Thursday, January 10, 2013

Bermalam di Port BSI


Assalamualaikum, salam sejahtera.

Dah masuk 10 Januari 2013 dah..

Pantas masa berlalu, seminggu habis macam tu saja..

Best sebab masa sambut tahun baru, saya dapat cuti lebih kurang seminggu.

Kalau kerja hospital, jaranglah nak dapat peluang cuti panjang macam tu..

Jadi masa cuti yang panjang tu saya habiskan dengan berehat dan buat apa-apa aktiviti yang saya suka..

Apa azam tahun baru 2013?

Hmm, sebenarnya saya tak adalah tetapkan azam tahun baru yang spesifik.

Bukan tiada target jelas, tapi sebenarnya saya masih lagi dalam proses untuk menyesuaikan diri dengan tugas-tugas di tempat kerja yang baru ni..

Banyak bezanya dengan tugas sebagai Pegawai Farmasi di hospital setting.

Kalau di enforcement ni, agak banyak travel ke sana ke mari..

Walaupun kerja tidaklah urgent dan hectic, tapi proses travel tu agaklah, membuatkan badan terasa penat dan letih sikit..

Bila dah dapat sesuaikan diri, maka akan rasa lebih selesa dan senanglah nak buat perancangan dengan masa yang ada.

Dalam tahun 2013 ni, saya plan nak kembali aktif dalam dunia Internet Marketing. Dunia yang lama saya tinggalkan dulu, disebabkan fokus pada 'dunia prp'.. Kononlah.. =p

Yup, Internet Marketing yang tercinta itu..

InsyaAllah saya akan mulakan dengan aktif membuat affiliate di Clickbank menggunakan teknik pemasaran artikel dan email.

Teknik pemasaran artikel ni sebenarnya saya tak pernah buat dulu.

Tapi sekarang nak mula mencuba dan saya pilih ezine@rticles.com sebagai medan untuk aktif dalam pemasaran artikel. Semoga berjayalah hendaknya.

Selain buat Clickbank, saya juga bercadang untuk menerbitkan sebuah buku satu hari nanti dalam tahun 2013 ni..

Saya kena lakukannya secepat mungkin, sebab pertengahan tahun nanti dah kahwin dan nanti mesti jadi lebih sibuk..

Walaubagaimanapun, insyaAllah semua ini akan diusahakan dengan sebaik mungkin.

Aspek pengurusan masa dan kewangan adalah amat penting dan ianya akan jadi lebih mencabar.

Semoga 2013 akan menjadi titikmula untuk perkembangan pencapaian yang baru.

Ohya, saya berada di Port Bangunan Sultan Iskandar ketika menulis blog post ini.

Hari ni saya nak bermalam di port, sebab esok kerja pukul 7am.

Tidur atas katil lipat pun jadilah, survival orang kata.. =p

Oklah sampai sini dulu blog post kali ini.

Jumpa lagi!

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Nizam Malek Blog. Copyright 2010 All Rights Reserved Revolution theme by Brian Gardner Ft Bloganol dot com | Distributed by Deluxe Templates

Create your free online surveys with SurveyMonkey , the world's leading questionnaire tool.