Saturday, July 24, 2010

Ada apa dengan QC department?


Diam tak diam, dah 2 hari aku lalui industrial training di QC department Royce Pharma. Banyak pengalaman yang aku dapat setakat ni. Selalu balik rumah je aku kepenatan, xsempat nak tulis blog. So di hari sabtu yang indah nian ni, boleh lah aku share sikit sebanyak ape yang berlaku sepanjang khamis dan jumaat lepas. Mesti korang semue tertunggu2 nak tahu kn? hehe..

Ok, hari pertame kat QC department, hari khamis. Aku sampai on time gak, pukul 8 pg. Semangat lah konon, masuk new department..

QC department ni terbahagi kepade beberapa bahagian. Contohnya QC office; tempat yang digunakan untuk sediakan manual lab preparation, buat report analysis, lepak, rehat, main facebook dan makan (haha!). Selain tu ade HPLC room; iaitu tempat untuk buat analisis product menggunakan HPLC instruments.

Then berdepan dengan QC office, ade QC lab di mane semue lab preparation dan aktiviti2 lab dijalankan. Kat situ gak ade bilik Microb lab test dan analysis instruments yang lain macam Infra red (IR), Gas Chromatography (GC) dan Thin Layer Chromatography.

Kat 2nd floor ade rooms untuk simpan retention and samples of product. Kat situ, setiap product yang dihasilkan oleh company akan di kawal mengikut suhu2 tertentu dan samples akan di uji secara berkala untuk menilai tahap kestabilan product yang dihasilkan. Kalau ade product recall, retention product akan dibuka dan diuji untuk dibandingkan dengan product lain dalam batch no yang same.

Dan yang terakhir ialah bilik IPQC which stands for In Process Quality Control yang terletak di block B production floor.

Ok mase first time sampai tu, aku diperkenalkan kepade semue personnel yang ade kat QC department. Mostly semue kat situ berstatus chemist. Then aku dihantar ke IPQC room. Kat situ aku dilatih oleh Maziah dan Achik. Diorg ni memang giler (gile2, hehe). Satu hari tu je aku dah dibawak pusing satu kilang. Dari block B, ke block C, ke sorting, ke washing area, ke primary packaging, tableting, secondary packaging, packing dan macam2 lagi lah.

Seharian aku pakai jumpsuit. Ohye, jumpsuit untuk QC department ni special, warne pink. Kire feminin skit lah.. hehe..


Hello~ (ape die kat pipi kanan aku tu? contaminant kot..)

Ngan Maziah n Achik ni asyik gelak je. Diorg suke berlawak tak kire lah kat mane. Macam2 borak. Tapi time training, training betul2 lah. Aku belajar banyak bende2 yang aku tak terfikir pun sebelum ni.

IPQC ni buat ape? Ok, IPQC ni bertanggungjawab untuk monitor segale process yang berjalan kat dalam production floor dari manufacturing sampai ke packing so that semue nye menepati piawaian GMP (Good Manufacturing Practice) dan BPFK (Bahagian Penguatkuasa Farmasi Kebangsaan).

Selain tu kene buat line clearance, iaitu bagi approval sebelum sesuatu process tu boleh dijalankan. IPQC personnel gak kene ambik sample untuk dihantar ke QC lab bagi tujuan analysis. Semue aktiviti2 tu aku dapat tengok sendiri dalam satu hari tu. Ade few pics yang aku sempat snap.

Ni mesin untuk buat friability test

Ni plak mesin untuk buat dissolution test

Ni plak folic acid yang akan diuji..
Mesin ni untuk test diameter, dan hardness sesuatu tablet

Kerja IPQC ni sebenarnye relax je. Boleh jalan2 suke2 hati, dan tak la sebusy mane sampai tak sempat nak tengok kiri dan kanan. Tapi kene teliti lah perhatikan process, check pakaian operators dan lain2, sebab kalau QA personnel masuk production floor dan detect pape error yang berlaku, IPQC personnel lah yang kene ketuk dulu awal2.

