Saturday, November 19, 2011

First week at OPD. How's working life?


Sudah kira-kira seminggu blog ini tidak diupdate dengan blog post yang terbaru. Sememangnya tempoh seminggu pertama bekerja agak menyibukkan dan memenatkan, amat berbeza setelah lebih kurang 5-6 bulan bercuti.

Ramai yang kalau tegur di Facebook, akan bertanya khabar dan soalan favourite, "macam mana kerja, ok?"

Jadi saya ambil masa sikit untuk tuliskan update ringkas berkongsi pengalaman saya sendiri, di sini.. =)

Isnin yang lepas, 14 November 2011, saya telah memulakan tugas sebagai Pegawai Farmasi U41 di Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru di Out Patient Department (OPD).

Memang amat teruja untuk mula bekerja. Bangun awal, bersiap dan pastikan semuanya tersedia. Dah lama rasanya tak rasa begitu. =)

Pengalamannya memang menarik, jadi mari saya kongsikannya dengan anda semua.

Pada hari pertama itu, saya dan 4 lagi rakan Provisional Registered Pharmacist (PRP) yang lain diberi tugas untuk membuat filling. Filling ni maksudnya kita perlu isikan ubat-ubat mengikut label yang dibuat berdasarkan pesanan daripada doktor untuk para pesakit.

Biasalah, baru hari pertama bekerja, jadi masih belum mahir dan fasih dengan kedudukan ubat di bahagian rak. Jadi pergerakan filling agak perlahan, disamping perlu banyak bertanya kepada Penolong Pegawai Farmasi (PPF) dan Fully Registered Pharmacist (FRP) yang ada beberapa kali.

Alhamdulillah semuanya amat membantu dan bersedia memberikan tunjuk ajar pada kami yang masih 'hijau' dan 'blur'.. =p

Seronok juga lah buat filling. Kadang-kadang rasa macam main explorace lah pulak bila dapat label dan perlu cuba cari ubat di rak ubat dengan pantas dan tepat. Masa mula-mula memang pening dan mudah keliru. Tapi bila dah biasa, dan berhari-hari buat kerja sama, insyaAllah boleh mahir.. =)

Keadaan buat filling tu memang sama macam masa buat praktikal di Klinik Kesihatan ketika sedang belajar di CUCMS sebelum ini. Jadi tiadalah kejutan budaya sangat. Cuma biasalah, baru kerja 2 3 hari, mestilah banyak yang tak berapa pasti dan perlu banyak bertanya..

Kerja di OPD ni memang sibuk, sebab kita perlu bekerja dengan pantas dalam kumpulan untuk memastikan Key Performance Indicator (KPI) iaitu 30 minit untuk setiap pesakit dapat dicapai.

Sepanjang minggu yang pertama ni boleh dikatakan oklah. Ada juga kena marah kalau buat silap. Tapi come on lah.. Baru PRP masuk 2 3 hari kot.. Biasalah buat silap dan lambat.. Kalau tak buat silap dan super pantas tu dah tahap malaikatlah.. heheh..

So far bagi saya, walaupun PRP adalah graduan Farmasi, dan sepatutnya kami mempunyai pengetahuan asas berkenaan bidang Farmasi, tetapi, jika berkaitan sistem komputer dan aturan ditempat kerja, ia adalah perkara yang baru dan sudah pasti ia akan mengambil sedikit masa untuk memahirkan diri.

InsyaAllah jika dah biasa dengan sistem dan aturan kerja, semuanya akan jadi lebih mudah buat semua. So kesimpulannya tak perlulah marah2 sangat kalau ada silap.. Berilah tunjuk ajar dan panduan untuk menjadikan PRP lebih efektif..

Ha, ni bukan nak mengata sesiapa ya. Just sebagai ingatan pada diri sendiri bila dah naik pangkat jadi FRP nanti, perlu cool sikit dengan adik-adik PRP. Beri tunjuk ajar dan bekerja bersama.. Kurang sikit stress kerja.. Barulah seronok kan? =)

Selain buat filling, kami pun ada belajar buat extemporaneous preparation. Extemporaneous preparation ni biasanya kita perlu buatkan syrup preparation untuk patient.

Daripada tablet kepada syrup. Jadi kita perlu pecahkan tablet tu, campurkan dengan pelarut (contohnya syrup simplex) dan jadikannya khas (individualize) buat pesakit.

