Sunday, February 28, 2010

Beli Buku Baru. =)


Pagi semalam aku ke kedai Mukmin Bookstore di Jalan Tun Abdul Rahman (TAR), Kuala Lumpur. Nak beli bahan bacaan tambahan. Biasalah, sekarang dah suka membaca kan~ konon, hehe.

Lama juga selak-selak rakbuku tu. Nak cari buku yang best-best. Kategori yang dituju semestinya Motivasi, Pengurusan, Perniagaan dan mungkin juga agama.

Ambik letak, ambik letak. Antara tajuk buku yang diambil, tapi letak balik ialah:
  • Buku buat duit dengan sms
  • Menjadi penulis buku
  • MLM the blueprint
Ramai rupanya orang tulis buku, macam-macam tajuk ada. Dari perkara yang basic sehingga ke perkara yang advance. Mesti banyaklah duit royalti yang mereka dapat.

So dah lama-lame tengok-tengok tu, aku pilih 3 buku untuk dibeli:


1) 166 Tip Sales Effektif tulisan Ashadi Zain dan Sharuddin Abdullah


Buku terbitan PTS Publishing Sdn. Bhd ni memberi panduan kepada jurujual dan usahawan bagaimana memulakan dan mengekalkan perniagaan. Menariknya, antara tip-tip yang bakal dipelajari ialah cara menjawab pembenci jurujual. Biasalah, mesti ada individu yang memang anti-jurujual. Mesti panas je bahasanya kalau bercakap. Jadi sebagai jurujual yang mementingkan hasil akhir iaitu melakukan sales, kita perlu mengetehui teknik-teknik berdepan dengan mereka yang membenci jurujual agar kita tidak berasa demotivated apabila direject atau dibantah. I want to learn this.

Selain itu, buku ini juga akan membongkar rahsia mewujudkan kumpulan yang bermutu tinggi. Sedia maklum bahawa dalam dunia perniagaan yang penuh liku, kita tidak akan mampu bertahan seorang diri. Networking amat penting untuk terus survive dalam bidang ini. Malah, ramai usahawan yang baru bermula tidak berjaya kerana tidak mempunyai kumpulan perniagaan yang efektif dan positif. Jadi jika mahu belajar berniaga, kena pandai mencipta networking agar perniagaan kita akan menjadi lebih mudah dan menyeronokkan.

Penulis merupakan jurulatih dan motivator bidang keusahawanan dan juga pengurus Bintang Berlian SURECO. Buku ini agak tebal dan berharga RM30.00.


2) Buku kedua yang menjadi pilihan ialah Cara Mudah Berucap Di Khalayak karya Amin Hazyq


Buku ini bertujuan untuk memberikan petunjuk tentang cara untuk menyediakan dan menyampaikan ucapan, mengembangkan informasi yang ada, memikat pendengar untuk terus mendengar ucapan anda, menambah unsur-unsur lain dalam ucapan secara impromtu dan sebagainya. Buku ini juga akan membincangkan gerak-geri tubuh dan cara untuk menjadikan ucapan anda menarik dan terus diingati oleh setiap pendengar.

Keperluan untuk berucap di khalayak tidak dapat diasingkan daripada pelajar institut pengajian tinggi (IPT), pemimpin, dan mungkin juga sesiapa sahaja. Presentation project dan assignment menggunakan microsoft powerpoint menjadi amat biasa dewasa ini dan menjadikan setiap pelajar perlu bersedia untuk kehadapan. Kebanyakan pelajar mengambil sikap mudah terhadap presentation kerana perasaan malu tidak bertempat yang menebal, kekurangan keyakinan serta persediaan terhadap isi presentation yang tidak sempurna.

Preview isi (1)

Preview isi (2)

Berucap di hadapan khalayak atau public speaking sememangnya menjadi antara perkara yang menakutkan bagi kebanyakan individu. Namun Dr Irfan Khairi (dalam buku Nota Jutawan Nota Motivasi) berkata, jika ketakutan public speaking itu dapat diatasi, maka banyak lagi kesukaran dalam hidup ini dapat tempuhi.

Semoga ilmu daripada buku ini dapat diaplikasikan dalam setiap presentation yang bakal aku lakukan pada masa depan. =)


3) Buku ke 3 bertajuk Fikah Luar Negara: Mudah Praktik Islam Di Mana-mana


Buku ini amat menarik perhatian aku. Dah lama sebenarnya nak cari buku macam ni. Buku ini memberikan dalil-dalil dan nas berkaitan amalan-amalan yang membuktikan Islam amat praktikal pada setiap umat yang menganutinya. Antara isi kandungannya ialah:
  • Fikah Semasa Musafir: menyapu khuf, rukhsah jamak solat yang dipinggirkan, fikah qasar dan persoalan-persoalan yang berkaitan dengannya.
  • Pakaian Lelaki Islam
  • Pakaian Wanita Islam
  • Kewajiban Menyampaikan Islam
  • Kepercayaan Babi yang Menyulitkan Kehidupan Muslim
  • Hukum Bertindik dan Bertatu
  • ... dan banyak lagi
Persoalan dan perbincangan yang ditimbulkan mungkin dapat memberi gambaran, pendapat dan jawapan berkaitan permasalahan umat islam di Malaysia yang majoriti berpegang kepada Mazhab As -Shafie. Buku ini berharga RM19.00 sahaja. Memang berbaloi untuk ilmu yang bakal diperoleh, insyaAllah. =)

P/S: InsyaAllah ilmu sedikit yang aku ada akan dikongsikan kepada kawan-kawan dan orang lain. =)

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Archive

 

Nizam Malek Blog. Copyright 2010 All Rights Reserved Revolution theme by Brian Gardner Ft Bloganol dot com | Distributed by Deluxe Templates

Create your free online surveys with SurveyMonkey , the world's leading questionnaire tool.