Tuesday, January 24, 2012

[KISSinsights] 2 More Questions About Pharmacy



Assalamualaikum dan salam sejahtera. 

Bersua kembali kita dalam kategori KISSinsights di NizamMalek.com.

Ruangan KISSinsights adalah satu medium khas yang saya sediakan khas buat pembaca NizamMalek.com sebagai ruang untuk berinteraksi dengan saya. 

InsyaAllah saya akan menjawab sebarang soalan yang anda masukkan ke dalam kotak KISSinsights yang terdapat di bahagian bawah blog ini.

Ok dalam bulan Januari 2012 ini, saya telah menerima 3 respond di kotak KISSinsights. Respond pertama adalah "Nice 1 .. :)".

Terima kasih, walaupun bukan berbentuk soalan, tapi saya sangat menghargainya.. hehe.. =)

Ok untuk respond kedua, soalannya adalah:

"Semester contents of Pharmacy. More to Biology or Chemistry?"

Ok soalan ini agak teknikal sedikit, di mana saya perlu recall semula subjek-subjek yang pernah diambil ketika belajar di kolej beberapa tahun sebelum ini.

Mungkin saya tidak dapat untuk menjawab secara detail, tapi bagi saya secara peribadi, isi semester kursus Farmasi adalah lebih kepada Chemistry berbanding Biology.

Terdapat beberapa subjek awal yang diambil adalah lebih cenderung kepada Chemistry seperti Pharmaceutical Chemistry 1 & 2, Medicinal Chemistry, Pharmacognosy dan Pharmaceutical Analysis 1 & 2. 

Malah, beberapa subjek seperti Pharmaceutical Technology 1 & 2 dan Physical Pharmacy juga memerlukan kemahiran Chemistry dan Physics yang baik untuk menguasainya.

Manakala pengetahuan asas Biology diperlukan lebih kepada subjek seperti Microbiology di mana pelajar akan belajar berkenaan kehidupan organisma micro seperti bacteria dan fungi. Selain itu, asas Biology juga penting untuk subjek-subjek kritikal seperti Anatomy, Physiology, Immunology dan Pathology.

Bagi saya juga, subjek kritkal utama dalam bidang sains seperti Biology, Chemistry, Physics dan Mathematics ini tidak dapat dipisahkan dalam pembelajaran bidang Farmasi kerana ia perlu dikuasai secara menyeluruh.

Kalau boleh, jangan belajar mengikut minat subjek. Kuasai dan minatilah semua subjek untuk memudahkan anda menguasai bidang Farmasi yang amat luas ini.

Setelah anda tamat pelajaran dalam kursus Farmasi, maka anda boleh mula melanjutkan pelajaran dalam bidang yang lebih spesifik mengikut minat sebenar dan kemampuan anda.

Semoga jawapan ini dapat membantu anda yang bertanya. =)

Ok kita teruskan ke respond ke dua. Soalannya berbunyi begini:

"Salam... 

Saye baru je grad bulan 11 hari tu dan bakal bekerja sebagai farmasis jgak... Sekarang tgh becuti lagi.. hehe...

Nak tanye saudara..

Ade ape2 nasihat atau cadangan tak untuk orang yang macam saya yg tgh cuti ni sbg persediaan ke alam pekerjaan?

Mungkin ade ilmu farmasi tertentu yang perlu diberi penekanan ke... Tersangat risau dengan ilmu yang ade... 

Rase cetek dan tak memadai je untuk menempuh hidup sebagai prp.. hehe...

Trimas saudara nizam."

Ai, macam kenal je sape yang tanya soalan ni.. hehe..

Ok, berkenaan dengan persediaan untuk memasuki alam pekerjaan sebagai Pegawai Farmasi U41, secara ringkasnya, saya boleh katakan yang anda perlu mempersiapkan diri lebih kepada aspek disiplin kerja.

Untuk pengetahuan anda dan sidang pembaca semua, alam pembelajaran dan pekerjaan adalah amat jauh berbeza..

