Tuesday, November 1, 2011

[KISSinsights] Apa itu Google AdSense?


Assalamualaikum dan salam hormat buat semua,


Dalam ruangan KISSinsights kali ini, saya akan menjawab dua soalan daripada pembaca blog NizamMalek.com ini yang diajukan pada 31 Oktober 2011 yang lepas.
Soalannya berbunyi begini:

"From Uni @ ColourfulCraft.com.
  1. Cara setup akaun untuk AdSense
  2. Cara jana wang melalui AdSense this for beginner = orang yang zero knowledge pasal AdSense.
Please share and help!"


Baiklah, soalan yang diajukan adalah berkenaan Google AdSense.

Secara jujurnya, saya sendiri kurang pasti secara mendalam berkenaan Google AdSense ni, sebab sejak saya menceburi bidang pemasaran Internet Malaysia, saya tidak pernah mencuba Google AdSense.

Yang saya biasa dengar, Google AdSense adalah program pengiklanan Google yang memberi peluang penjanaan wang bagi penulis-penulis blog. Ia sama seperti program pengiklanan lain seperti Nuffnang.

Konsepnya adalah, kita memberikan ruang pengiklanan sama ada teks atau banner kepada google di home page blog kita. Apabila ada pelawat yang klik pada iklan tersebut, pemilik blog tersebut akan menerima komisyen berdasarkan jumlah klik yang terhasil.

Tapi tak mengapa, saya akan cuba menjawab soalan-soalan ini dengan sebaik mungkin mengikut pengetahuan yang ada.

Baik, untuk soalan pertama, cara-cara untuk setup akaun Google AdSense. Terdapat 2 cara untuk setup akaun Google AdSense. Pertama secara manual, dan kedua secara auto melalui fungsi yang telah disediakan oleh Blogger. Cara kedua adalah lebih mudah kerana semuanya telah diaturkan melalui kerjasama di antara Blogger dan Google AdSense.

Cara Pertama

Layari laman web Google AdSense, klik sini. Dan anda akan sampai ke laman seperti di bawah:

Klik butang SIGN UP NOW berwarna merah yang terdapat di sebelah kanan atas laman tersebut. Kemudian, isikan detail anda seperti URL blog, language dan contact information (alamat pembayaran melalui cek dan sebagainya) seperti yang diminta dan ditunjukkan dalam gambar di bawah:
Selepas siap isi detail di ruangan di atas, maka satu akaun Google AdSense telah terhasil untuk blog anda. Kemudian, anda perlu masukkan akaun Google AdSense tersebut ke dalam setting blogger anda.

Untuk melakukannya, anda boleh membuat rujukan tutorial melalui link ini: Tutorial Google AdSense.

Cara Kedua

Log in ke akaun panel blogger anda dan klik pada tab 'Monetize' seperti yang ditunjukkan dalam gambar di bawah:
Seperti biasa, anda boleh mendapatkan akaun Google AdSense yang terus diintegrasikan dengan akaun blogger anda dengan menekan butang SIGN UP FOR ADSENSE yang berwarna oren seperti yang ditunjukkan dalam gambar di atas.

Kemudian, anda akan sampai ke ruangan 'Make Money with AdSense'.
Di sini, anda boleh memilih ruangan mana yang anda mahukan untuk mempamerkan iklan Google AdSense di hompage blog anda. Contohnya, anda boleh letakkan iklan Google AdSense tersebut di ruangan sidebar ataupun di bawah setiap blog post yang anda hasilkan di blog anda.

Klik Next apabila sudah selesai membuat pilihan dan teruskan dengan konfigurasi seterusnya mengikut aturan yang ditetapkan oleh Blogger.

Demikianlah serba sedikit cara-cara untuk setup akaun Google AdSense untuk tujuan penjanaan wang di blog.


Baiklah, soalan kedua pula berkenaan cara-cara menjana wang melalui Google AdSense bagi beginner.

Sebenarnya, Google AdSense adalah salah satu cara mudah yang boleh digunakan untuk menghasilkan pendapatan secara pasif melalui Internet.

Ianya adalah satu konsep penjanaan wang mudah apabila kita hanya menyediakan 'tempat pengiklanan' di blog kita untuk kegunaan Google.

Bermakna, ruangan tersebut diberikan khas kepada Google untuk menempatkan apa-apa sahaja iklan yang dianggap bersesuaian dengan konsep, tema dan niche blog kita. P/S: Iklan yang dimasukkan akan diuruskan sendiri oleh Google AdSense.

