Thursday, December 30, 2010

Malaysia juara AFF Suzuki Cup 2010!


Rakyat Malaysia hari ni kembali bersorak gembira dan bangga dengan kejayaan skuad bola sepak negara yang berjaya menjulang Piala Suzuki AFF 2010 setelah menewaskan Indonesia dengan agregat 4-2.

Tahniah diucapkan kepada pemain-pemain Malaysia dan seluruh team yang telah bertungkus-lumus berusaha membawa pulang piala rebutan seluruh negara di asia tenggara tersebut ke Malaysia.

Saya sempat menyaksikan aksi Malaysia sewaktu menentang Vietnam dan kedua-dua final menentang Indonesia. Memang tepat review daripada pengulas sukan tanah air, Shebby Singh yang mengatakan mutu permainan skuad bola sepak kebangsaan telah banyak berubah.
Antara pemain yang menonjol adalah penyerang Safee Sali, Norshahrul Idlan Talaha dan penjaga gol, Khairul Fahmi Che Mat. Safee Sali juga memenangi anugerah penjaring terbanyak kejohanan (golden boot) dengan 5 jumlah jaringan terkumpul. Norshahrul sememangnya memukau di Stadium Bukit Jalil dengan pergerakan kemas dan mengelirukan, namun aksinya pada final kedua di Stadium Gelora Bung Karno agak terbatas setelah dikawal ketat oleh barisan pertahanan Indonesia. Khairul Fahmi sememangnya cemerlang dengan beberapa aksi menyelamat pintu gol. Banyak percubaan berbahaya pemain Indonesia yang tepat ke arah pintu gol Malaysia berjaya digagalkan oleh Khairul Fahmi.
Tahniah juga diucapkan kepada jurulatih Rajagopal. Inilah satu bukti bahawa Malaysia mampu menjulang piala dengan menggunakan bakat dan usaha rakyat tempatan tanpa bergantung kepada tenaga jurulatih atau pemain import seperti yang mungkin diamalkan oleh negara-negara lain.

Biarpun tewas dengan jaringan 2-1 pada final kedua, Malaysia tidak dapat dinafikan sebagai juara baru Piala AFF Suzuki 2010. Indonesia yang gagal menjulang piala tersebut di depan ribuan penyokong mereka bagaimanapun menunjukkan semangat kesukanan yang baik dan sikap sebegini adalah sesuatu yang baik untuk dicontohi.
Gonzales: "Waduh2, repot sudah begini... Meningan guwe lari senyep2 sebelum ada yang marahin guwe.."

Malaysia merupakan negara ke-empat selepas Thailand (3 kali), Singapura (3 kali) dan Vietnam (1 kali) yang berjaya menjulang piala ini.

Skuad bola sepak Malaysia sudah membuktikan kemampuan mereka untuk bersaing di peringkat yang tertinggi. Selepas ini, ayuh bersama memberikan sokongan kepada mereka, sepanjang masa, kerana adat bertanding ada yang menang dan ada yang kalah.

Jangan sekadar pandai mengkritik dan menghentam ketika kalah atau sekadar memuji dan menyanjung ketika menang sahaja. Setiap harapan disusuli dengan usaha, doa dan tawakal. Semoga kebanggaan dan kejayaan hari ini dapat diteruskan dan rakyat Malaysia dapat terus bersorak gembira meraikan kemenangan yang lebih cemerlang di masa hadapan.

Akhir kata, tahniah skuad bola sepak Malaysia!

1 comments:

Nizam Malek on January 1, 2011 at 8:10 PM said...

Cedera adalah risiko ketika bersukan. Semoga semuanya sentiasa selamat. =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Archive

 

Nizam Malek Blog. Copyright 2010 All Rights Reserved Revolution theme by Brian Gardner Ft Bloganol dot com | Distributed by Deluxe Templates

Create your free online surveys with SurveyMonkey , the world's leading questionnaire tool.