan sebelah tangan, pengguna boleh menaip menggunakan touchscreen, manakala jika ingin menaip dengan lebih pantas menggunakan 2 tangan, pengguna hanya perlu slidekan sahaja body Sony Ericsson Xperia Pro tersebut dan mula menaip dengan menggunakan physical keyboard yang ada.

Selain fungsi yang praktikal, kelebihan Sony Ericsson Xperia Pro adalah pada kuasa kamera belakangnya. Dengan kamera 8.1 Megapixel dan kebolehan merakam video HD 720 f/s, Sony Ericsson menjadi satu smartphone yang amat berguna bagi pengguna yang suka merakam gambar dan video di mana sahaja mereka berada.

Gambar yang jelas dan video berkualiti tersebut boleh terus dikongsikan dengan kawan-kawan di laman sosial seperti Facebook dengan hanya beberapa klik sekiranya pengguna mempunyai sambungan Internet yang baik.
Dari segi bentuk fizikal, skrin Sony Ericsson Xperia Pro adalah lebih kecil sedikit berbanding skrin Samsung Galaxy S2 ataupun Iphone, tetapi ianya sudah mencukupi. Malah dengan saiz yang lebih kompak, ia membuatkan pengguna lebih selesa membawanya ke mana-mana.

Dengan menggunakan OS Android terkini, pengguna boleh mendapatkan banyak aplikasi menarik dan games yang menyeronokkan secara percuma di Android market. Apa yang diperlukan hanyalah satu akaun gmail yang boleh disetup dari Sony Ericsson Xperia Pro sendiri secara langsung.

Untuk pasaran Malaysia, warna yang boleh dipilih untuk Sony Ericsson Xperia Pro adalah Hitam, Silver dan Merah sahaja.

Ketika artikel ini ditulis, harga semasa untuk Sony Ericsson Xperia Pro adalah kira-kira RM1399.00. Tetapi jika anda dapat mencari AP set, anda boleh mendapatkan Sony Ericsson Xperia Pro pada harga sekitar RM1200 sahaja.

Harga tersebut adalah lebih berpatutan jika dibandingkan dengan harga Samsung Galaxy S2 iaitu sekitar RM1800.00.

Sape nak beli, boleh contact saya. =p

Sekian saja review pada kali ini. Terima kasih. =)

2 comments:

Anonymous said...

salam..saya pengguna xperia pro..masih baru menggunakannya.. saya ingin tau mengapa hp saya masih tidak dapat detect wireless.. harap dpt balas kt email sy nurishqa188@yahoo.com

Nizam Malek on September 29, 2012 at 9:45 PM said...

Salam, mungkin terdapat masalah pada Xperia Pro anda.

Saya cadangkan agar anda kembali ke kedai tempat anda membeli Xperia Pro tersebut dan minta diperbetulkan apa yang rosak.

Jangan lupa bawa kad warranty/resit pembelian.

Setakat ini, Xperia Pro saya tiada masalah berkenaan detect wireless.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Archive

 

Nizam Malek Blog. Copyright 2010 All Rights Reserved Revolution theme by Brian Gardner Ft Bloganol dot com | Distributed by Deluxe Templates

Create your free online surveys with SurveyMonkey , the world's leading questionnaire tool.