Wednesday, November 9, 2011

The Last 24 Hours..


Salam, dan hai semua.. =)


Ketika saya menulis blog post ini, saya cuma ada lebih kurang 24 jam sahaja lagi untuk mempersiapkan diri bagi memasuki alam pekerjaan.

InsyaAllah saya akan melapor diri di Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Johor di Wisma Persekutuan pada 10 November 2011 (khamis) ini.

Sudah pasti, semuanya akan sedia berubah. Hidup tidak akan sama lagi seperti sebelum ini. Akan berkuranglah keseronokan alam pembelajaran di sekolah dan zaman universiti yang mengamit kenangan demi kenangan menarik.

Buat masa ini, perasaan masih tenang dan tidak begitu menggundahkan. Cuma beberapa hari ini selera makan menurun.. Tiada rasa nak makan nasi.. Stress nak kerja kot.. hehe.. =p

Dan yang agak menggerunkan adalah masalah waktu tidur yang dah agak-agak distorted ni.. Almaklum selalu tidur lewat..

Kalau bangun awal tu mesti rasa macam biol-biol je.. hehe.. =p Harap-harap ianya akan dapat diperbetulkan secepat mungkin.. =)

Selain itu, debaran yang antara paling utama adalah berkenaan hospital yang akan diterima nanti. Semoga harapan untuk dapat Hospital Sultan Ismail (HSI) akan tercapai dan semoga semuanya dipermudahkan.

Erm, best ke tak ya alam pekerjaan? Ramai kawan yang kata kerja tak best.. Selalu stress.. Macam-macam masalah.. Masalah dengan bos lah, selalu kena marah, masalah dengan rakan sekerja lah, masalah kerja berlambak, masalah tak dapat cutilah dan bermacam-macam lagi..

Memang semua itu ragam alam perkerjaan yang perlu dilalui. Semuanya akan amat sukar pada permulaannya, dan apabila sudah terbiasa serta boleh diadaptasi, semua itu akan menjadi rutin dan sekadar menambah kebosanan hidup..

Tapi yang best sekali, semua orang akan setuju, iaitu apabila waktu masuk gaji. Masa itulah dunia rasa terang seketika.. Rasa cam orang kaya je dan boleh beli itu dan ini.. Hehe.. =p

Itulah nikmat bekerja, apabila segala penat lelah sepanjang bulan terbayar dengan penerimaan gaji, walaupun taklah sebanyak mana.

Hmm, itulah setakat imaginasi yang ada sebelum mula bekerja.. Nanti dah kerja nanti, baru lah tahu macam mana rasa sebenarnya.. Hehe.. =p

Di samping itu, banyak juga nasihat-nasihat berguna yang saya terima daripada mereka yang lebih dulu 'makan garam' dalam adat resam dunia pekerjaan. Boleh juga saya kongsikan di sini antaranya:

1) Berhati-hati dengan politik kerja. Ok, ini mungkin agak serius.. Politik kerja.. Apakah ia ya? Susah juga nak jelaskan dalam ayat, tapi rasanya semua boleh faham kot apa yang dimaksudkan dengan politik kerja.

Antara nasihat yang diterima adalah, jangan terlalu menonjolkan diri, perbanyakkan merendah diri dan elakkan mempamerkan sikap negatif di tempat kerja. Banyak kesan buruk yang boleh dialami akibat daripada politik kerja yang selalunya dikaitkan dengan tekanan melampau sehingga menjejaskan presetasi kerja seseorang.

Ya, perkara ini amat perlu dititik beratkan dan sentiasalah berhati-hati dalam percakapan dan perbuatan, agar tidak tersilap langkah.

2) Rancanglah kewangan dan sikap berbelanja. Nasihat ke dua ini amat-amat relevan pada zaman kini apabila berita melaporkan jumlah belia yang diistiharkan muflis meningkat dari tahun ke tahun.

