Saturday, October 20, 2012

Status 28

0 comments

‎"Most of the time, knowledge does not really reflect our job performance, but attitude does. And there's how we can make the difference." 

-Nizam Malek

Sunday, October 14, 2012

[Qualaroo] 3 Questions and The Answers

1 comments

Hi semua! Pertama sekali, saya nak maklumkan bahawa aplikasi Kissinsights kini telah diambil alih oleh Qualaroo. Apa itu Qualaroo? Sebenarnya ia sama saja dengan Kissinsights, aplikasi dan fungsi nya tetap sama seperti dulu iaitu untuk mengumpulkan soalan-soalan daripada pembaca blog ini.

Jadi kalau saya sebut kotak soalan Qualaroo tu, maknanya saya maksudkan kotak yang berada di sebelah kanan bawah Nizam Malek Blog ini. Anda boleh masukkan soalan-soalan anda dan saya akan jawab seperti menggunakan aplikasi Kissinsights sebelum ini.

Err, tak faham? Tak apelah, saya pun sebenarnya tak berapa faham ape yang saya tulis kat atas tu.. heheh.. =p

Tapi tak mengapa, untuk blog post kali ini, saya akan meluangkan masa untuk menjawab beberapa respond/soalan daripada pembaca Nizam Malek Blog ini yang telah masuk sejak Jun 2012 lagi. Ada juga yang ingin mendapatkan maklum balas yang pantas, dan mereka telah menghubungi saya terus melalui Facebook dan email.

Apa-apa pun, terima kasih saya ucapkan kepada anda yang sudi bertanya pendapat dan pandangan saya berkenaan apa saja isu atau permasalahan.

Ok untuk blog post kategori Qualaroo yang pertama ini, saya akan akan terus saja menjawab soalan-soalan yang masuk secara pukal. Bagi soalan yang sudah pun saya jawab di Facebook atau email, ia tidak akan disiarkan lagi di sini. Ok kita mulakan dengan soalan yang pertama.

1. What do you think about Zitron being owned by Lelong ? Is there no conflict of interest? Yes it is easy to make money but at whose expense? Are you aware of many fake sellers or sellers who make promises and do not live up to them? Cheap does not mean Good. Right. (22 Jun 2012 @ 5.15pm)
Answer: First of all, I'm not really sure whether Zitron is really being owned by Lelong. However, as for my personal opinion, it's a good scenario for business in Lelong. It's true that, fake sellers do exist in Lelong, but in fact, they exist everywhere online and offline. For that reason, it is important for the online buyers to buy from trusted sellers only. 

Lelong has a unique system which trusted sellers can be identified easily. Online buyers must be smart to shop online and get their rights if something is wrong with the transaction. I do agree also that cheap does not mean Good, but we have to understand the market. 

There are people who are willing to buy expensive products and enjoy the benefit from the purchase, but there are also people out there who are really concern about price and prefer to go for cheaper ones. It depends much on the target market which also make things in business more interesting. 

Thus, personally I think, it's good that if Zitron is being owned by Lelong but the buyers need to be careful when choosing to make transaction online. =)

2. I am very interested to become a lecturer in pharmaceutical field, can you post something about it? On how to became lecturer in respective courses like mentioned before? Thank youu :) (14 July 2012 @ 7.20pm)

Answer: Hi there. It's good that you have intention to become a lecturer in pharmaceutical field. To be a lecturer in pharmaceutical field, it's good that if you already have a Pharmacy Degree.

By having the Pharmacy Degree, you can further your studies in specific area in pharmaceutical field at the Masters level after you have completed your PRP year and compulsory service year (1+1).

It's good that if you  further your studies under university sponsorship, which means, after you have completed your studies, you will be directly absorbed to the faculty as a lecturer in the respective area.

However, if you don't have a Pharmacy Degree, you can still be a lecturer related to the pharmaceutical field such as Biochemistry, Pharmaceutical Analysis, Statistics and Pharmaceutical Bioengineering depending on your expertise.

It might take several years to complete studying and becoming a lecturer, but it's worth it and it's more exciting if you have the teaching spirit.

