Tuesday, November 16, 2010

Salam Aidiladha 2010!



Assalamualaikum warahmatulLahi wabarokatuh,

Bersempena dengan sambutan Aidiladha kali ini, Saya Nizam Malek ingin mengambil kesempatan mengucapkan Salam Hari Raya kepada seluruh muslimin dan muslimat, terutamanya kepada pengunjung laman web Nizam Malek Blog.
Marilah kita bersama-sama mengenang kembali sejarah agung pengorbanan
para anbiya demi agama Allah yang terpuji ini. Semoga dengan penghayatan
kisah pengorbanan tersebut menjadikan kita seorang muslim
yang lebih kuat lagi. =)

Anda beraya kat mana tahun ni?

Tahun ni saya tak balik ke Johor Bahru dan akan beraya di Putrajaya sahaja.
Walaupun hanya sendirian dan mungkin tiada makanan yang sedap-sedap,
tapi Alhamdulillah, saya tetap amat bersyukur kerna diberi nikmat kesihatan
untuk terus merasai nikmat hari raya kali ini. =)

InsyaAllah kalau tiada aral melintang, saya akan ke
Masjid Tuanku Zainal Abidin a.k.a Masjid Besi Putrajaya
untuk menunaikan Solat Sunat Aidiladha.
Jika anda balik beraya ke kampung halaman, saya doakan agar
perjalanan anda dan keluarga sentiasa dalam perlindungan keselamatan.
Bagi yang memandu, pandulah dengan berhati-hati dan berhemah di jalan raya.
Bagi yang naik bas, kapal terbang atau apa-apa kenderaan pun,
saya ucapkan selamat semuanya ya! =)

Akhir kata, Selamat Hari Raya Aidiladha,

Allahu Akhbar, Allahu Akhbar, Walillahi al-Hamd.

Nizam Malek, Putrajaya

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Nizam Malek Blog. Copyright 2010 All Rights Reserved Revolution theme by Brian Gardner Ft Bloganol dot com | Distributed by Deluxe Templates

Create your free online surveys with SurveyMonkey , the world's leading questionnaire tool.