Jika di alam pembelajaran, kita sebenarnya berjuang dan berperang dengan diri sendiri untuk mendapatkan keputusan cemerlang dalam pelajaran sekaligus menamatkan pelajaran bagi mendapatkan kelayakan untuk memasuki alam pekerjaan.

Tapi di alam pekerjaan, matlamat dan mediumnya adalah berbeza. Tanggungjawab dan disiplin yang tinggi dalam bekerja adalah amat penting kerana kita bekerja untuk membantu orang lain (pesakit) yang memerlukan. 

Jika sebelum ini di alam pekerjaan, kita boleh ponteng kelas jika kita malas, dan ianya tidak menyusahkan sesiapa pun melainkan diri sendiri, tetapi jika di alam pekerjaan, jika kita mengabaikan aspek tanggungjawab ini, kita akan menyusahkan rakan sekerja yang lain dan mungkin juga memperjudikan keselamatan pesakit kita.

Oleh itu, persiapkan mental dan fizikal untuk memenuhi keperluan pekerjaan. Belajar untuk mengurangkan kepentingan diri dan sentiasa bersedia untuk memberikan komitmen yang terbaik untuk kerjaya. =)

Selain itu, di alam pekerjaan, kita tidak boleh bekerja sendiri.. Latihlah diri untuk bekerja dalam kumpulan.. Ringankan tulang untuk membantu rakan sekerja lain antara satu sama lain akan memudahkan lagi setiap tugasan/kerja yang perlu dilakukan..

Berkaitan dengan ilmu Farmasi, apa yang saya boleh kongsikan di sini adalah, anda perlu tahu cara-cara untuk menggunakan reference yang ada. 

Sebagai graduan Farmasi yang masih baru, sudah semestinya mustahil bagi anda untuk menghafal semua fakta yang terdapat dalam buku..

Itu bukan isunya, tetapi anda dianggap cukup mahir untuk mencari fakta pada setiap reference yang ada. Contohnya, anda perlu tahu bagaimana caranya untuk menggunakan reference seperti buku dos pediatric iaitu Frank Shann.. 

Jadi sebelum masuk ke alam pekerjaan, pastikan anda tahu cara-cara mengira dos pediatric menggunakan buku tersebut. Ia sekadar contoh, dan anda boleh lakukannya dengan membuka buku-buku reference yang lain seperti Dipiro Pharmacotherapy Handbook, Lexicomp Drug Information dan National Antibiotic Guideline.

Selain itu, jangan takut untuk bertanya jika anda benar-benar tidak tahu.. Mungkin ada yang akan respond sebegini "Itu pun tak tahu?" atau "You dari universiti mana?".. huhu.. Sakit hatikan kalau dengar cam tu?

Tapi lupakan saja, benda itu tidak penting.. Jangan terlalu melayan sakit hati seperti itu, kerana ia mungkin hanya sekadar sebahagian daripada proses pembelajaran ketika baru mula bekerja sebagai Pegawai Farmasi U41..

Saya mungkin agak jujur berkongsikan pengalaman, tapi sekali lagi secara jujurnya saya berpendapat, tiada apa yang perlu anda risaukan terlalu banyak.. Kerana ia normal untuk mejadi serba tidak tahu ketika baru masuk bekerja..

Proses pembelajaran di universiti adalah sebagai persediaan untuk menjadikan anda seorang ahli Farmasi, tetapi di alam pekerjaan terutamanya di hospital, anda akan membina sendiri kerjaya anda sebagai seorang Pegawai Farmasi..

Saya berikan selang masa sekurang-kurangnya 3 bulan untuk setiap graduan Farmasi yang masuk bekerja untuk menjadi kompeten.. InsyaAllah selepas 3 bulan bekerja, anda akan rasa lebih selesa dan yakin dengan tugas kerja anda sebagai Pegawai Farmasi U41..

Saya doakan yang terbaik buat anda, dan selamat menyertai kumpulan kerjaya profesional Farmasi.. =)

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Archive

 

Nizam Malek Blog. Copyright 2010 All Rights Reserved Revolution theme by Brian Gardner Ft Bloganol dot com | Distributed by Deluxe Templates

Create your free online surveys with SurveyMonkey , the world's leading questionnaire tool.