Tinggal beberapa minit sahaja lagi sebelum kita melepasi sempadan waktu yang memisahkan antara tahun 2010 dan tahun baru 2011.
Hmm, pantas sungguh masa berlalu, kini kita berada di hari terakhir tahun 2010. Bagi saya, tahun 2010 merupakan tahun yang amat menarik dan banyak pencapaian peribadi yang telah saya capai, Alhamdulillah.
Antara kenangan manis yang tak akan saya lupakan sepanjang tahun 2010 adalah mendapat peluang ke Melbourne, Australia pada akhir Mei lalu untuk pembentangan final year research project bagi kategori poster presentation. Peluang yang julung-julung kali muncul tersebut berjaya diselesaikan dengan jayanya. Pengalaman di negara 'sejuk' tersebut akan sentiasa diingati dan menjadi motivasi peribadi untuk diri sendiri dan mungkin juga kepada anda yang membaca.
Selain itu, tahun 2010 juga merupakan tahun di mana perniagaan internet saya berkembang dengan baik walaupun ianya dilakukan secara part time dan 'underground'. Banyak pengalaman yang saya perolehi sepanjang menjalankan perniagaan di internet bermula dengan menjual produk fizikal seperti t-shirt sehinggalah ke produk perkhidmatan seperti design banner dan pengiklanan. Untuk tahun 2011, saya berhajat untuk menceburi bidang infopreneur yang merupakan salah satu cabang produk yang paling laris di internet.
Tahun 2010 juga merupakan tahun yang menggembirakan saya pabila berpeluang untuk bertemu dengan idola perniagaan internet, Dr Irfan Khairi secara live dan belajar dengannya. Saya duduk paling depan time tu, =). Belajar dengan Dr Irfan Khairi juga merupakan batu loncatan bagi saya dalam proses meningkatkan kualiti dan progres perniagaan internet saya. Semuanya bermula dengan langkah pertama yang kecil dan kini saya mengorak perlahan-lahan mengejar sesuatu yang saya amat minati.
Untuk Nizam Malek Blog, ada juga kekecewaan sebenarnya. Pertamanya, saya tak berjaya nak buat blog post untuk month summary setiap bulan. Tak tersempat dan ianya berakhir sebegitu saja. Month summary ni sebenarnya idea yang bagus. Ia umpama diari yang akan recall semula aktiviti sepanjang bulan dan dapatlah digunakan untuk reflect diri sendiri. Hmm, mungkin terlalu sibuk sehingga tak dapat nak tulis month summary dengan efektif setiap bulan. Tapi takpe, perkara tu akan diusahakan semula dalam 2011 ni, insyaAllah.
Selain tu, seperti yang saya beritahu dulu, ada 3 tabs tambahan di bawah main header Nizam Malek Blog iaitu tab "Business", "Motivation" dan "Pharmacy". Nampaknya sehingga post ini ditulis, satu post pun tak dapat saya hasilkan untuk salah satu daripada ketiga-tiga tabs tersebut. Sebenarnya saya amat-amat mahu menulis berkaitan ketiga-tiga post tersebut. Tapi mungkin sekali lagi kerana kekangan masa, ia masih belum terhasil. Saya tak bercadang untuk remove tabs tersebut dan sentiasa berharap akan tiba ruang untuk menulis berkaitan 3 topik tersebut. Jika anda mempunyai soalan berkaitan topik-topik tersebut, jangan segan untuk tanyakan kepada saya k. Kadang-kadang lebih senang jika ada soalan berbanding mencari idea untuk menulis. Sekurang-kurangnya penulisan saya lebih tertumpu kepada persoalan-persoalan yang bermain di pemikiran anda.
Ok, cukup sudah cerita tahun 2010. Mari fokus kepada 2011. Bagi saya sendiri, tahun 2011 akan menjadi tahun yang amat penting. InsyaAllah jika tiada aral melintang dan harapnya semua berjalan lancar, saya akan menamatkan pengajian di CUCMS dalam bidang 'Bachelor of Pharmacy' pada akhir Mei 2011 ini. Pasti seronok dapat merasai nikmat tamatnya tempoh belajar dan bermula pula kehidupan baru di dunia pekerjaan. Walaupun semua itu sentiasa dinantikan, namun kenangan di CUCMS akan sentiasa diabadikan kerana di CUCMS lah saya lebih mengenal nilai diri sendiri dan berpeluang menerima pendidikan bertaraf profesional.
2011 juga akan menjadi medan terbesar saya untuk terus meneroka dunia perniagaan internet terutamanya email marketing. Jika saya berjaya menguasai teknik email marketing dan pembinaan mailing list sepanjang 2011 ini, ia akan menjadi antara pencapaian terbesar saya. Huhu, mungkin ada yang kurang memahami maksud perniagaan internet ataupun email marketing sekarang, tapi tak apa, jika anda selalu follow Nizam Malek Blog, anda akan tahu banyak berkenaannya satu hari nanti. =D
Oklah, sampai sini dulu. Selamat tinggal 2010. 2011, here I come!!
Selamat tahun baru 2011 kepada anda semua!!
0 comments:
Post a Comment