Setelah iklan tersebut dipamerkan oleh Google di blog anda, setiap klik pada iklan banner tersebut yang hadir melalui blog anda akan dikira dan anda akan mendapat komisyen berdasarkan jumlah klik yang anda perolehi.

Semakin banyak klik, semakin banyak jumlah komisyen anda.

Walaubagaimanapun, terdapat beberapa syarat yang perlu dipatuhi apabila menggunakan Google AdSense sebagai medium janaan wang melalui blog, iaitu, anda sebagai pemilik blog tidak dibenarkan untuk klik pada iklan banner tersebut.

Jadi sebagai beginner untuk Google AdSense, jangan sekali-kali klik pada iklan banner tersebut. Jika tidak, akaun Google AdSense anda berkemungkinan akan digantung oleh Google.

Mengikut pembacaan saya di blog-blog mereka yang aktif melakukan teknik Google AdSense di blog, anda memerlukan trafik yang tinggi setiap hari ke blog anda untuk memastikan kejayaan penjanaan wang melalui Google AdSense tersebut.

Minimum jumlah pelawat ke blog yang disarankan oleh pakar-pakar Google AdSense adalah seramai 300 pelawat sehari.

Jika jumlah pelawat di blog anda mencapai sekurang-kurangnya angka di atas, anda bolehlah berkira-kira untuk fokus kepada penjanaan wang melalui Google AdSense.

Jika jumlah pelawat di blog anda masih terlalu rendah, anda perlu berusaha mempromosikan blog anda sebaik mungkin dan dapatkan lebih ramai prospek ke blog anda untuk klik pada iklan Google AdSense yang terdapat di blog anda.

Selain itu, oleh kerana Google AdSense adalah kepunyaan Google, iaitu syarikat luar negara, kebanyakan laman web yang ingin dipromosikan adalah dalam bahasa Inggeris.

Jadi, jika anda anda ingin menjana wang melalui Google AdSense, adalah lebih elok jika anda membuat update blog post anda dengan menulis artikel dalam bahasa Inggeris. Ia akan lebih mudah diindex oleh Google dan berpotensi mendapat klik melalui carian di Google.

Walaupun kedengarannya mudah untuk menjana wang secara pasif melalui Google AdSense, tapi hakikat dan realitinya, ia tidak se'mudah' yang disangka.

Ia memerlukan usaha yang luar biasa dalam menghasilkan trafik ke blog, malah komisyen klik (jika mendapat klik) yang diterima adalah kecil iaitu sekadar beberapa sen usd untuk setiap klik.

Oleh kerana saya juga tidak melakukan usaha yang bertepatan untuk menarik trafik ke blog saya, jadi saya tidak pernah bercadang untuk melakukan teknik penjanaan wang pasif melalui Google AdSense.

Oleh itu, sekadar pendapat daripada saya, jika anda bercadang untuk melakukan Google AdSense, anda seharusnya sudah mempunyai trafik yang amat positif di blog anda setiap hari kerana lebih tinggi trafik, lebih tinggi peluang untuk mendapat klik.

Jika tidak, mungkin anda tidak akan mendapat hasil daripada iklan Google AdSense yang diletakkan di blog anda.


Semoga penerangan ini sedikit sebanyak memberi gambaran kepada anda berkenaan Google AdSense.

Terima kasih. =)

6 comments:

Traffic.SKSLink.com on April 15, 2014 at 2:22 AM said...

Ini ada link trafik untuk adsense, adf.ly dan lain2 tanpa kesan. Ada komen?: http://skslink.com/xchange/

apa itu google adsense on December 6, 2014 at 5:17 PM said...

Terima kasih infonya mas, sangat membantu saya kebetulan lagi memahami apa itu google adsense, maklum baru pemuli siapa tau bisa sukses, kunjungi balik ya

mummy on January 14, 2015 at 12:42 PM said...

terima kasih. Info yang sangat bermanfaat

Anonymous said...

terima kasih. info yang baik..!!!

sensasi2020 on August 20, 2015 at 11:53 PM said...

Dah dapat hosted akaun tetapi bila buka emel, tiada emel daripada google adsense...pelik jugak ya.. Publisher ID dah ada, ads code iklan dah ada... moga ianya diapprove...

judi poker on July 29, 2016 at 7:57 PM said...

Terima kasih infonya mas, sangat membantu saya kebetulan lagi memahami apa itu google adsense, maklum baru pemuli siapa tau bisa sukses, kunjungi balik ya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Archive

 

Nizam Malek Blog. Copyright 2010 All Rights Reserved Revolution theme by Brian Gardner Ft Bloganol dot com | Distributed by Deluxe Templates

Create your free online surveys with SurveyMonkey , the world's leading questionnaire tool.