Sunday, January 1, 2012

Finally, we reached the end of December 2011..


Assalamualaikum kawan-kawan semua~ =)

Apa khabar, hope semua sihat ya.

Hmm, cepat benar 12 bulan berlalu.. Berakhir sudah tahun 2011..

Dalam post kali ini, saya akan mengimbau sedikit sebanyak sejarah hidup saya sepanjang tahun yang bagi saya banyak cerita yang amat menarik dan suka duka..

Ok, bermula Januari, saya telah menetapkan 14 matlamat yang ingin saya capai sepanjang tahun 2011. Cara saya menulis matlamat adalah berdasarkan teknik yang saya perolehi daripada mentor/idola perniagaan Internet saya, Dr Irfan Khairi.

Senarai matlamat tersebut saya tuliskan di Microsoft Words dan tarikhnya adalah pada 29 Disember 2010. Itulah perkara yang saya lakukan sebelum masuk ke tahun baru 2011.

Dan apabila tahun 2011 ini sudah berakhir, saya pun reviewlah semula senarai matlamat tersebut. Alhamdulillah, lebih kurang 9 atau 10 matlamat yang saya tetapkan tersebut telah pun berjaya dicapai. Kebanyakan matlamat yang tak tercapai tu mungkin sebab prioriti saya sudah berubah. Bagaimanapun, saya agak berpuas hati dengan prestasi 2011 yang berpandukan matlamat yang ingin dicapai.

Tahun 2011 bermula tenang. Pada Januari 2011, saya masih lagi sedang menuntut di Cyberjaya University College of Medical Sciences (CUCMS) dalam semester terakhir. Masa agak sibuk dengan presentation terakhir untuk research project final year.

Dan apabila selesai sahaja urusan research project, semua terasa agak santai, sebab tekanan untuk research project sudah berakhir. Masa untuk tenang seketika sebelum bermulanya Clinical Attachment yang sememangnya agak mencabar bagi saya.

Jadi sebelum stress dengan Clinical Attachment, sempat jugalah sertai aktiviti-aktiviti sukan universiti dan farmasi seperti CUCMS Sports Carnival dan National Pharmacy Sports Carnival (NPSC) di USM.

Itulah tahun terakhir bagi saya untuk menyertai aktiviti seperti itu. Lepas grad dah tiada peluang lagi.. Jadi memang enjoykan diri lah.. Lupakan study kejap dan pergi bermain.. =)

Bulan Januari 2011 berakhir dengan sangat seronok. Tapi ingatkan panas hingga ke petang, tapi rupanya hujan di tengah hari sampai ke malam.. =p

Bulan Februari biasanya bulan yang best.. Time hati orang bunga-bunga bagai.. Tapi bermula Februari 2011 juga saya telah diuji dengan dugaan yang bagi saya amat berat.. Banyak perkara yang telah berubah sejak dari itu..

Bagi saya, semester terakhir ketika di CUCMS amat suram dan kelam.. Unexplainable feelings to be shared here.. Sejak itu juga saya lebih mengenal erti dunia baru yang bakal saya tempuh selepas tamat belajar nanti..

Dunia yang penuh dengan pancaroba, duri dan cubaan.. Hampir saja tewas, tapi mujur ada keluarga dan kawan sebenar yang sentiasa memberikan sokongan sepanjang tempoh sukar tersebut..

Bulan Mac dan April 2011 berlalu begitu saja. Hidup di CUCMS cuma tinggal bersisa. Hanya menunggu masa meninggalkannya pergi. Sehinggalah ke bulan Mei, 13 hari bulan semuanya berakhir dan saya kembali semula ke kampung halaman di Johor Bahru.

Selepas tu, bulan Mei sehingga ke bulan Oktober (lebih kurang 5 bulan), saya berada di Johor Bahru, menjadi penganggur di rumah.. Hari-hari lepak je.. Takde buat pape pun.. Sangat bosan sebenarnya masa tu..

