Tuesday, January 7, 2014

Bina Friends List Di Facebook!


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Bermula tahun 2014 ni, saya sebenarnya bercadang nak menulis lebih banyak tips dan ilmu pasal Pelaburan Hartanah di Facebook saya.

Sejak beberapa minggu ke belakangan ni, memang boleh nampak lah, banyak saya update status pasal tips Pelaburan Hartanah.

Ada juga respons yang saya terima daripada perkongsian tips pasal Pelaburan Hartanah daripada kawan-kawan Facebook saya.

Cuma biasalah, ada yang suka, ada yang tak berminat. Asal tengok muka Nizam Malek update status je mesti pasal Property. Naik meluat bak hang~

Bagi saya, tak guna bercakap dengan orang yang tak berminat nak mendengar, atau menulis pada mereka yang tak berminat untuk membaca.

Kalau buat sakit hati, lagi boleh jadi gaduh pula..

Saya faham, bukan semua orang berminat pasal Pelaburan Hartanah. Mungkin mereka lebih berminat untuk baca dan bersosial pasal topik lain seperti politik, aktiviti harian dan cakap-cakap kosong sahaja.

Saya tak salahkan sesiapa, saya faham sangat semua orang ada minat masing-masing dan tersendiri.


Jadi untuk tidak memurungkan muka sesiapa yang tak berminat, saya pun bertindak membuat friends list khas di Facebook.

Macam mana saya buat Facebook friends list ni? Meh saya berkongsi sikit caranya.

Cara-cara saya buat Facebook friends list:

1. Login Facebook.
2. Klik Home.
3. Lihat side bar di sebelah kiri, skrol sikit ke bawah dan kita akan nampak tab 'Friends'.
4. Bawa cursor mouse ke sebelah kanan tab Friends tu, dan klik MORE.
5. Kemudian klik button '+ Create List'.
6. Isikan List Name.
7. Taipkan nama kawan-kawan yang anda nak masukkan dalam list yang anda bina tu.
8. Contohnya saya letak List Name : Pelaburan Hartanah.
9. Kemudian saya masukkan nama kawan-kawan saya yang mungkin berminat dengan topik Pelaburan Hartanah sahaja. Kita boleh pilih siapa yang kita nak.
10. Lepas dah siap masukkan kawan-kawan dalam list tu, klik button 'Create'.
11. Dah siap dah list Facebook friends kita.

Macam mana cara nak guna list Facebook friends ni? Senang gila kot.

Ok katakan hari ni saya nak update satu tips pasal Pelaburan Hartanah, jadi saya pun masukkan tips tu dalam ruangan 'status' di profile Facebook saya.

Kemudian sebelum saya postkan status tersebut, saya boleh pilih untuk halakan status yang saya baru tulis tersebut ke kawan-kawan yang berada dalam list Pelaburan Hartanah saya sahaja.

Klik dropbar yang berada di sebelah button 'Post'. Ada pilihan seperti 'Public', 'Friends', 'Only Me', dan list-list yang telah saya bina iaitu Pelaburan Hartanah.

Selepas dah pilih list, terus klik 'Post' dan kawan-kawan yang berada dalam list Pelaburan Hartanah saya sahaja yang akan dapat membaca status tips tentang Pelaburan Hartanah yang saya tulis itu.

Mereka yang tidak berada dalam list Pelaburan Hartanah saya, buat macam mana pun tak kan dapat baca tips Pelaburan Hartanah yang saya kongsikan.

Apa faedah nya buat Facebook friends list ni?

  • Kita boleh pilih jenis status yang nak kita kongsikan dengan kawan-kawan di Facebook kita.
  • Kalau kita jenis suka share tips bernilai jutaan ringgit, kita boleh mengelakkan silent readers daripada mencedok tips kita tu secara percuma.
  • Ada kawan yang kita tak nak unfriend diorg, tapi kita pun tak nak dia baca status-status update kita yang tertentu, jadi kita boleh tapis.
  • Kita boleh elakkan orang-orang tertentu macam boss atau kawan-kawan sekerja yang suka stalk Facebook kita. Almaklumlah politik di tempat kerja ni sangat tidak menyenangkan.
  • Kita boleh buat pemasaran tertumpu. Dan kita boleh pilih sendiri dengan siapa kita nak bercakap. Teknik ni macam lebih power berbanding teknik Email Marketing. Ha!
  • Kalau agak-agak ada kawan dalam Facebook friends list kita tu yang tak berminat dengan jenis status yang kita update khas untuk list tu, kita boleh remove diorg bila-bila masa.
  • Kita pun boleh tambah kawan-kawan dalam Facebook friends list kita tu bila-bila masa. Sangat mudah dan fleksibel!
  • Kawan-kawan yang kita masukkan dalam Facebook friends list kita tu tak tahu pun diorg dimasukkan dalam list tu. List tu adalah milik kita, dan kita bebas nak pilih siapa masuk dalam list kita.
  • Dalam Facebook friends kita mungkin ada ahli keluarga kita macam ayah sedara ke, mak sedara ke, sepupu ke, saudara jauh ke. Mungkin kita segan kalau diorg baca status-status update kita yang tertentu, nak unfriend, macam tak kena. Jadi kita boleh tak masukkan diorg dalam Facebook friends list kita yang tertentu. Kita senang hati dan boleh berinteraksi dengan ahli keluarga kita tu seperti biasa.
  • Dalam Facebook Friends kita mungkin juga ada lecturer-lecturer atau cikgu-cikgu kita masa zaman belajar dulu. Kalau dia tengok kita update status pasal topik-topik tertentu mesti diorg pelik je. Jadi untuk mengelakkan kepelikan itu, kita tak masukkanlah diorg dalam Facebook friends list kita. Settled!
Selepas ni, saya akan terus aktif menulis tentang Pelaburan Hartanah, sebab itulah antara topik yang saya minati walaupun semua orang di sekeliling saya tidak meminatinya. 

Tapi saya akan menulis pada mereka yang berminat sahaja, yang bersedia untuk membaca dan memberikan respond.

Kepada haters tentang topik Pelaburan Hartanah, diorg tak perlu risau dah, sebab saya tak akan kacau lagi diorg dengan perkataan Pelaburan Hartanah.

Tapi kita tetap boleh berkawan. Saya percaya kawan biar seramai yang mungkin. Cuma kita kena pilih kawan, sama ada yang boleh membawa kita ke hadapan atau menarik kita ke belakang atau lebih teruk membuat kita jatuh tersungkur.

Ok sampai sini dulu perkongsian buat kali ini. Semoga bermanfaat! =D

P/S: Ohya, kepada sesiapa yang agak-agak berminat nak baca status saya berkenaan Pelaburan Hartanah di Facebook, tapi tak termasuk dalam Facebook friends list saya, boleh contact saya direct dan saya akan masukkan nama mu sebagai Facebook friends list saya untuk topik Pelaburan Hartanah. Percuma je, jangan risau lah! =D

1 comments:

Nicolas Payton on June 21, 2023 at 10:05 AM said...

Nice share, thanks for posting

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Archive

 

Nizam Malek Blog. Copyright 2010 All Rights Reserved Revolution theme by Brian Gardner Ft Bloganol dot com | Distributed by Deluxe Templates

Create your free online surveys with SurveyMonkey , the world's leading questionnaire tool.