Sejak berblogging bermula September 2009, saya tak pernah pun terfikir untuk memasukkan apa-apa ruang iklan di Nizam Malek Blog. Kalau boleh tak nak menyemakkan blog ni dengan banner iklan yang lip lap lip lap memeningkan kepala.
Disebabkan alasan mudah itu jugalah, saya tak ambil tahu sangat dengan syarikat-syarikat pengiklanan blog yang ada seperti Nuffnang dan Adsense. Bagi saya, semua tu buang masa dan memburukkan blog saya..
Tapi sebenarnya itulah satu kerugian. Sebab blogging ni satu aktiviti yang sihat yang boleh dilakukan di Internet. Dengan berblogging, kita dapat mengasah kemahiran menulis dan menyampaikan idea dengan baik dalam bentuk penulisan.
Walaupun kebanyakan masanya saya menulis blog secara rawak, iaitu tidak menulis dengan draft yang tersusun, atau sekadar menulis apabila ada idea, sekurang-kurangnya ia menjadi titik tolak kepada penulisan yang lebih kemas dan berkualiti.
Inilah kelebihan blog, di mana kita sendiri bebas menentukan hala tuju blog kita sama ada dari segi pengisian informasi, design layout dan juga cara penulisan.
Cuma, setelah sekian lama berblogging, saya rasa perlu ada satu ruang untuk saya membawa blog ini ke aras yang lebih tinggi dan menyertai komuniti bloggers Malaysia yang ada di luar sana. Salah satu caranya adalah dengan menyertai Nuffnang.
Apakah Nuffnang?
Nuffnang adalah satu komuniti khas untuk mereka yang mempunyai minat yang mendalam berkenaan dunia blogging. Dengan memiliki sejumlah lebih 1,000,000 ahli bloggers di beberapa negara seperti Malaysia, Singapura, Filipina, China, Hong Kong dan Thailand, Nuffnang diangkat sebagai peneraju komuniti untuk para bloggers.
Terdapat banyak kelebihan bagi bloggers yang menyertai Nuffnang. Antaranya adalah:
- Nuffnang menyediakan platform atau acara seperti Parti Bertema dan Pelancaran Produk untuk membolehkan para bloggers bertemu dan berkongsi pengalaman penulisan blog di antara satu sama lain.
- Anda akan berpeluang untuk menerima jemputan bagi membuat produk review. Contohnya, jika blog anda cenderung pada informasi berkenaan gadget, mungkin anda akan mendapat peluang untuk menggunakan gadget baru keluaran syarikat-syarikat tertentu. Kemudian anda boleh menulis review berkenaan produk tersebut untuk mendapatkan lebih banyak trafik ke blog anda.
- Anda boleh menjana pendapatan melalui program pengiklanan Nuffnang. Dengan meletakkan banner di beberapa bahagian di layout blog anda, anda akan berpeluang menjana pendapatan dengan amat mudah. Bab ini memang betul, cuma saya pun masih baru berNuffnang, jadi tak boleh nak cerita banyak sangat macam mana ia berfungsi. =p
- Dan banyak lagi kelebihan menyertai Nuffnang!
Kepada yang baru memulakan langkah dalam penulisan blog, saya mengesyorkan agar anda segera menyertai Nuffnang dan bersama menyertai keluarga besar bloggers di Nuffnang.
Siapa-siapa yang dah lama berNuffnang, silalah drop by dan berikan tunjuk ajar macam mana nak menjana pendapatan melalui pengiklanan di Nuffnang, ok? =p
0 comments:
Post a Comment