Adalah kadang-kadang tu pergi seminar perniagaan dan pemasaran Internet. Tapi ntahlah, mungkin sebab tengah bercuti, jadi tiada semangat nak bekerja dan buat pape aktiviti/projek berkenaan pemasaran Internet.. Kira agak merugikan jugalah sebenarnya..

Selain tu, dalam tempoh cuti tu juga saya sempat masuk sekolah musik sekali lagi di Yamaha School dan saya pilih kelas gitar elektrik. Belajar dengan Cikgu Azam. Sempatlah juga belajar beberapa teknik baru. Nanti bolehlah buat video musik banyak-banyak lagi.. Huhu.. =p

Then bulan November 2011, saya dah mula bekerja di Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru. Jadi dunia pun berubah sekali lagi. Dari penganggur ke Pegawai Farmasi. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan baik. Kerja ok, kawan sekerja mostly best. Cabarannya adalah untuk meningkatkan ilmu di dada agar khidmat farmasi yang diberikan kepada pesakit adalah di tahap yang baik dan memuaskan.

Ya, sebab dah kerja juga, saya dah tiada masa langsung nak buka laptop, apatah lagi nak update blog ni.  Tapi tulah, saya akan cuba juga untuk menulis mungkin 2 minggu sekali. Banyak sebenarnya cerita yang nak dikongsikan, tapi tulah, I hope that I have more free times for it.

Di tempat kerja, saya bermula di Out Patient Department (OPD), kemudian beralih ke Stor Department dan kemudian masuk ke In Patient Department (IPD) dan kini di bahagian Manufacturing Department. Setakat ni dah 3 kali on call, 2 kerja malam dan 1 kerja hari minggu.

Bagi saya kerja tidak lah terlalu berat atau membebankan. Tapi cuma terpulanglah dengan siapa kita bekerja. Kalau ok orangnya, mesti pergi kerja pun rasa seronok ja.. So far Pembantu Pegawai Farmasi (PPF) yang saya jumpa semua best. Mereka sangat membantu berpandukan pengalaman mereka selama mereka bekerja. Terima kasih bebanyak. =)

InsyaAllah saya akan bekerja dengan sepenuh hati dan penuh tanggungjawab. Harapnya bila dah jadi kompeten nanti, bolehlah bantu sesiapa saja yang ada masalah berkaitan dengan ubat-ubatan. Bestnya kalau dapat bantu anda semua satu hari nanti. =)

Dan begitulah berakhirnya tahun 2011 di bulan Disember pula. Rasa puas apabila hampir semua yang dihajati tertunai. Alhamdulillah dah berjaya tamatkan pelajaran peringkat Ijazah Sarjana Muda, kemudian mula bekerja sebagai Pegawai Farmasi di hospital pilihan hati. Semuanya bagai terancang dengan baik. Alhamdulillah. =)

Overall,  2011 bagi saya sangat best. 2011 tahun kemenangan dan kebebasan. Alhamdulillah semuanya dipermudahkan. Kepada keluarga, guru-guru, para sahabat, dan kawan-kawan yang sentiasa memberikan sokongan dan galakkan, hanya Tuhan saja yang dapat membalas jasa anda semua.

Saya mungkin tidak berada di keadaan ini tanpa anda semua. Saya doakan anda semua yang pernah hadir membantu dalam hidup saya selama ini agar hidup anda semua dipermudahkan, diberikan kekuatan menempuh dugaan dan cabaran, diberikan cahaya hidayah keimanan dan diberi kebahagiaan sepanjang hidup. InsyaAllah jika ada kelapangan dan masa, kita akan bertemu lagi. =)

Ok sekian sahaja month summary saya yang dah jadi year summary untuk kali ini.. Berjumpa lagi pada post-post lain yang lebih menarik dan berinformasi di NizamMalek.com. =)

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Archive

 

Nizam Malek Blog. Copyright 2010 All Rights Reserved Revolution theme by Brian Gardner Ft Bloganol dot com | Distributed by Deluxe Templates

Create your free online surveys with SurveyMonkey , the world's leading questionnaire tool.