Satu yang menarik pasal QC department ialah, mostly semue aktiviti adalah practical dan perlu bergerak ke sini ke sane. Tak ngantuk sangat dan mase pun cepat je berlalu. Tak macam kat Production n QA department dulu. Tengok jam macam tak nak bergerak je.. hehe..

2nd day plak hari jumaat. Aku ditempatkan kat QC lab untuk belajar/assist Azhar prepare Salbutamol bagi analysis menggunakan HPLC. Same je macam mase lab kat sekolah or kolej, tapi buat test betul2 untuk dapatkan result product.

Antare activiti yang aku buat kat lab hari tu ialah weighing, prepare mobile phase for HPLC dan sample Salbutamol. Lab manual die mudah difahami dan rase seronok je buat preparation tu. Nasib baik ade basic lab technique. Kire tak lah kekok sangat.

Then lepas dah siap buat Salbutamol preparation, masuk ke HPLC room untuk run test. Kak Lin ajar macam mane nak handle HPLC. Tekan situ, tekan sini.. banyak gile, naik pening aku dibuatnye. Teringat mase Ms Ismin ajar instrument HPCL untuk Pharmaceutical Analysis dulu. Mase tu teori je, sekarang dapat real practical experience. Baru boleh appreciate the knowledge. Rase bertuah.. =p

Ni lah die HPLC

Ohye, lupe plak nak inform. Kat QC office tu ade Kak Lin (senior chemist), Azhar, Khairi, Anis, Dayah, Zah, dan Ijan. Kadang2 Rizal datang lepak kat situ. Mase rehat tengah hari, diorg ajak g rumah sewa Azhar kat Nilai Perdana. Best lah gak, jalan2. Makan tengah hari, lepak2, then g solat jumaat kat Masjid Nilai.

Lepas balik solat jumaat, sambung lagi buat analysis untuk Salbutamol tu. Kebanyakkan manufacturing company tak kasi student trainee untuk run test pakai HPLC diorg, mungkin sebab mahal dan nak dapatkan result yang betul2 bagus.

Tapi kat QC department ni, aku dapat peluang untuk buat run test dan troubleshoot bile ade pape prob. Untuk Salbutamol ni, banyak masalah teknikal berkaitan column die. So kene try banyak kali untuk dapatkan column yang sesuai.

Bersedia untuk test Salbutamol

Ni antare result yang keluar hasil run test yang aku buat. Buruk gile peak die.. Macam gunung kat banjaran titiwangse atau Batu Caves.. =p

Walaupun HPLC ni rumit (memang pening!), tapi bile dihandle oleh chemist yang dah mahir macam Azhar dan Khairi, memang bende tu semue nampak sangat mudah, macam main game je, tekan2 sane sini. Itulah orang putih cakap, respect and appreciate those people with skills.

Ok, sampai sini dulu pengalaman 2 hari kat QC department. Kak Safni nak tahu my point of view pasal chemist kat QC department ea? Huhu, boleh2, tapi tunggu ler last day.. =p

So, 5 more days to go. Bersemangat sikit untuk selesaikan industrial training ni. =D See yah!

2 comments:

auRoRa^boRealis on July 24, 2010 at 8:13 PM said...

hahaha! jaga2 ngan khairi tue..dia penah patahkan column guard HPLC tue. agree kat QC mmg cepat masa berlalu tp a bit tired lah. x leh duduk diam skit kat sana tue. paling tension bila x dpt result yg nak. HPLC complicated, try buat test by UV..hhahaha sgt senang. kekeke. kim salam kat semua!

Nizam Malek on July 25, 2010 at 10:57 PM said...

=D InsyaAllah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Archive

 

Nizam Malek Blog. Copyright 2010 All Rights Reserved Revolution theme by Brian Gardner Ft Bloganol dot com | Distributed by Deluxe Templates

Create your free online surveys with SurveyMonkey , the world's leading questionnaire tool.