Wednesday, January 18, 2012

The Colors in Out Patient Department


Salam, hi guys..

Apa khabar, sihat ke?

Hmm, khabar saya kurang sihat.. Sakit tekak, batuk-batuk sikit beberapa hari ni.. Kuat sangat menyanyi sambil main gitar kot.. Sekarang stop kejap.. hehe.. =p


Tapi, walaupun kesihatan saya tak 100% baik, Alhamdulillah, semuanya masih dalam keadaan ok dan diberi kekuatan untuk bekerja seperti biasa. Cuma perlu bertahan sedaya mungkin.. =)

Mungkin dah terlalu penat bekerja setiap hari dan jatuh sakit.. Jadi perlu cari masa untuk dapatkan rehat yang cukup, betul tak? Then buat apa dok sibuk-sibuk tulis blog ni, pergi lah rehat.. Hehe, suka hati saya lah.. Boleh tak macam tu? =p


Sebenarnya saja je, tetiba rasa macam nak menulis, teringin menulis, menulis sesuatu.. Pape je..

Tapi nak tulis pasal apa ya? Tu la, korang tak tulis pape soalan pun kat kotak KISSinsight, jadi tak adalah soalan yang boleh dijawab..

Tak pe, tak pe, untuk category My Life kali ini, saya akan ceritakan pengalaman kerja saya lah.. Nak tahu tak? =p

Ok kini saya bekerja di Department Pesakit Luar atau lebih dikenali dalam bahasa Inggeris, Out Patient Department (OPD). 

OPD ni adalah stesen terakhir yang akan dilalui oleh pesakit yang datang ke hospital sebagai pesakit luar (tak masuk ward) di mana mereka akan menerima ubat-ubat yang dipreskrib oleh doktor yang merawat mereka sebelum mereka pulang ke rumah.

Oleh itu, menjadi tugas Pegawai Farmasi dan Pembantu Pegawai Farmasi untuk menyediakan ubat-ubat secara tepat kepada pesakit dalam tempoh selewat-lewatnya 30 minit.

Di OPD, konsep kerja adalah bekerja secara berkumpulan. Apabila menerima kad register daripada pesakit, kad tersebut akan disampaikan terlebih dahulu kepada Pegawai Farmasi yang membuat verifikasi ubat yang dipreskrib.

Setelah proses verifikasi selesai, label akan dihasilkan sama ada secara berkomputer ataupun manual. Label yang dihasilkan akan diambil oleh Pegawai Farmasi dan PPF yang bertanggungjawab untuk mengisi ubat-ubat pesakit mengikut label yang dihasilkan ke dalam satu kotak kecil. 

Setelah proses mengisi selesai, kotak tersebut akan dihantar kepada Pegawai Farmasi yang berada di kaunter hadapan untuk proses mendispen (memberi dan menerangkan berkenaan ubat) kepada pesakit.

Begitulah proses ini berulang dan berulang di OPD setiap hari secara ringkasnya. 

Seronok ke best kerja di OPD? Ok soalan ni agak menarik. 

Ketika baru masuk ke hospital sebagai PRP, department pertama saya adalah OPD. Masa baru masuk, memang blur-blur je.. Dan semuanya agak asing, jadi nak bergerak pun perlahan dan selalu tak pasti.. Kalau silap isi ubat dan lambat, kena marah, then rasa down.. 

Tapi itu memang normal. Bila dah biasa, lepas 2 3 bulan, kita dah lebih pasti apa yang perlu dibuat. It's the matter of time.. Sebab bila dah buat benda yang sama setiap hari, kita akan jadi lebih mahir, semua orang begitu.. 

Dan bila dah mahir dan tahu, barulah rasa lebih yakin untuk bekerja. Kalau awal-awal masuk, nak jawab telefon pun macam takut-takut. Sebab tak tahu nak jawab apa kalau disoal sesiapa. Tapi bila dah tahu banyak benda, kita akan lebih yakin untuk jawab soalan-soalan yang datang..


Bila dah yakin dengan kerja, barulah rasa seronok bekerja di OPD timbul. Tapi bukanlah bermakna bila dah mahir dan yakin, kita lah yang paling terer.. Bukan, bukan.. 

Masa bekerja, bukan masanya untuk tunjuk pandai.. Banyak masa dan keadaannya kita perlu bertanya lagi, dan double check supaya kesilapan tidak berlaku.. Lagi-lagi kalau kerja berkumpulan macam di OPD.. Kena saling bantu membantu dan support each other.. 


