Tuesday, February 2, 2010

Menghadapi tekanan


Hai semua. Apa khabar. Hope semua kawan-kawan dalam keadaan sihat dan selamat.

Nak tanya,

Pernahkah anda rasa takut? Rasa terancam? Rasa sedih, rasa mahu lari dari masalah yang melanda?

Siapakah yang anda cari jika anda rasa negatif seperti di atas? Adakah ibubapa? Adakah kawan rapat? Adakah teman istimewa? Atau anda pendamkan saja sendiri?

Semua orang pasti pernah merasa takut. Mungkin kerna telah melakukan kesilapan, mungkin kerna telah terlanjur kata, mungkin juga kerna ancaman tak terduga atau menjadi mangsa keadaan.

Apabila kita ada masalah besar, dan kita masih belum ada jalan penyelesaiannya, yang membuatkan kita rasa ingin tunduk ke bumi menyerah diri, kita terdesak untuk meminta pertolongan, tidak kira daripada sesiapa pun. Tapi ingatlah, manusia tiada kuasa. Manusia hanya merancang dan Tuhan yang menentukan segalanya.

Tahukah anda, sebaik-baik pertolongan dalam kategori pertolongan yang terbaik hanyalah daripada Allah? Kenapa? Mungkin kita sering alpa, yang Allah lah yang menciptakan kita. Allah lah juga yang menciptakan makhluk lain. Allah lah yang menciptakan segala-galanya yang ada. Dan kerna itulah, hanya Allah saja yang berkuasa terhadap ciptaanNya. Tiada yang lain.

Allah Maha mendengar, Allah Maha Melihat, dan Allah Maha Mengetahui. Tiada satu pun yang terlepas daripada perhatian Allah SWT. Jika kita percaya dan beriman pada Allah, janganlah ragu untuk berdepan denganNya, bercakap denganNya, berdoa kepadaNya, mendambakan pertolonganNya. Kerna Allah sentiasa ada bersama kita.

Di dalam Al-Quran, ada satu ayat pendek, yang boleh kita ungkapkan bila kita dalam ketakutan dan keterdesakan iaitu;

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani


Maksudnya: Maka berita itu makin menambahkan iman mereka lalu berkata: "Cukuplah untuk (menolong) kami, dan Ia sebaik-baik pengurus (yang terserah kepadaNya segala urusan kami)

Keterangan ayat:
Menurut al-Imam al-Bukhari, Ibn al-Munzir, al-Hakim dan al-Baihaqi, daripada Ibn Abbas berkata bahawa doa di atas merupakan kalimah yang terakhir diucapkan oleh nabi ibrahim a.s. sebelum dicampakkan ke dalam api. Ia juga diucapkan oleh Nabi Muhammad s.a.w. ketika golongan kafir menakut-nakutkan nabi tentang tentera bersekutu yang akan menyerang Nabi s.a.w. (Tafsir al-Fakhrurrazi, tafsir ayat 173, surah Ali-Imran)

Amalkanlah ayat ini pada bila-bila masa terutama tatkala kita sedang ketakutan, atau memerlukan pertolongan. InsyaAllah pertolongan Allah akan datang. Mungkin dalam keadaan yang kita langsung tidak jangka. =)

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Archive

 

Nizam Malek Blog. Copyright 2010 All Rights Reserved Revolution theme by Brian Gardner Ft Bloganol dot com | Distributed by Deluxe Templates

Create your free online surveys with SurveyMonkey , the world's leading questionnaire tool.