Antara ubat extemporaneous preparation yang saya dah siapkan dalam minggu pertama adalah seperti Syrup Trimethoprim. Best juga buat extemporaneous preparation ni. Kalau geram kat sesape, tumbuk je tablet tu pakai mortar & pestle.. kasi sampai pecah-pecah.. bagus tak imaginasi..? hehehe.. =p

Setiap aktiviti extemporaneous preparation tu boleh di isi dalam log book OPD. Setakat ni dah buat lebih kurang 7 dalam seminggu yang pertama. Tak susah pun, cuma kena hati-hati, jangan buat silap.. =p

Btw, memang bestlah kerja dekat dengan rumah.. Semuanya mudah.. Kerja masuk pukul 8 pagi. Kalau keluar rumah pukul 7.45 pagi pun masih sempat.. Kalau nak stay back atau on call pun tiada masalah sangat..

Rehat pukul 1 hingga 2 petang. Balik kerja pukul 5 petang. Kalau hari jumaat, rehat tengah hari pukul 12.15 tengah hari sampai 2.45 petang. Agak heaven di situ.. =p

Bagi saya, rasa amat seronok dan bersyukurlah dapat bekerja sebagai Pegawai Farmasi. Workload kerja mungkin tidaklah seberat doktor houseman. Cuma perlu rajin belajar, banyak bertanya, bertanggungjawab, boleh bekerja dalam kumpulan dan disiplin pada kerjaya.

InsyaAllah akan bekerja dengan bersungguh-sungguh dan cuba sedaya upaya untuk acquire knowledge yang diperlukan untuk memberikan khidmat yang memuaskan untuk para pesakit.

Ohya, dulu masa di belajar di CUCMS, saya antara pelajar yang lantang mengatakan tak suka kerja di hospital dan kalau boleh nak cepat-cepat tamatkan tempoh kerja wajib di hospital. Tapi semua itu dah agak berubah kini.

Apa yang saya lihat, bekerja di hospital tidaklah seteruk mana. Dan ia bergantung juga kepada apa yang membuatkan kita suka apabila datang kerja.

Kalau kita jenis suka pada suasana yang bersih dan selesa, mesti kita akan rasa stress gila kalau dapat hospital lama dan buruk atau fasilitinya dalam keadaan yang agak daif. Tapi kalau dapat hospital baru yang serba lengkap, bersih dan selesa, sudah pasti persepsi itu akan berubah secara drastik. Ini kira komen agak jujurlah.. =p

Walaubagaimanapun, semua ini baru bermula. Masih banyak lagi pengalaman menarik dan mungkin 'menyakitkan' yang akan dilalui dalam tempoh sekurang-kurangnya setahun untuk PRP ini. Semoga semuanya berjalan lancar dan baik-baik saja.

Ohya, selain bekerja dan isi log book, satu lagi tugasan adalah untuk melakukan research. Research akan dijalankan secara berpasangan dan pasangan research saya adalah saudara Shafie. Dengarnya tajuk research dan proposal dah siap. InsyaAllah boleh run research bila semua dah ready nanti. InsyaAllah will make the best for it too. =)

Untuk on call pula, ianya akan bermula pada bulan Disember nanti. Jadual pun dah keluar. Ada masa perlu kerja malam dari pukul 10 malam sampai 8 pagi, 5 petang sampai 10 malam dan kadang kala weekends.

Jadi sementara belum on call lagi, saya akan stay back atau datang ke hospital bila-bila masa PRP lain on call. Selain dapat belajar, boleh juga bantu kawan-kawan PRP yang lain. Sama-sama membantulah.. =)

It might be going to be more difficult and challenging for sure. But after all, this is what I was waiting for, for so long since school (having a good job and plan for my future). So I will be giving my very best for what ever it takes, insyaAllah.

Ohya, kalau ada adik-adik junior Farmasi atau apa bidang sekali pun yang nak bertanya pasal pengalaman kerjaya sebagai ahli/pegawai Farmasi di hospital, bolehlah ajukan soalan melalui aplikasi KISSinsights yang terdapat di bahagian bawah page blog ini.

InsyaAllah, saya akan terus berkongsi pengalaman-pengalaman yang akan datang sewaktu dalam tempoh PRP seperti pengalaman on-call malam, In Patient Department, Store, Manufacturing, Total Parenteral Nutrition (TPN), Therapeutic Drug Monitoring (TDM) dan lain-lain di blog ini.

Dan InsyaAllah juga, saya akan berkongsikan pengalaman dan nasihat tunjuk ajar berkenaan dunia perkerjaan dalam profesyen ini dengan anda semua yang ingin mengetahui dengan lebih lanjut.

