Thursday, September 9, 2010

Selamat Hari Raya! =D


Assalamualaikum warahmatullahiwabarokatuh..

Alhamdulillah, kini tiba sudah bulan Syawal yang ditunggu-tunggu. Bulan Syawal adalah bulan kemenangan bagi seluruh umat muslimin dan muslimat setelah sebulan menjalani ibadah puasa pada bulan Ramadhan Al-Mubarak.

Bagiku, bulan Ramadhan yang baru berlalu ini adalah amat bermakna dan banyak perubahan-perubahan ke arah positif yang telah berlaku dalam diriku yang selama ini amat daku dambakan.

Sudah pasti tiada yang sempurna, dan ada sahaja kedaifan dalam diri ini, namun daku amat bersyukur kerana masih diberi peluang dan ruang untuk terus mencari sinar di dunia ini demi mendapat keredhaan Tuhan yang Maha Esa.

Well, apa cerita raya tahun ni? Erm, memang seronok rasa nya. Bagiku, raya tahun ni adalah sangat-sangat dinantikan dan rasa seronok beraya memang ada dalam hati ini. Tak seperti sebelum ini, raya terasa hambar mungkin kerana terlalu banyak dugaan dan tekanan yang melanda diri mahupun keluarga. Tapi pada tahun ini alhamdulillah, hampir semuanya semakin baik dan dalam keadaan tenang. So boleh la raya besh2. =D

So here I list down 10 fakta raya for me this year:
  1. Baju raya ready made warna merah coklat keperangan =p. Satu family warna sama, style boria tahun ni.. hehe.. Nanti I will upload gambar-gambar raya ya! =D
  2. 1st time raya bersama dengan ahli keluarga baru, my newly born nephew, baby Haziq.
  3. Alhamdulillah dapat beraya dengan semua ahli keluarga, ibu bapa dan adik-beradik semua berkumpul bersama.
  4. 1st raya celebrate kat rumah family di Austin Perdana, Johor Bahru.
  5. Petang raya pertama pergi beraya di Kota Tinggi (keluarga belah abang ipar).
  6. 2nd raya bertolak ke Kuala Terengganu, Terengganu. Beraya kat sana for 2 days.
  7. Mercun? Just main bunga api dan mercun pop2.. =D
  8. This year last year still boleh dapat duit raya, next year kena bagi orang duit raya pula. =p
  9. Promosi kuih Semprit Special Edisi Raya nampaknya telah berkembang maju. =D
  10. Cuti raya sehingga 19 September 2010. =D
Jadi saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Menyambut
Hari Raya Aidilfitri kepada semua muslimin dan muslimat terutamanya to my beloved
parents (mama & abah), my siblings, teachers, friends and all lah.. hehe.. =D Maaf
zahir dan batin.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Nizam Malek Blog. Copyright 2010 All Rights Reserved Revolution theme by Brian Gardner Ft Bloganol dot com | Distributed by Deluxe Templates

Create your free online surveys with SurveyMonkey , the world's leading questionnaire tool.