After all, you have to make quite prompt decision if you plan to become a lecturer in pharmaceutical field before the market/place/position for lecturers is saturated. Hope this answer might help you ya. =)

3. Acu bagi tips or cara2 nk edit pic eaa cmnew..?? (8 Ogos 2012 @ 12.13pm)

Jawapan: Ok, ini satu soalan berkenaan dengan edit picture. Sebenarnya saya bukanlah pakar dalam bab edit-edit gambar ni. Tapi mungkin boleh bagi sedikit tips asas cara-cara nak edit gambar khususnya untuk keperluan sendiri seperti upload di Facebook dan Blog.

Yelah, tak kan gambar sendiri yang biasa-biasa nak minta orang lain editkan, mestilah agak menyusahkan orang lain tu kan.

Jadi kemahiran asas untuk edit gambar ni kira agak penting jugalah. Sekurang-kurangnya, gambar yang kita upload tu nampak lebih kemas dan menarik berbanding gambar asal, baru ada feel kawan-kawan kita nak tengok kan.. =p

Di sini, saya sertakan 2 tips editing yang biasa saya gunakan:

a. Brightness dan Contrast
Kebanyakkan gambar yang diambil dengan kamera bermegapiksel rendah akan kelihatan kabur dan sedikit gelap. Permainan fungsi brightness dan contras ni agak penting untuk memastikan gambar kita dapat menjadi lebih jelas dan cantik. 
Untuk tujuan brightness dan contrast, anda tidak perlu menggunakan software editing gambar yang canggih seperti Adobe Photoshop. Cukup sekadar software editing biasa seperti Photoscape dan keluaran Microsoft yang biasanya terdapat default pada laptop.

Macam mana nak kasi gambar nampak menarik? Anda perlu tinggikan sedikit fungsi brightness dan sesuaikan dengan fungsi contrast. Pastikan gambar tersebut cukup terang untuk dilihat, tapi jangan terlalu terang sehingga menyakitkan mata. 

Kadangkala, anda boleh masukkan fungsi Exposure sedikit untuk menjadikan gambar tersebut lebih klasik. Cuba bermain dengan ketiga-tiga fungsi tersebut dan lihat hasilnya. Jika anda rasa ok, maka ia pasti ok. Cuma anda perlu pastikan bahawa, terdapat perbezaan pada gambar yang anda edit dengan gambar asal. 
Jika gambar yang anda edit nampak lebih kemas dan cerah berbanding gambar asal yang agak kusam dan tidak berseri, maka gambar yang anda edit itu sudah sedia untuk diupload ke Facebook dan Blog.

b. Crop
Seterusnya adalah teknik cropping. Teknik cropping ini bagi saya amat penting kerana sering kali kita tidak dapat mengagak kedudukan frame yang sesuai ketika mengambil gambar. 

Kadangkala kedudukan objek terlalu jauh dan tidak fokus. Maka dengan menggunakan fungsi cropping ini, kita boleh menjadikan sesuatu gambar itu lebih jelas dan gambar objek yang diambil menjadi lebih terfokus dan kemas. 

Untuk membuat crop yang kemas, anda tidak perlulah menggunakan pembaris untuk mengukur. Sebaliknya, anda hanya perlu memastikan sisi kiri dan kanan, atas dan bawah adalah lebih kurang sama dan tidak terlalu jauh bezanya. 

Selain itu, untuk teknik cropping ni, apa yang boleh anda lakukan untuk mencantikkan lagi gambar anda adalah dengan menggunakan teknik 'The Rule of Thirds".

Teknik ini sebenarnya mudah saja, iaitu anda perlu crop gambar anda tersebut sehingga membuatkan objek berapa di satu pertiga gambar.

Biasanya kedudukan adalah di sebelah kiri atau kanan. 

Dengan menggunakan teknik "The Rule of Thirds" ini, gambar anda akan dipenuhi suasana dan menjadi lebih menarik perhatian berbanding sekadar gambar objek sahaja.

Ok, sampai sini dulu soalan-soalan yang saya dapat jawab dalam ruangan Qualaroo edisi pertama ini. Berjumpa lagi di blog post seterusnya! =)

Status 27

0 comments


Zaman persekolahan adalah amat penting untuk membentuk kemahiran modal insan (soft skills) seseorang.

Jika anda ada anak yang sedang belajar di peringkat sekolah, galakkan anak anda untuk menyertai aktiviti kokurikulum seperti sukan, debat, koir, public speaking, persembahan pentas dan sebagainya.

