Hari ini adalah 31 ogos 2010 bersamaan tarikh keramat Malaysia bagi sambutan kemerdekaan yang ke 53 tahun.
Alhamdulillah, kita masih lagi dapat merasai nikmat kemerdekaan dan kebebasan di negara tercinta ini. Memang tidak dinafikan, terdapat 'beberapa' atau 'sedikit' kekacauan sistem politik dan kejatuhan nilai moral di kalangan belia di Malaysia, namun itulah antara segenap dugaan dan cabaran yang perlu dihadapi generasi baru untuk terus memartabatkan maruah dan kredibiliti Malaysia di peringkat antarabangsa.
Jika kita soroti sejarah kemerdekaan Malaysia, pastinya kehebatan dan keberanian tokoh-tokoh pemimpin terdahulu memperjuangkan kemerdekaan menjadi kebanggaan dan sanjungan rakyat Malaysia. Kini, dengan kepesatan dunia globalisasi, ia menjadi tanggungjawab setiap rakyat Malaysia tidak kira agama dan bangsa untuk terus bertahan mengekalkan nikmat kemerdekaan ini.
Selain kemerdekaan dari segi fizikal (penjajahan wilayah), kita juga perlu meneliti dan mengawasi penjajahan pemikiran yang semakin sarat membelenggu generasi muda. Penjajahan minda seperti inilah yang mungkin akan menyebabkan erti kemerdekaan hanya ada pada laungan semata-mata.
Ok2, cukup2 dengan ceramah kemerdekaan free di atas =p. Biasanya, kalau hari kemerdekaan, pastinya persembahan perbarisan dan kawad kaki akan diadakan. Aktiviti-aktiviti sebegini adalah aktiviti yang sihat dan memang wajar disertai oleh golongan remaja dan belia (dan juga dewasa.. =p) kerana ia dapat membentuk nilai disiplin diri yang tinggi, semangat 'team-work' yang efektif, dan kesabaran yang kental dalam diri seseorang.
Masa kat sekolah dulu, memang dah biasa berkawad untuk unit beruniform pengakap, dan yang paling seronok skali adalah masa persembahan 'Kawad Formasi'. Kawad Formasi ni adalah satu jenis disiplin kawad kaki yang istimewa di mana sesuatu kumpulan kawad akan berkawad ke sana dan ke mari dengan membentuk beberapa formasi menarik dan mungkin juga menghiburkan.
Penat sangat masa berlatih, rasa pening dan mudah keliru dengan pergerakan yang perlu disusun, tapi bila formasi akhirnya dapat dipersembahkan dengan jayanya, ia akan menjadi satu kepuasan dalam diri setiap ahli kumpulan kawad tersebut.
Nak tahu macam mana seronoknya Kawad Formasi? Saksikan video di bawah ini, =)
Huhu, gabungan kawad formasi, musik, tarian dan gimik. Kreatif dan menarikkan? Akhir kata, Salam Kemerdekaan untuk seluruh rakyat Malaysia dan senyum selalu~ =)
Ikhlas daripada,
Nizam Malek
Putrajaya
0 comments:
Post a Comment