Seperti yang saya da janjikan lama dulu, hari ni saya nak kongsikan pengalaman saya belajar ilmu perniagaan internet daripada Pakar Internet no 1 Malaysia, Dr Irfan Khairi.
Bagi yang masih belum mengenali Dr Irfan Khairi, beliau mencapai status jutawan pada umur 25 tahun dengan hanya menjalankan perniagaan di internet dari rumah. Beliau juga adalah penulis buku-buku best-seller berkaitan perniagaan internet seperti 'Rahsia jutawan-jutawan internet terbongkar' dan 'Soal Jawab Perniagaan Internet'. Beliau juga merupakan mentor jutawan yang melahirkan ramai internet marketer malaysia melalui seminar dan workshopnya.
Saya mula mengenali Dr Irfan sejak menceburi bidang pemasaran internet secara 'underground' pada 2009 dengan melanggan newsletter dan buku-buku beliau. Buku beliau yang pertama saya baca adalah buku 'Nota Jutawan Nota Motivasi' dan saya amat tertarik dengan penyampaian Dr Irfan yang simple, mudah difahami tetapi penuh dengan ilmu yang bermanfaat dan praktikal. Informasi daripada Dr Irfan jugalah yang banyak mempengaruhi dan mengembangkan minat saya berkaitan perniagaan dan juga pemasaran internet.
Pada 21 November 2010 yang lepas, saya berpeluang menyertai satu mini seminar kendalian Dr Irfan di PeoplePreneur Business School, Boulevard Office, Mid Valley. Erm, lebih tepat lagi, 2 mini seminar sebab untuk bulan November ada promosi beli 1 percuma satu. Itulah peluang pertama kali saya dapat berjumpa dan belajar dengan idola perniagaan internet saya, Dr Irfan. Dr Irfan sangat serupa macam dalam TV dan masa tu dia live di depan saya. Macam tak sangka pulak berdepan dengan dia. Rasa happy blink2.. huhuhu..
Ok, Seminar yang saya sertai adalah 'Seminar Nak Jual Apa?' dan 'Seminar Perniagaan Internet Tanpa Modal'. Macam kelakarkan tajuk seminar 'Nak jual apa?'. Memang kelakar kalau sekali dengar, tapi inilah salah satu masalah utama ramai diluar sana yang ingin memulakan perniagaan internet, iaitu tiada idea produk apa yang sesuai untuk dijual di internet. Kalau silap pilih produk, boleh jadi rugi besar jugak kan?
Dalam seminar pertama tu, saya diajar untuk menggunakan 'alat-alat' di internet untuk mencari produk yang sedia mempunyai permintaan yang tinggi di internet. Sebenarnya ilmu ni saya pernah terbaca di buku tetapi tak berapa faham macam mana nak gunakan dengan sebaik mungkin. Kini persoalan dah terjawab dan lebih mudahlah nak buat market research selepas ni.
Bila dah tahu apa produk yang sedia mempunyai permintaan tinggi dan disesuaikan dengan minat terhadap produk tersebut, maka masalah pertama untuk memulakan perniagaan internet akan dapat diselesaikan.
Tapi ada yang tanya, kalau dah tahu produk yang bagus, mana nak cari?? Di Seminar Nak Jual Apa? tersebut, Dr Irfan telah berkongsikan 'website khas' di internet yang digunakan untuk mendapatkan produk-produk yang kita inginkan iaitu D***.com.
Selalunya orang guna Alibaba.com untuk cari supplier. Boleh juga, tapi Dr Irfan kongsikan 'website khas' yang lebih reliable dan telahpun digunakan oleh Dr Irfan sendiri untuk menjalankan perniagaan internet beliau. Semua teknik perniagaan internet yang Dr Irfan kongsikan pada seminar tersebut adalah hanya teknik yang telah digunakan beliau dan adalah terbukti berkesan. Saya ada juga kongsikan 'website khas' yang saya gunakan sebelum ni untuk dapatkan produk, iaitu di S******.com, tapi malangnya, Dr Irfan tak pernah dengar or try pun yang tu.. =p
Banyak lagi trick untuk dapatkan produk dan supplier yang bagus daripada Dr Irfan dan seminar tu memang sangat berbaloi for me. Belajar direct terus daripada Dr Irfan memang sangat best, sebab senang nak faham dan Dr Irfan sangat helpful. Dia tak kesah orang nak bertanya dan sedia menjawab soalan dengan jelas mengikut 10 tahun pengalaman perniagaan internet beliau.
Sebelah petang pula, Seminar 'Perniagaan Internet Tanpa Modal'. Idea seminar ni agak menarik kerana Dr Irfan telah kongsikan teknik-teknik menjalankan perniagaan internet tanpa sebarang modal. Modal yang dimaksudkan di sini adalah modal kewangan yang diperlukan untuk menjalankan sebarang perniagaan.
Komputer, letrik dan talian internet tak termasuk dalam perbincangan dan dianggap fasiliti yang sudah sedia ada pada setiap individu yang mahu menjalankan perniagaan internet. Sebab tu lah saya boleh katakan seminar Dr Irfan Khairi lebih kepada strategi, formula dan idea perniagaan internet dan kurang aspek-aspek teknikal seperti tutorial membuat laman web atau cara nak pasang widget kat blog dan lain-lain.