Ia akan membentuk peribadi dan personaliti diri anak anda dan menjadikannya lain daripada rakan-rakan sebaya.

P/S: Ini adalah nasihat penting daripada saya, Nizam Malek. =)

Doktor Vs Pegawai Farmasi

11 comments


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Apa khabar, harapnya semua dalam keadaan sihat walafiat di sana.

Saya perhatikan sebelum ini, ramai yang ingin mengetahui perbandingan antara kerjaya sebagai seorang Doktor dan Pegawai Farmasi. 

Ramai yang bertanya saya, pilihan mana yang lebih baik, sama ada melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan (MBBS) mahupun Ijazah Sarjana Muda Farmasi. Bila perlu buat satu saja pilihan, pastinya ia menjadi satu dilema.

Jadi untuk itu, saya mengambil inisiatif untuk menulis artikel Doktor Vs Pegawai Farmasi ini bagi membantu anda melihat perbandingan kelebihan dan kekurangan kedua-dua kerjaya ini.

1. Tempoh belajar
Saya mulakan perbandingan bagi kedua-dua kerjaya ini bermula dari alam belajar terlebih dahulu. Pelajar MBBS perlu menjalani tempoh pembelajaran yang agak panjang iaitu minimum 5 tahun, manakala pelajaran jurusan Farmasi pula perlu belajar selama 4 tahun untuk mendapatkan Ijazah. Kebiasaannya pelajar jurusan Farmasi akan tamat belajar pada umur sekitar 22-24 tahun, manakala bagi pelajar jurusan MBBS, mereka akan tamat belajar lebih lewat sekitar umur 24-26 tahun. 

2. Pangkat dan darjat
Berkenaan pangkat dan darjat, graduan MBBS atau Doktor akan mendapat title Dr yang diiktiraf seluruh dunia. Title Dr ini amat besar maknanya dan menjadi sanjungan masyarakat terutamanya di Malaysia. Manakala bagi Pegawai Farmasi pula, tiada title khusus yang akan diperolehi. Biasanya Pegawai Farmasi akan dipanggil Encik , Cik atau Puan diikuti nama. Sebelum ini saya ada melihat Pegawai Farmasi yang meletakkan title Rph di belakang nama mereka, namun penggunaannya kurang meluas, sama seperti title Ir bagi golongan Engineer. Dalam aspek ini, pangkat dan darjat seorang Doktor mungkin dipandang tinggi oleh masyarakat berbanding kerjaya-kerjaya lain.

3. Gred Gaji
Walaupun isu gred gaji ini agak sensitif, tapi sebenarnya ramai yang ingin mengetahui. Berkenaan dengan gred gaji, gred gaji permulaan seorang Doktor adalah UD41. Manakala gred gaji Pegawai Farmasi adalah U41, sama dengan gred gaji seorang Doktor Pergigian, U41, begitu juga gaji seorang guru, DG41. Bermakna, ke empat-empat kerjaya ini berada pada tingkatan yang sama iaitu 41, tetapi mungkin terdapat perbezaan daripada elaun-elaun dan elaun kritikal bergantung kepada jenis tugas seperti oncall dan sebagainya.

4. Bebanan tugas, waktu kerja dan cuti
Bercakap berkenaan dengan gaji memang seronok, tapi perlu diseimbangkan dengan bebanan tugas kerjayanya. Terdapat perbezaan bebanan tugas yang amat ketara bagi seorang Doktor dengan seorang Pegawai Farmasi. Walaupun bebanan kerja dan waktu kerja bagi sebuah hospital dengan sebuah hospital yang lain adalah berbeza, namun secara relatifnya, beban tugas kerja seorang Doktor adalah amat berat berbanding beban tugas seorang Pegawai Farmasi. Sebagai contoh, waktu kerja doktor bermula seawal 6.30pagi dan berakhir pada 5 petang 6 hari seminggu. Namun jarang sekali seorang Doktor dapat pulang awal. Kebiasaannya terpaksa pulang lewat kerana bebenan tugas yang banyak. Bebanan tugas yang banyak itu juga menyebabkan seorang Doktor sukar untuk mendapat cuti pendek mahupun panjang. Manakala waktu kerja seorang Pegawai Farmasi adalah pada pukul 8 pagi dan tamat pada pukul 5 petang. Kebiasaannya Pegawai Farmasi mudah untuk mendapat cuti bagi menghabiskan jumlah waktu oncall jika dapat mencari penganti untuk tugas-tugas yang ada. Jadi kesimpulannya, walaupun gaji seorang Doktor adalah lebih tinggi, namun seorang Pegawai Farmasi boleh menikmati kehidupan yang lebih seimbang dengan gaji yang diperoleh. Kerja tu kerja lah juga, tapi masa untuk diri dan keluarga tidak sepatutnya diambil mudah, bukan? =)

Sebenarnya banyak lagi aspek yang boleh dibicarakan berkenaan dengan perbandingan antara kerjaya sebagai Doktor dan Pegawai Farmasi. 

