QS MBA Tour adalah satu program yang mengumpulkan dan memperkenalkan sekolah-sekolah perniagaan di seluruh dunia dengan bertujuan membantu individu-individu yang berminat untuk menyambung pelajaran dalam jurusan Master of Business Administration (MBA).
Bermula pukul 5.30 petang, program dimulakan dengan satu forum yang bertajuk ‘Panel Discussion: Getting into Business School’. Panelisnya adalah wakil daripada Vlerick, Globis Japan dan Melbourne business school.
Forum tersebut diadakan dengan sangat informatif dan interaktif. Antara persoalan yang diutarakan adalah seperti syarat-syarat asas untuk memasuki sekolah perniagaan, tips dan panduan untuk memilih sekolah perniagaan yang terbaik dan sesuai dengan keperluan peserta.
Antara syarat kemasukan ke sekolah perniagaan adalah memiliki sekurang-kurangnya 2 tahun pengalaman bekerja di mana pengalaman tersebut akan digunakan ketika menjalani program MBA tersebut. Kebanyakan sekolah perniagaan tidak akan menerima pemohon-pemohon yang tiada pengalaman bekerja kerana dianggap tidak mencapai tahap pengurusan dan kepemimpinan yang diperlukan sepanjang menjalani program MBA.
Program MBA sepenuh masa biasanya dijalani selama 1 tahun atau 2 tahun dan ada beberapa sekolah perniagaan yang menawarkan program MBA jarak jauh. Terdapat pro dan kontra berkenaan program MBA jarak jauh, namun para panelis mencadangkan agar menyertai program MBA sepenuh masa kerana para pelajar akan mendapat mendedahan yang lebih dinamik di dalam dewan kuliah dan kepentingan membina ‘networking’ bersama para pelajar yang lain.
Selain itu, sekolah perniagaan biasanya akan menilai potensi dan kebolehan seseorang pemohon dengan menggunakan satu ujian yang dinamakan Graduate Management Admission Test (GMAT). Inilah first time saya tahu pasal GMAT. Ok GMAT ini adalah satu ujian yang dijalankan secara online selama 4 jam dan peserta akan dinilai berkaitan kualiti verbal, matematik, dan analytical writing skills yang telah dilalui oleh peserta mengikut pengalaman semasa berkerja.
Format test adalah sekali jalan di mana para peserta tidak boleh kembali ke soalan yang telah dijawab dan mesti bergerak ke soalan seterusnya sehingga tamat; bermaksud, ‘there is no turning back’. Kos untuk menjalani ujian GMAT ini adalah lebih kurang RM4k. (-_-‘).
Selepas forum tu, para peserta QS MBA Tour 2010 diberi ruang masa ke dewan pameran untuk bertemu dengan wakil daripada sekolah perniagaan yang ada. Semua sekolah perniagaan yang ada pada hari tu adalah dari sekolah perniagaan yang terkenal dari luar negara, contohnya Manchester Business School, Kent Business School, Michigan –Ross, Imperial College Business School, dan ESADE Business School.
So aku dan waqi pun buat-buat lah tanya-tanya soalan macam “what courses do you offer?”, “how about the costs of the courses”, “how to apply”, dan macam-macam lagilah sampai aku pun dah tak faham apa yang aku tanya apatah lagi yang diorang jawab.. heheh..
Basically, for me, I learnt something and gained some information lah about pursuing studies in MBA. Bukan semudah yang disangka, macam-macam pulak prosedur dan syarat-syaratnya.
Tapi dalam banyak-banyak sekolah perniagaan tu, aku paling tertarik dengan Emlyon Business School, France. Emlyon Business School ada sediakan beberapa program yang boleh disesuaikan dengan keperluan pelajar selain daripada program MBA. Contohnya, di Emlyon Business School, ada satu program yang dinamakan Global Entrepreneurship Program dan merupakan salah satu program yang akan melatih para pelajar untuk menjadi usahawan (enterperneur) yang hebat dan berkualiti.
Global Entrepreneurship Program ini adalah program setahun Master of Science, diajar sepenuhnya dalam bahasa inggeris dan tidak memerlukan pengalaman bekerja sebagai syarat kemasukan. Macam best kan? Memang kena dengan misi Emlyon Business School iaitu ‘Educating Entrepreneurs for the World’. Emlyon Business School berada di tangga ke 8 dalam European Business School rankings.
Ok selain daripada pameran sekolah perniagaan, ada juga satu gerai pameran yang mempromosikan website PitchYourTalent.com. PitchYourTalent.com adalah sebuah website dibawah JobStreet.com, di mana kita boleh letakkan maklumat diri kita seperti bakat dan pengalaman kita di website tersebut secara percuma.
Kemudian jika kita bertuah, kita akan dihubungi oleh syarikat-syarikat seluruh dunia yang memerlukan khidmat kerja kita secara ‘freelance’ atau tetap. Inilah salah satu cara untuk mengiklankan potensi diri dan teknik membuka peluang.
Seperti kata John F. Kennedy (Former US President), “All of us do not have equal talents, but all of us should have an equal opportunity to develop our talents”. And the opportunity is widen by using the power of internet (Nizam Malek, 2010). =p
P/S: Amacam, still interested to go for MBA? Ask yourself. =)
0 comments:
Post a Comment