Seperti yang dirancang, saya nak buat month summary pada setiap bulan yang ada. Kalau month summary pada tahun 2010 cuma bertahan hingga bulan Jun 2010 sahaja, saya target nak buat month summary untuk 12 bulan pada tahun 2011 ni.
Untuk post kali ni, saya akan highlightkan beberapa perkara yang telah berlaku di sekeliling saya sepanjang bulan pertama di tahun 2011, iaitu Januari. Owh pejam celik, dah berakhir rupanya tempoh 31 hari dalam bulan Januari ni. Sekali lagi masa pantas berlalu. Cuma bezanya, bulan Januari ni tersemat beberapa peristiwa yang menarik untuk dikenang kembali.
Minggu pertama
Saya masih bercuti dan berada di Johor Bahru dalam minggu pertama Januari 2011. Antara perkara yang saya lakukan dalam minggu pertama ni adalah review semula matlamat 2010 dan menetapkan matlamat tahun baru 2011.
Alhamdulillah beberapa matlamat 2010 berjaya saya capai dan ada yang hampir tercapai. Salah satunya, saya nak naikkan berat badan ke range 55-60kg. Tak tercapai, tapi sangat hampirlah. Peningkatan lebih kurang 10 kg. =)
Untuk matlamat 2011 pula, saya telah menetapkan 13 matlamat yang ingin dicapai sepanjang tahun 2011 ni. Matlamat 2011 saya adalah lebih jelas dan detail berbanding matlamat 2011, dan saya berharap untuk mencapai semua matlamat saya tersebut pada akhir tahun 2011 nanti, InsyaAllah.
Selain tu, antara yang menarik dan menggembirakan dalam minggu pertama Januari 2011, my viva dapat spoiler free daripada Perodua. Bayangkan spoiler yang berharga RM200++ tak termasuk kos pemasangan saya dapat free2 je. Best kan? ^ ^
Tu yang bestlah tapi yang tak bestnya, air-cond viva dah nak rosak. Dah tak sejuk dah air-condnye. Yelah dah 2 tahun pakai, so orang kate dah sampai masa untuk ditukar ganti part-part tertentu. Cuma sebab nak baiki dia agak mahal, so just decide masukkan gas air-cond je, dengan kos RM35. Harap dapat bertahan lame. Sabar ye viva.
Minggu kedua
Semester kelapan (terakhir) bermula di minggu kedua Januari. Agak stress juga sebenarnya sebab masuk semester baru je terus ada research presentation dan viva. Tapi rasanya oklah, sebab fakulti dah susun jadual dengan baik dan rasa agak selesa dalam minggu pertama dalam semester terakhir ni.
Lepas tamat research presentation dan viva, kelas tak pack sangat, so agak relax sehingga ke hujung minggu. So banyak masa terluang yang ada tu diisikan dengan aktiviti-aktiviti yang saya suka buat, apa lagi kalau bukan pasal internet marketing. =p
Dalam minggu ke 2 Januari ni, saya banyak membaca buku dan majalah berkaitan perniagaan dan pemasaran internet. Selain itu, saya banyak belajar skil-skil baru design menggunakan Adobe Photoshop CS3.
Pencapaian dalam minggu ni adalah, saya berjaya belajar teknik mencipta e-cover untuk tujuan promosi produk digital di internet. Tak sangka, rupanya nak buat e-cover senang sangat. Itulah orang kata, knowledge is power. So lepas ni dah tiada masalah nak buat e-cover. Anytime boleh buat, just click-click-click. Seronok2.
Minggu ketiga
Minggu ketiga Januari pula mula sibuk dengan kelas. Hampir tiap-tiap hari ada kelas dari pagi sampai petang. Penatlah jugak, tu selalu kantoi kelas pagi datang lambat. Lunyai kot.. =p
Subjek-subjek dalam semester ni agak menarik gaklah. Ada subjek pharmacy practice, public health, social pharmacy dan 2 subjek clinical pharmacy. Untuk public health dan social pharmacy, kami satu kelas akan bekerja bersama-sama untuk menjayakan program komuniti.
Untuk subjek public health, kalau tak silap kami akan ke sebuah kampung dan membawa mesej atau informasi kesihatan kepada penduduk setempat. Semuanya masih dalam proses perancangan dan program ini akan diadakan awal Mac 2011 nanti.