Ok sampai sini dulu, berjumpa lagi dalam blog post seterusnya. Hanya di NizamMalek.com dan Facebook! =)

19 comments:

moira said...

Randomly found your blog..seronok baca pengalaman..teringat plak time sy 1st day as PRP..kat OPD jgk..hehe

Nizam Malek on November 20, 2012 at 8:22 PM said...

Thanks for reading this blog. Oh Pharmacist juga, selamat berkenalan. =)

Anonymous said...

salam..saya baru je lepas spm tahun nie..saje jer nak tanya..macam mana pathway dalam pharmacy??? start from foundation until degree or master??

Nizam Malek on January 10, 2013 at 7:22 AM said...

Salam,

Selepas SPM, anda perlu meneruskan pelajaran di peringkat Pra U sama ada tingkatan 6, matrikulasi, A-level, foundation dan setaraf dengannya.

Selepas mendapat result yang cemerlang di peringkat Pra U, anda boleh memohon untuk melanjutkan pelajaran dalam jurusan Ijazah Sarjana Muda Farmasi di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) Awam mahupun swasta.

Selepas tamat pengajian selama 4 tahun, anda perlu menjalani latihan yang dinamakan Provisionally Registered Pharmacist (PRP) selama setahun di ikuti dengan compulsory service selama setahun.

Selepas 2 tahun tersebut, anda boleh melanjutkan pelajaran ke peringkat master dalam pengkhususan seperti Clinical Pharmacy, Public Health, Statistic, Pharmacoeconomics dan pelbagai lagi mengikut minat anda dan kursus yang ditawarkan pada masa tersebut.

Begitulah seterusnya sehinnga ke peringkat PhD. =)

Anonymous said...

tq..best tak belajar farmasi nie?

Nizam Malek on January 10, 2013 at 11:22 PM said...

Erm, saya rasa best juga belajar Farmasi ni.

Walaubagaimanapun, terpulang pada individu. Jika mempunyai minat, insyaAllah akan rasa belajar Farmasi ni best.

Kalau baru lepasan SPM, cuba banyakkan membaca berkenaan kerjaya Farmasi di surat khabar ataupun majalah.

Ketahui apakah cabaran, prospek dan masalah yang terdapat dalam kerjaya Farmasi pada masa kini.

Kalau nak tahu apa-apa lagi berkenaan Farmasi, boleh tinggalkan komen di Nizam Malek Blog ini, insyaAllah saya akan cuba berikan penerangan secara ringkas untuk anda. =)

Anonymous said...

salam..saya nak tanya betul ke kerjaya ahli farmasi untuk 3-4 tahun akan datang akan saturated?cz skarang ramai yang ambil course nie..

boleh tak tolong cadangkan majalah ape yang ade ceritakan kerjaya berkenan farmasi nie..?

Nizam Malek on January 11, 2013 at 9:15 PM said...

Salam, untuk soalan tu, mungkin ya, dan mungkin tidak.

Memang semakin ramai yang ambil course ini, namun jumlah populasi akan sentiasa bertambah dan ratio pharmacist:patient masih belum dicapai.

Walaubagaimanapun, saya berpendapat, melanjutkan pelajaran dalam bidang Farmasi masih lagi releven dan peluang kerjaya masih ada.

Erm, berkenaan majalah tu sebenarnya tiada majalah spesifik yang boleh dicadangkan.

Kebiasaannya majalah tersebut adalah dari luar negara. Walaupun agak mahal, tapi kualiti informasi dalam majalah-majalah tersebut adalah sangat baik.

Contohnya adalah majalah Pharmacist keluaran Pharmaceutical Society of Australia.

Saya mendapat majalah tersebut secara percuma semasa saya ke Melbourne, Australia untuk membentangkan Research Project akhir tahun saya di CUCMS.

Mungkin anda boleh mendapatkannya di kedai-kedai buku yang besar seperti Kinokuniya, KLCC, Harris Bookstore di Johor Bahru ataupun mana-mana Mph di kategori kesihatan.

Anonymous said...

salam..saya nak tanya kalau nak masuk univrsty bagi course farmacy dye ambil kira jugak ke markah KO selain drpd result exam yang kita dapat tu?

nazrin said...

assalamualaikum.

haa baca blog camni baru rasa clear sikit macamana surrounding prp nanti. tq bro, this means a lot. sangatlah bguna untuk junior2 macam kami ni.

Nizam Malek on January 28, 2013 at 11:08 PM said...

