Sunday, November 6, 2011

Salam Aidiladha 2011



Hi, assalamualaikum semua!


Apa khabar? Semoga sihat selalu.

Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan selamat menyambut hari raya Aidiladha, maaf zahir dan batin kepada seluruh muslimin dan muslimat.

Alhamdulillah, kita dipanjangkan umur untuk menikmati hari mulia yang terdapat dalam agama Islam yang tercinta ini.

Pagi tadi saya sempat menunaikan solat sunai Aidiladha di Masjid An-Najah, Taman Daya, Johor Bahru. Jemaah tak seramai seperti solat sunat Aidilfitri yang lalu. Mungkin ramai yang balik beraya di kampung halaman kot.. =p

Yang menarik kali ni di masjid tahun ni adalah jumlah lembu korban adalah lebih daripada 10 ekor. Meriah juga nampaknya. Tapi time pergi masjid tadi tertinggal kamera, jadi tak dapat lah nak rakamkan suasana time tu.. ='p

Walaubagaimanapun, di kesempatan ini, di post ini, saya ingin jugalah menyuarakan pendapat peribadi berkenaan jemaah wanita yang hadir ke masjid menunaikan solat sunat Aidiladha tadi.

Mungkin pendapat saya ini tidak disenangi segolongan orang, tapi rasanya nak cakap juga.

Ianya berkenaan jemaah perempuan yang hadir ke masjid tanpa menutup aurat dengan tidak memakai tudung. Malah, ada yang selesai sahaja khutbah aidiladha, mereka membuka telekung dan membiarkan aurat mereka terdedah ketika masih lagi berada di dalam ruang solat dan perkarangan masjid.

Sebenarnya masalah ini telah terjadi masa solat sunat Aidilfitri yang lalu. Kesal melihat segelintir jemaah wanita yang tidak 'reti' nak menutup aurat walaupun berada di tempat ibadah, malah kelihatan megah memperlihatkannya pada jemaah lelaki yang ada.

Sedarlah bahawa menutup aurat adalah perintah daripada Allah S.W.T. Fahamilah bahawa ianya bukan permintaan manusia khususnya kaum adam. Tetapi ianya jelas termaktub dalam antara petikan surah An-Nuur ayat 31 yang berbunyi:

"dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya."

Hmm, saya bukanlah nak menghentam sesiapa menggunakan medium blog ini. Tapi, jika yang saya perkatakan di atas ini ada asasnya, ambillah ia sebagai renungan bersama.

Semoga kita semua tidak tersasar dari jalan yang lurus yang kita cari di dunia ini, insyaAllah.

Bersesuaian dengan tema pengorbanan pada setiap Hari Raya Aidilfitri yang disambut setiap tahun, marilah kita berusaha bersama-sama untuk berkorban kemahuan dan ego mengejar keseronokan dunia sementara semata-mata dan kembali kepada perintah agama yang akan membawa kita kepada kebahagiaan di alam akhirat yang kekal abadi buat selama-lamanya satu hari nanti.

Jadi sekian saja blog post kali ini, sekali lagi, Selamat Hari Raya Aidiladha kepada seluruh muslimin dan muslimat. Assalamualaikum! =)

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Archive

 

Nizam Malek Blog. Copyright 2010 All Rights Reserved Revolution theme by Brian Gardner Ft Bloganol dot com | Distributed by Deluxe Templates

Create your free online surveys with SurveyMonkey , the world's leading questionnaire tool.