Untuk subjek social pharmacy pula, projek yang kami akan lakukan adalah Career Talk di Kolej Matrikulasi Selangor. Projek ini akan menjadi medium untuk memperkenalkan jurusan farmasi kepada pelajar-pelajar jurusan sains lepasan kolej matrikulasi.
Dalam projek Career Talk social pharmacy ni, saya telah diberi tugas sebagai Master of Ceremony program. Ini adalah salah satu cabaran baru bagi saya, tapi insyaAllah dengan bantuan rakan-rakan yang lain, saya akan cuba untuk berikan hasil yang terbaik.
Antara aktiviti yang akan dimasukkan ke dalam Career Talk social pharmacy di kolej matrikulasi itu nanti adalah booth-booth khas yang akan memperkenalkan bidang-bidang yang terdapat dalam dunia farmasi.
Antara booth yang akan dibina adalah booth clinical pharmacy, community pharmacy, industrial pharmacy, dan law & enforcement. Harapannya adalah, kami dapat memberi gambaran kasar, tepat dan jelas berkaitan jurusan farmasi kepada peserta program tersebut.
Untuk sesi booth, saya bersama 4 lagi rakan (Yusuf, Amanda, Faiza dan Zahidah) akan berada di booth community pharmacy. Walaupun booth kami mungkin antara yang terkecil, tetapi kami akan hasilkan sesuatu yang menarik untuk peserta yang datang seperti permainan, kuiz dan ruang informasi berkaitan bidang community pharmacy.
Jadi kepada pelajar yang akan hadir nanti, jangan ketinggalan untuk mengunjungi booth community pharmacy kami (wah belum pape dan start promosi.. heheh..).
Minggu keempat
Ok awal minggu ke empat ni, kami pelajar tahun akhir farmasi CUCMS mula sibuk dengan proses pembetulan akhir dan meng'hardcover'kan research thesis kami. Mulalah hidup tak menentu semula, dan sibuk mengejar deadline pada 27 Januari 2011.
Hard cover research thesis saya telah disiapkan di sebuat kedai printing berdekatan area Universiti Putra Malaysia (UPM) Serdang. Agak murahlah kat situ, untuk 1 set hard copy kosnya adalah RM10 sahaja dan dapat siap dalam 1 atau 2 hari.
Jadi alhamdulillah, dapatlah siapkan hard cover research thesis dalam masa yang ditetapkan. Untuk hard cover version ni, saya telah buat 5 set (3 untuk dihantar kepada fakulti). Rasa lega sebenarnya bila research project dah siap dan kini hanya tunggu result akhir diumumkan oleh fakulti.
29-30 Januari 2011 adalah tarikh berlangsungnya National Pharmacy Sports Carnival (NPSC) 2011 di Universiti Sains Malaysia (USM). Ini antara program national pharmacy yang paling saya tunggu. Saya dah join NPSC sejak pertama kali diadakan di Nottingham University, Semenyih dan memang seronok sebab time NPSC lah saya lupakan semua stress belajar di kampus.
Pengalaman di NPSC 2011 sangat menarik bagi saya. 2 hari penuh dengan cerita dan warna. Semuanya adalah kenangan yang akan diimbas selalu bila melangkah ke alam pekerjaan nanti. Dan di NPSC 2011 juga, ramai yang bergambar menggunakan kamera DSLR. Dah pasti berlambak gambar di NPSC 2011 akan diupload di facebook. Jadi boleh lah tengok semula NPSC 2011 dalam pelbagai angle. =p
_____________________________________________________________
Overall, bulan Januari 2011 berlalu dengan banyak pengalaman menarik dan cerita suka duka. Ada yang mahu dirakam sebagai kenangan, dan ada yang kalau boleh mahu dilupakan selamanya.
Learning lesson from January 2011
Kita tidak berupaya untuk memuaskan hati semua pihak kerana kita sebagai manusia adalah tidak sempurna. Tapi ia tidak bermaksud kita perlu berputus asa dan pergi membawa diri. Teruskan tugasan yang ada seperti biasa & banyakkan bersabar kerana pasti peluang seterusnya untuk menyinar akan datang lagi untuk kita. Kuatkan semangat dan you can survive!
Selamat tinggal Januari 2011 dan mari kita lihat apa cabaran, dugaan dan peluang baru yang menanti dalam bulan Februari 2011! =)
0 comments:
Post a Comment