Anonymous:

Yup, biasanya result Kokurikulum memainkan peranan disebabkan terdapat banyak persaingan.

Selain itu, aktif dalam Kokurikulum juga akan meningkatkan kemahiran soft skill seseorang pelajar.

Jadi ia tidak merugikan, malah amat membantu di alam universiti dan juga alam pekerjaan nanti.

Nazrin:

Terima kasih kerana meninggalkan komen. Masih ada lagi artikel-artikel berkenaan zaman PRP yang saya tulis di blog ini.

Jemput baca dan share dengan kawan-kawan pelajar Farmasi k. Semoga bermanfaat. Pape boleh contact2. =)

Anonymous said...

Nak tnya farmasi senang dpt cuti x?? Betul ke tugas farmasi ada gi ward brsama ngan doktor..Farmasi ni keje duduk ke atau berjalan2 spt doktor..Masa keje nanti english masih pkai x??

Nizam Malek on April 12, 2013 at 12:33 PM said...

1. Senang dapat cuti tu bergantung kepada beban tugas dan ketua. Selain itu, kalau dapat pegawai yang boleh menggantikan tugas kita, biasanya tiada masalah untuk mendapat cuti. Nak kata senang, tak lah senang sangat. Nak kata susah, tak lah juga. Tengok keadaan.

2. Betul. Pegawai Farmasi Klinikal akan mengikut doktor ketika ward round.

3. Bergantung kepada unit. Jika bertugas di Farmasi Satelit, kerjanya statik di tempat itu sahaja. Jika bertugas sebagai Pegawai Farmasi Klinikal, ada masanya berjalan-jalan seperti doktor.

4. English memang akan pakai, sebab ada saja pesakit yang lebih selesa berkomunikasi menggunakan bahasa Inggeris. Jika boleh berbahasa Mandarin atau Tamil, ia adalah satu kelebihan dalam kerjaya Farmasi kerana kita perlu berkomunikasi dengan efektif dengan para pesakit.

nami yoo.... on November 22, 2014 at 12:04 PM said...

Salam,saya akan menjalani latihan prp insyallah bulan satu ini. saya nak tanya,. apakah preparation yang saya boleh buat sebelum saya melangkah ke dunia PRP? Then saya berasa sangat nightmare apabila ingin memulakan kerja as PRP,ada x kata semangat dari en Nizam buat saya. Tq.

Nizam Malek on December 23, 2014 at 8:17 PM said...

Hi Nami Yoo,

Untuk preparation, anda perlu persiapkan diri dengan keyakinan diri dan communication skill.

Anda kena kuatkan semangat dan jangan cepat emosi especially bila kena marah dan sebagainya.

Dunia pekerjaan lain daripada dunia belajar, jadi mesti get ready k.

Jangan bandingkan diri anda dengan orang lain.

Kena cepat belajar.

Rajin menulis supaya mudah ingat.

Jangan stress-stress.

All the best to you k. =)

Anonymous said...

Salam. Mohon pencerahan tentang tips memilih hospital pilihan untuk latihan sebagai prp. Saya dapat makluman yang sukar untuk kita stay di hospital yang kita jalani latihan as prp bila kita jadi frp nanti. Betul ke? And any other things to consider regarding memilih hospital untuk latihan prp ni? Thanks in advance :)

Nizam Malek on August 31, 2015 at 10:29 PM said...

Salam,

1. Pilih hospital yang kita selesa bekerja di situ atau berdekatan dengan tempat tinggal kita.

2. Pasal posting ni bergantung. Tapi boleh buat permohonan untuk pilih hospital yang kita prefer.

3. Pasal hospital ni kebanyakannya semuanya sama sahaja. Cuma kalau hospital besar, workloadnya lebih banyak berbanding hospital kecil. Apa yang penting adalah persediaan kita untuk hadapi tahun PRP. Sikap memainkan peranan yang amat besar.

All the best!

Anonymous said...

Hi, saya dpt posting di Klinik kesihatan. Ramai yg cakap Kalau kat kk tak boleh belajar banyak. Memang ada attachment kat hospital Selama 3 bulan, tapi apparently it won’t Be enough to learn. Still boleh learn dan perform walaupun kat kk?

Ilya on June 18, 2020 at 8:55 PM said...
This comment has been removed by the author.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Archive

 

Nizam Malek Blog. Copyright 2010 All Rights Reserved Revolution theme by Brian Gardner Ft Bloganol dot com | Distributed by Deluxe Templates

Create your free online surveys with SurveyMonkey , the world's leading questionnaire tool.