Kerjaya sebagai seorang Doktor adalah satu kerjaya yang mulia kerana dengan ilmu yang ada, seorang Doktor boleh menyelamatkan nyawa seseorang dan menyembuhkan penyakit yang dialami oleh seseorang pesakit.

Begitu juga dengan kerjaya sebagai seorang Pegawai Farmasi. Walaupun posisi seorang Pegawai Farmasi lebih kepada 'second line' berbanding Doktor, peranan Pegawai Farmasi tidak boleh dinafikan dalam memastikan terapi yang diberikan kepada pesakit adalah bertepatan dan efektif.

Pokoknya, aspek minat dan kecenderungan menjadi faktor utama yang sepatutnya diambil perhatian utama dalam pemilihan kerjaya. Jika seseorang itu mempunyai minat yang mendalam dalam bidang perubatan dan kedoktoran, sehingga tidak terasa terbeban dengan bebanan berat yang perlu ditanggung sebagai seorang Doktor, beliau adalah calon yang amat sesuai untuk menceburi bidang tersebut dan begitulah sebaliknya.

Semoga artikel kali ini memberi sedikit info yang berguna kepada anda. Anda boleh berikan pandangan/pendapat anda sama ada bersetuju atau tidak dengan artikel ini di ruangan komen yang disediakan. 

Sekian, terima kasih. =)

Saturday, October 6, 2012

Pandang Ke Hadapan

2 comments

Hi semua, Assalamualaikum, apa khabar?

Dah lama rasanya saya tak update blog ni. Ramai juga pembaca Nizam Malek blog yang bertanya khabar dan musykil sebab saya semacam dah tak aktif menulis di sini.

Terima kasih kerana sangat concern dan sentiasa menantikan update terbaru daripada saya. Dan maaf sangat-sangat sebab tak dapat membalas hampir semua pertanyaan dan permintaan anda buat beberapa bulan kebelakangan ini.

Semuanya adalah disebabkan sebelum ini masa saya agak sesak kerana sibuk dengan urusan penghantaran log book PRP dan juga penempatan (posting) baru untuk FRP. Yup, proses yang dilalui untuk menyelesaikan log book tersebut sangat menekan. Sampai ada masanya saya jatuh sakit.. =(

Tapi alhamdulillah, semuanya kini dah hampir selesai. InsyaAllah 10 Oktober 2012 nanti semua log book dan dokumen yang penting tersebut akan dihantar ke Menara Cyberport, Johor Bahru untuk urusan penempatan seterusnya. Doakan semuanya berjalan lancar untuk saya dan kawan-kawan PRP yang lain ya, thanks! =)

Ohya, mungkin ada juga yang nak saya kongsikan segala pengalaman saya ketika menyempurnakan log book tu semua. Yup, memang banyak pengalaman yang dilalui.

InsyaAllah kalau ada kelapangan nanti, saya akan tuliskan untuk anda. Kalau ada pape nak tanya, boleh masukkan dalam kotak soalan Qualaroo di bahagian bawah kanan Nizam Malek Blog ini. InsyaAllah saya akan ada masa untuk menjawabnya selepas ini.

Untuk seterusnya, disebabkan ikatan log book saya akan hampir terlerai, saya akan ada lebih masa untuk diri sendiri. Dah lama sebenarnya tunggu masa ni. Kalau sebelum ni, sentiasa sibuk..

Ramai kawan yang ajak keluar minum-minum dan berjumpa pun tak dapat dipenuhi atas alasan tuntutan kerja. Jadi insyaAllah, lepas ni, kalau boleh saya nak luangkan lebih masa untuk keluarga dan kawan-kawan yang telah banyak menyokong perjalanan hidup saya sebelum ini.