Masa isi ubat, kadang-kadang kita perlu sediakan ubat dalam bentuk cecair untuk pesakit. 

Contohnya pesakit kanak-kanak yang tak boleh telan ubat. Jadi tablet akan dipecahkan dalam mortar dan dilarutkan dalam pelarut seperti syrup simplex ataupun sodium bicarbonate. Best jugalah, tak susah pun, just pecah-pecahkan tablet, campur pelarut, siap! 

Selain tu, seorang Pegawai Farmasi akan ditugaskan untuk menjaga kunci Poison Box. Dalam Poison Box tu tersimpan ubat-ubat terkawal atau Dadah Berbahaya seperti Morphine, Midazolam, Alprazolam, Oxycodone, Phenobarbitone, Clonazepam dan lain-lain..

Jadi kalau ada pesakit yang dipreskrib dengan Dadah Berbahaya ini, hanya Pegawai Farmasi yang menjaga Poision Box itu yang mempunyai authoriti untuk mengeluarkannya. 

Malah, Pegawai Farmasi tersebut perlu memastikan jumlah dadah berbahaya yang terdapat di dalam Poison Box tersebut sentiasa tepat setiap masa, tak boleh terkurang. 

Semua aktiviti pengeluaran perlu direkod secara efektif tanpa ada pemansuhan data. Kalau ada yang hilang, report polis perlu dibuat.Di situlah salah satu tempat di mana tanggungjawab dan integriti Pegawai Farmasi akan teruji. 

Selain menjaga Dadah Berbahaya, Pegawai Farmasi juga perlu menyediakan surat SPUB. SPUB bermaksud Sistem Pendispensan Ubat Bersepadu. Ianya digunakan untuk memudahkan pesakit untuk mengambil ubat di hospital atau klinik kesihatan yang berdekatan dengan tempat tinggal mereka.

Surat SPUB ini diperlukan untuk membolehkan mereka mendapat supply ubat daripada hospital atau klinik kesihatan yang dipilih. Nak sediakan surat SPUB ni pun sebenarnya tak susah, cuma perlu ikut prosedurnya.. Isi borang berkenaan detail pesakit dan klipkan bersama preskripsi pesakit..

Dalam 2 minggu ini, saya ada beberapa pengalaman menarik ketika mendispens ubat dan menyediakan surat SPUB. 

Antaranya, saya berdepan dengan seorang pakcik yang terlalu kerap meminta ubatnya ditukar. Beliau nak ubat batuk yang rasa berangin, dan ubat kumur yang warna biru.. tak nak yang warna merah..

Disebabkan dalam sistem tiada order daripada doktor seperti yang beliau minta, jadi saya tak dapat nak tukarkan ubat tersebut.. 

Beliau pun naik suara minta ditukarkan juga ubatnya dan ketuk-ketuk meja.. Saya pun dah cuak kot.. hehe.. =p

Tapi lepas call doktor dan confirm boleh tukar ubat, saya pun sediakan ubatnya. Lepas selesai mendispens, beliau senyum dan ucapkan terima kasih. =)

Dan ada beberapa lagi keadaan di mana beberapa pesakit lain sangat berterima kasih selepas saya sediakan surat SPUB sampai nak hulur tangan bersalam..

Yes, true, it's just a small thing, but seeing patients go home smiling after taking their medication/SPUB letter just melts my heart.. Hilang rasa penat bekerja bila dapat lihat pesakit pulang tersenyum.. =)

Jadi, saya boleh kata yang bekerja di OPD adalah menyeronokkan dan memuaskan hati. Yang paling best sekali, bila pukul 5pm je, sampai masa untuk tutup kedai dan sambung kerja esok pagi.. 

Jarang sekali perlu balik lewat kecuali ada masa-masa tertentu kalau jumlah pesakit tiba-tiba bertambah secara luar biasa..

Oklah, sampai sini dulu perkongsian kali ini.. Jumpa lagi! =)

1 comments:

Anonymous said...

"Yes, true, it's just a small thing, but seeing patients go home smiling after taking their medication/SPUB letter just melts my heart.. Hilang rasa penat bekerja bila dapat lihat pesakit pulang tersenyum.. =) " - sgt2 setuju dgn ayat awk nih..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Archive

 

Nizam Malek Blog. Copyright 2010 All Rights Reserved Revolution theme by Brian Gardner Ft Bloganol dot com | Distributed by Deluxe Templates

Create your free online surveys with SurveyMonkey , the world's leading questionnaire tool.