Wednesday, December 16, 2009

Talking about smoking


Kenapa orang suka merokok? Mungkin ada antara jawapannya seperti berikut:
  • Nak hilangkan stress, rase tenang je kalau dapat
  • Nak nampak macho, cool and matang katenya
  • Nak tambah pendapatan negara??
  • Saje2, suke2, cube2
  • Dah xleh stop da bro.. mesti ambik gak..
Hmm, tapi, tahukah anda keburukan merokok??
  • menyebabkan kanser peparu, kerosakkan hati dan hypertension
  • menghabiskan duit x henti2
  • xnampak macho pun sebenarnye..
  • merosakkan satu bahagian pada otak yang menyebabkan ketagihan
  • beri kesan buruk pada orang lain!
  • stress anda still xsettle dengan merokok, malah mungkin jadi lebih teruk
Rokok mengandungi bermacam2 jenis toxic yg berbahaya pada badan manusia. Antaranya tar, nicotin, carbon monoxide, nitrogen oxide, hydogen cyanide, metals, ammonia, radioactive compound dan banyak lagi lah. Da tentu ramai yang tahu kandungan rokok, dan keburukannya, tapi itu xjuga menghalang mereka untuk menghisap rokok. Kenapa? Nak hilangkan stress??
Bagi saya, ada banyak lagi cara untuk hilangkan stress. Cara yang lebih sihat. Contohnya, kita boleh tarik nafas dalam2 dan hembuskan beberapa kali. Kenapa? Bila kita stress, kurang oxygen akan sampai ke otak. Kalau kurang oxygen, macam mane nak fikir dengan baik kan? Apa tah lagi kalau kita ambil rokok, lagi la tersumbat otak, tambah stress dan masalah x akan selesai macam tu saje.

Then, merokok juga akan melumpuhkan status ekonomi seseorang. Perkara yang sangat jelas, tapi selalu x diendahkan oleh para perokok. Hampir setiap tahun, kerajaan akan menaikkan harga rokok dengan harapan para perokok akan berfikir 2 kali sebelum membeli rokok. Namun, faktor harga nampak nya x menjadi halangan bagi mereka. Mahal pun mahal laah, nak beli juga.

Cuba bayangkan harga sekotak rokok RM6 (xtahu harge sebenar, tapi agak2 jela).

Sehari : RM6
Seminggu : RM6x7 =RM42
Sebulan : RM42x4 =RM168
Erm, lebih kurang macam tu lah. Adakah RM168 sebulan dikira sikit? Dengan status ekonomi yang x menentu dah susah nya nak dapat duit, senang2 kita nak keluarkan duit untuk rokok?? (Kayalah orang yang jual rokok). Tentukan lah sendiri, sebab duit masing2 kan? Tapi orang yang bijak akan memilih untuk simpan duit tu. Kumpul setahun menjadi RM2016.

Ok satu lagi, nak cakap pasal kesan merokok pada orang lain. Macam mana? Pernah dengar term secondhand smoker? Secondhand smoker bermaksud sesiapa sahaja yang berada di sekeliling perokok. Secondhand smoker termasuklah keluarga dan kawan2 perokok. Orang yang perokok xkenal pun boleh jadi secondhand smoker!

Dalam satu kajian kesihatan mendapati, secondhand smoker lebih cenderung mendapat kanser peparu dan penyakit2 lain berbanding perokok itu sendiri. Inilah kesan yang paling xbest. Dah la boleh dapat penyakit dengan merokok, kasi share/pass penyakit pula kat orang lain. Kesian orang lain.. = (

Hmm, mmg banyak keburukan yang boleh dibincangkan tentang merokok. Kerana itu jugalah Majlis Fatwa Malaysia telah sepakat mengharamkan merokok.

Erm, kepada yang ingin cube2 nak merokok tu, xpayahlah.. pergi lah cube bnd lain. Pergi try main bowling ke, karaoke ke, atau pape la selain merokok.
Hidup lebih sihat tanpa rokok. Hidup lebih kaya tanpa rokok. Hidup lebih diberkati tanpa rokok.

Ikhlas,
Nizam Malek


0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Archive

 

Nizam Malek Blog. Copyright 2010 All Rights Reserved Revolution theme by Brian Gardner Ft Bloganol dot com | Distributed by Deluxe Templates

Create your free online surveys with SurveyMonkey , the world's leading questionnaire tool.