Seminar tersebut telah dibahagikan kepada 2 bahagian utama iaitu;
- strategi penjanaan wang di internet secara percuma
- strategi promosi secara percuma
Secara asasnya, 5 cara penjanaan wang di internet secara percuma adalah dengan menggunakan kuasa:
- PayPerClick(PPC)
- affiliate
- blog
- advertising
- penghasilan ebook
- social networking seperti facebook
PCC ni adalah satu program di mana kita dibayar untuk setiap klik yang diterima. Google ads merupakan program PPC menggunakan text links dan Nuffnang untuk link berimej/bergambar. Cuma hasil yang boleh didapati daripada PPC ni agak kecil dan kurang memberangsangkan.
Pasal affiliate tu, saya dapat lah konsepnya yang menggunakan segitiga affiliater-customer-seller. Konsep affiliate ni sebenarnya mudah iaitu kita sebagai affiliater refer produk seller kepada customer dan mendapat komisen daripada seller. Sistem pembayaran percuma yang digunakan adalah paypal. Saya tak mahu komen banyak-banyak sangat pasal affiliate, sebab kurang ilmu dan pengalaman. But really, by using the right method, it will work.
Blog dan advertising memang tak asing bagi saya. Sebelum ni pun memang terlibat dengan business banner design dan advertising. Cuma untuk menggunakan teknik penjanaan wang menggunakan blog dan advertising memerlukan kelebihan trafik yang tinggi. Jadi Dr Irfan dah ajarkan teknik yang sangat menarik untuk menjana trafik ke laman web iaitu Search Engine Optimization (SEO). Dulu saya pernah baca buku/ebook pasal SEO, tapi tak pernah nak faham. Tapi sekarang dah faham dan ia sebenarnya sangat mudah, malah percuma. Thanks Dr Irfan!
Penulisan ebook juga adalah salah satu teknik peniagaan tanpa modal. Semua orang boleh hasilkan ebook mengikut kepakaran serta minat masing-masing dan jual di internet. Mungkin ada yang meragui potensi penjualan ebook. Namun mari kita perhatikan, jika penjualan ebook tidak mendatangkan keuntungan, dah lama industri ini terkubur sekian lama.
Namun ia tidak berlaku seperti itu. Malah dengan kepesatan teknologi semasa, semakin banyak syarikat-syarikat yang membangunkan gadget-gadget khas untuk membaca ebook sahaja seperti Iriver (http://www.iriver.com/). Dan dijangkakan, akan lebih banyak ebook akan dihasilkan pada tahun-tahun yang akan datang dan menjadi lebih popular kerana mudah, fleksibel dan praktikal kepada yang suka membaca.
Peluang untuk melakukan perniagaan internet menggunakan idea penghasilan ebook adalah amat tinggi dan luas bagi pasaran Malaysia kerana masih belum banyak persaingan. Jadi bagi yang memikirkan masalah modal untuk berniaga di internet, bolehlah pertimbangkan untuk membuat ebook pertama anda.
Bahagian kedua seminar adalah berkaitan melakukan promosi di internet tanpa sebarang modal. Secara kasarnya, teknik pemasaran di internet boleh dilakukan dengan menggunakan SEO, article syndication, facebook marketing dan youtube marketing. Kalau nak tahu, saya sedang aplikasikan teknik SEO yang Dr Irfan ajar berkaitan SEO untuk post ini =p. Article syndication pula agak susah nak buat tapi sememangnya boleh menjana trafik ke website/blog kita secara global.
Facebook marketing juga sebenarnya sangat berkuasa dalam mempromosikan laman web atau produk yang kita ada. Dengan jumlah total kira-kira 500 juta pengguna facebook seluruh dunia, peluang untuk melakukan promosi tertumpu adalah lebih mudah dan juga murah. Memang ramai yang telah menggunakan facebook untuk pemasaran produk mereka, tapi malangnya, ramai di antara mereka yang melakukan dengan cara yang salah dan boleh dikatakan sebagai kurang beretika. Kesannya, ia bukan sahaja akan menjejaskan kredibilitinya di dunia facebook, malah memburukkan imej pemasar-pemasar facebook secara keseluruhannya.
Teknik promosi menggunakan youtube agak menarik minat saya. Pengguna internet sekarang sentiasa ingin kan kelainan dan paparan visual yang lebih interaktif. Dengan menggunakan teknik pemasaran youtube, jenama laman web dan produk kita akan lebih mudah terlekat di pemikiran pelawat dan memudahkan aktiviti promosi seterusnya.
Selain Perniagaan Internet Tanpa Modal, Dr Irfan sempat juga berkongsikan teknik membina jenama di internet. Ramai yang tidak tahu kepentingan membina jenama di internet menyebabkan keuntungan yang dihasilkan adalah untuk masa-masa tertentu sahaja atau lebih mudah disebut, tiada keuntungan jangka panjang. Saya rasa tips/ilmu yang Dr Irfan kongsikan adalah amat bernilai. Tidak rugi berhabis beberapa ratus ringgit dan bersusah payah untuk ke Boulevard Mid Valley untuk berjumpa dan belajar terus daripadanya.
Banyak ilmu berkaitan perniagaan internet yang saya tak dapat nak kongsikan sekarang di Nizam Malek Blog. Saya dalam proses setup laman blog baru yang akan membicarakan khas berkaitan peniagaan dan pemasaran internet di StrategiInternet.com.
Nantikan kemunculannya dan saya akan kongsikan ilmu, skil, dan pengalaman saya berkaitan perniagaan dan pemasaran internet di sana tanpa berselindung dengan harapan dapat membantu anda yang berminat menjalankan peniagaan internet atau pemasaran internet. Jumpa lagi!
0 comments:
Post a Comment