Tuesday, September 24, 2013

Apa Itu Cosway Pharmacy?


Masih ramai lagi di kalangan mereka yang terlibat dalam bidang Farmasi terutamanya yang berstatus Pegawai Farmasi, belum tahu apakah itu Cosway Pharmacy.

Kebanyakannya sekadar mendengar khabar-khabar berkenaan Cosway Pharmacy daripada kawan-kawan, saudara mara atau khabar angin tentang Cosway Pharmacy. Sama ada betul atau tidak, ianya belum tentu dapat dipastikan.

Kekurangan informasi atau maklumat yang jelas berkenaan Cosway Pharmacy membuatkan masih ramai di antara Pegawai Farmasi yang tidak mempertimbangkan Cosway Pharmacy sebagai satu cabang kerjaya yang berpotensi untuk diterokai.

Apakah itu Cosway Pharmacy? Cosway Pharmacy merupakan satu idea yang telah diwujudkan untuk membentuk sebuah rangkaian kedai Farmasi (chain Pharmacy) yang meluas di seluruh Malaysia bertujuan memberikan perkhidmatan Farmasi terbaik kepada masyarakat dan para pengguna di peringkat komuniti.

Cosway Pharmacy telah dimulakan sejak Oktober 2011 dan terus berkembang pesat sehingga ke hari ini.

Cosway Pharmacy merupakan anak syarikat Cosway (M) Sdn Bhd yang terlebih dahulu menempa nama dalam bidang Multi-Level-Marketing dan mempunyai banyak cawangan di seluruh negara. 

Seiring dengan perkembangan masa dan zaman, Cosway mengambil langkah proaktif untuk menggabungkan kedai retail Cosway dengan kedai retail Farmasi. 

Ini adalah satu langkah yang kreatif dan inovatif menggunakan teknik yang dinamakan 'forced connection' untuk menghasilkan satu perkhidmatan yang lebih berkesan pada kos yang lebih murah.

Dengan kata lain, hampir semua kedai retail Cosway yang terdapat di seluruh Malaysia ini akan diberi nilai tambah dengan memasukkan fungsi Farmasi di dalamnya. 

Di Nizam Malek Blog, saya telah mewujudkan satu kategori khas yang akan membincangkan dengan lebih detail berkenaan Cosway Pharmacy terutamanya dari segi idea pelaksanaannya, manfaat yang boleh diperolehi jika seseorang Pegawai Farmasi itu menyertai Cosway Pharmacy, prospek perkembangan kerjaya dan mungkin juga cabaran-cabaran yang perlu dihadapi untuk bekerja di Cosway Pharmacy.

Jika anda berminat untuk tahu lebih banyak informasi menarik berkenaan kerjaya seorang Pegawai Farmasi di Cosway Pharmacy, teruskan melayari Nizam Malek Blog di bawah kategori 'Cosway Pharmacy' dari semasa ke semasa.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Archive

 

Nizam Malek Blog. Copyright 2010 All Rights Reserved Revolution theme by Brian Gardner Ft Bloganol dot com | Distributed by Deluxe Templates

Create your free online surveys with SurveyMonkey , the world's leading questionnaire tool.