Monday, July 2, 2012

Mengenali Dunia CDR


Hari ini, 2 Julai 2012, hari pertama saya memulakan rotation CDR.. CDR bermaksud Cytotoxic Drug Reconstitution, iaitu salah satu lagi perkhidmatan khusus dan spesifik dalam jabatan Farmasi, khas buat para pesakit yang menghidapi penyakit ketumbuhan atau kanser.

Rotation CDR ni lebih kurang macam rotation TPN juga, kena buat sediakan ubat dalam keadaan steril, cuma bezanya adalah, produk yang dihasilkan adalah untuk kegunaan rawatan kanser dalam bentuk Intravenous (IV).

Contoh gambar penyedian ubat Chemotherapy
Disebabkan ubat-ubat chemo ni agak berbahaya dan boleh memberikan kesan negatif pada individu yang menyediakannya, pemakaian pakaian keselamatan adalah amat penting. Contohnya, setiap kali nak pegang ubat-ubat chemotherapy, kena pakai glove.. Saya ni plak kalau pakai glove mesti rasa tak selesa.. Selalu cuit-cuit muka sendiri bila pakai glove tu.. Harap-harap muka ini tak terkesan pape lah.. Bad habit, kena stop it.. =p

Selain tu, hari pertama ni saya banyak belajar buat worksheet dan label chemotherapy. Part calculation dia punya lah pening.. Saya pun tak sure betul ke tak aku kira.. Darab silang bagai.. Rasa tak confident je.. Bila check, memang confirm-confirm lah banyak salah sana sini.. Biasalah, budak baru belajar.. Kalau salah minta tolong tunjukkan, jangan marah ya.. =p

And then, antara rutin harian dalam rotation CDR adalah kena pergi Day Care ward untuk bagi counselling pada para pesakit yang menghidap kanser berkenaan ubat-ubatan mereka. Part ni kira bagi saya agak mencabar sikit lah. Yela, nak kena bercakap dengan pesakit yang menghidap kanser. Mana tahu diorg tengah stres ke, marah ke.. Silap hari bulan kena 'pang' ngan diorg baru tahu.. =p

First time counselling patient memang ada rasa gugup. Rasa macam tak betul je ape saya cakap.. Nasib baiklah ada pamphlet rujukan. Boleh lah gak cover-cover kalau terlupa point. Pastu tunjuk-tunjuk kat patient ape yang saya terangkan.. Kira tak de la nampak macam membaca sangat.. hehe.. =p

Then bila dah start second counselling tu, dah rasa lebih yakin. Sebab dah tahu apa nak cakap, skrip pun dah agak-agak dah hafal, kira ok lah.. 

Time tu patient tengah tidur.. Saya sentuh kaki die, kejutkan die bangun.. Tanya nama dia, dan beritahu "Saya dari Farmasi, nak terangkan kepada Encik, pasal rawatan Chemotherapy yang Encik sedang jalani." Dia pun bangun dan kesat mata.. 

Saya pun sambung, "Sorry ya ganggu sebentar.." dan teruskan dengan sesi kaunseling.. Beritahu dia apa itu rawatan Chemotherapy, kenapa perlu jalani Chemotherapy, dan jenis regimen yang diberikan padanya. Kemudian part yang penting adalah berkenaan kesan sampingan tipikal semasa dan selepas rawatan Chemotherapy seperti rasa loya/muntah, gugur rambut dan sewaktu dengannya. 

Sebagai Pegawai Farmasi, saya bertanggungjawab menerangkan kesan sampingan kepada para pesakit dan cara-cara menghadapinya. Contohnya kalau kesan sampingan rasa loya/muntah, pesakit disarankan untuk tidak makan terlalu banyak pada sesuatu masa, tetapi amalkan makan sedikit-sedikit secara kerap. 

Selain itu, pesakit juga disarankan untuk tidak terus baring selepas makan. Selepas makan, pesakit perlu duduk atau bersandar kira-kira sejam ke dua jam untuk mengelakkan rasa loya atau muntah. Dan pesakit juga perlu mengambil ubat tahan muntah yang dibekalkan mengikut masa yang ditetapkan.

Banyak lagi tips yang boleh diberikan kepada para pesakit berkenaan cara-cara untuk menghadapi kesan sampingan rawatan Chemotherapy dan aku rasa Pegawai Farmasi dapat memainkan peranan yang besar di situ dengan menggunakan ilmu yang ada.

Sesi kaunseling untuk seseorang pesakit adalah lebih kurang 10-15 minit. Berbuih-buih juga lah mulut nak terangkan kepada para pesakit berkenaan rawatan Chemotherapy yang mereka terima. Ada masanya rasa kering tekak.. Tapi rasa sangat best apabila di akhir sesi kaunseling, pesakit dapat memahami penerangan yang disampaikan dan dapat melihat mereka senyum. =)

Peranan Pegawai Farmasi untuk memastikan para pesakit merasa yakin untuk menjalani rawatan Chemotherapy adalah amat signifikan dan dapat memberikan motivasi tambahan kepada para pesakit. 

Iyalah, tiada siapa yang harap kena penyakit kanser. Dan sudah pasti mereka memerlukan sokongan moral daripada orang di sekeliling, terutamanya ahli keluarga, dan health care team (Doktor, Pegawai Farmasi, jururawat dan staf sokongan hospital).

Begitulah pengalaman seharian pertama di rotation CDR. Masa terasa pantas berlalu. Sekejap saja dah lepas pukul 1pm, kemudian sekejap saja dah lepas pukul 5pm.. Alhamdulillah, banyak juga perkara dapat belajar hari ni. 4 minggu lagi akan diharungi, semoga semuanya akan berjalan dengan lancar.

InsyaAllah pengalaman yang sedikit ini akan saya kongsikan di sini. Jika ada kebaikan untuk yang membaca, Alhamdulillah.. Kalau tiada kebaikan pun, bolehlah jadi kenangan sendiri untuk tahun PRP ini.. =)

Oklah, sampai sini dulu coretan My Life kali ini.. Thanks for reading, jumpa lagi! =)

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Archive

 

Nizam Malek Blog. Copyright 2010 All Rights Reserved Revolution theme by Brian Gardner Ft Bloganol dot com | Distributed by Deluxe Templates

Create your free online surveys with SurveyMonkey , the world's leading questionnaire tool.