Inilah salah satu jerat yang berpotensi mengheret seseorang yang baru mula bekerja ke lembah masalah kewangan yang hampir tidak masuk akal. Berjimat-jimatlah dengan wang yang ada, elakkan sikap boros dan berhati-hati menggunakan kad kredit.

Kebiasaanya, seseorang akan kelabu mata apabila mendapat wang beribu-ribu ringgit dan terus 'bersedia' untuk menghabiskannya untuk kereta idaman, pakaian yang mahal-mahal dan bermacam-macam lagi pembelian yang tidak perlu.

Akibatnya penyesalan menjadi teman.. Jadi sebelum mungkin tiba ke saat tersebut, lebih elok dirancang aspek kewangan dan perbelanjaan setiap minggu dan bulan agar masalah kewangan yang teruk tidak timbul.

3) Tunaikan tanggungjawab kepada ibu bapa. Sebagai anak lelaki, tanggungjawab terhadap kedua ibu bapa adalah berlanjutan sehingga ke akhir hayat mereka. Mungkin sebelum ini, semua makan dan minum serta perbelanjaan ditanggung oleh mereka.

Kini, apabila sudah sampai masanya untuk berdikari, dan mempunyai wang sendiri, janganlah dilupakan pengorbanan kedua ibu bapa. Gunakanlah peluang ini untuk membalas jasa mereka sebaik mungkin.

Pernah saya terbaca dalam satu hadis (mohon pembetulan jika ada yang tersilap dalam tulisan ini) berkenaan kisah jihad di mana ada seseorang pemuda meminta keizinan daripada Nabi Muhammad S.A.W untuk keluar berperang atau berjihad ke jalan Allah S.W.T.

Kemudian Nabi Muhammad S.A.W bertanya kepada pemuda tersebut. Masihkah engkau mempunyai ibu bapa yang masih hidup? Pemuda tersebut menjawab ya, ada.

Lantas Nabi Muhammad S.A.W mengarahkan pemuda tersebut agar pulang dan menjaga kedua ibu bapa nya. Inilah salah satu pengajaran kepada kita iaitu, nilai berbakti kepada kedua ibu bapa lebih besar daripada nilai berjihad di medan peperangan yang menawarkan ganjaran mati syahid.

Justeru, gunakanlah peluang mula bekerja ini untuk mengurangkan bebanan kedua ibu bapa dan berusaha membantu mereka yang mungkin semakin uzur dan memerlukan kasih sayang daripada anak-anak. =)

10 November 2011 adalah permulaan semula dalam diari hidup Nizam Malek. Cerita-cerita lalu telah terkubur dan menjadi sejarah. Kini bermulalah episod baru yang akan dicoret dengan pena di dunia perkerjaan yang penuh cabaran dan dugaan meniti alam kedewasaan yang sebenar.

Semoga semuanya dipermudahkan. Saya mohon doa daripada kalian semua jua.

Terima kasih dan berjumpa lagi dalam blog post yang seterusnya. =)

4 comments:

UNI on November 9, 2011 at 8:30 AM said...

terkenang mase kak uni mula bekerja tahun 2005 lalu. Excited sgt pegi keje masa first day. Kalau diingatkan balik, rasa mcm kelakar pulak. hehe..

selamat menempuh alam pekerjaan!! all the best!!

Nizam Malek on November 9, 2011 at 10:54 PM said...

Thanks kak Uni! =)

Man said...

Kejap je dah 2013. Ade experience politik keje? I dapat posting ke Selangor. Takut gak nak start keje...

Nizam Malek on January 28, 2013 at 11:10 PM said...

Salam Man, huhu ada la juga sikit sebanyak. Itu perkara biasa kan?

Owh, Pharmacist juga ke? All the best posting ya, keep in touch. =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Archive

 

Nizam Malek Blog. Copyright 2010 All Rights Reserved Revolution theme by Brian Gardner Ft Bloganol dot com | Distributed by Deluxe Templates

Create your free online surveys with SurveyMonkey , the world's leading questionnaire tool.