Bukan bermakna lepas ni saya dah tak sibuk lagi dengan kerja.. Kerja tetap kerja, dan ada masanya pasti sibuk.. Tapi insyaAllah saya akan cuba luangkan masa untuk orang lain juga.. InsyaAllah akan cuba..

Selain itu, disebabkan kepala dah tak pening lagi memikirkan pasal log book, saya dah plan nak buat beberapa projek pada masa-masa mendatang.. Antaranya adalah:

1. Saya plan nak tulis buku. Sebelum ni, masa sebelum start PRP year, saya sempat menyertai satu Kursus Penulisan Bestseller bersama Tuan Zamri Mohamad.

Tapi malangnya sebab terlalu sibuk dengan tuntutan kerjaya sebagai Pegawai Farmasi di hospital, jadi saya langsung tak dapat hasilkan apa-apa output daripada kursus yang saya sertai tersebut.

Rugi rasanya kalau tak amalkan ilmu yang dah dipelajari. Jadi insyaAllah (insyaAllah lagi..), saya akan rangka satu pelan untuk penulisan buku dan target untuk terbitkannya satu hari nanti. Mungkin kalau dipermudahkan jalan, lahirlah buku pertama saya pada tahun 2013 nanti.

Ohya, niche yang saya pilih adalah berkenaan Motivasi Diri dan juga Kewangan ataupun Pelaburan Hartanah. InsyaAllah akan diusahakan sekuat mungkin.

2. Untuk Nizam Malek Blog ni pula, seperti biasa saya akan sentiasa update dengan artikel-artikel baru yang lebih informatif dan berguna. Mungkin saya akan lebih banyak menulis berkaitan kerjaya seorang Pegawai Farmasi sebab ramai juga yang berminat nak tahu.

Kalau tulis pasal pemasaran dan perniagaan Internet, dah berlambak dah orang menulis di luar sana. Siap ada majalah online dan webinar.. Saya dah ketinggalan bab2 tu semua.. ; )

Selain itu, saya ada plan juga nak buka servis membina blog. Maybe ramai di luar sana yang berhasrat nak menulis blog, tapi tak berapa tahu perkara-perkara teknikal berkenaan layout design dan domain name sehingga tersangkut hasrat nak menulis tu sehingga sudah.

Sebenarnya saya pernah buka servis membina blog menggunakan platform blogspot ini dulu dan sambutannya agak baik. Nanti saya akan setup satu tab servis di blog ini. Jadi sapa-sapa yang nak bina blog yang ada rupa berkualiti berserta domain name, boleh contact2 saya nanti. =)

3. Bercuti. Ohya, ini adalah salah satu perancangan saya lepas selesai tahun PRP.. Pergi bercuti adalah satu terapi yang amat baik untuk meloloskan diri daripada tekanan hidup dan kerja.. Siapa kata jadi PRP tak stress? Saya sangat stress ok..

Jadi saya plan nak pergi bercuti nanti.. Tak payah pergi jauh-jauh sampai ke luar negara.. Bercuti dalam Malaysia pun ok.. Asalkan jauh daripada tempat dan orang yang boleh buat kita jadi stress.. Huhuh..

Nak pergi bercuti di mana? Banyak tempat boleh pergi.. Maybe nanti nak ke Melaka, KL dan Penang.. Selain pergi bercuti, boleh juga melawat saudara dan kawan-kawan lama yang sudah terpisah.. InsyaAllah kalau panjang umur dan diberi kesihatan.. InsyaAllah kita akan bertemu nanti.. ; )

Tema blog post ni sebenarnya adalah rasa sebelum hantar log book dan perancangan selepas hantar log book.. Ha, panjang tak tema? Jadi sampai sini saja tulisan coretan kali ini.. Malam ni masih kerja, on call 10pm-8am.. Nak settlekan kerja cepat-cepat, nanti nak pergi tidur di Kompleks Pegawai Atas Panggilan. Saya suka katil dia. selesa macam katil hotel, best2.. ^ ^

Berjumpa lagi di blog post seterusnya! Daa~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Nizam Malek Blog. Copyright 2010 All Rights Reserved Revolution theme by Brian Gardner Ft Bloganol dot com | Distributed by Deluxe Templates

Create your free online surveys with SurveyMonkey , the world's leading questionnaire tool.