Sunday, June 24, 2012

Judge me, I don't mind..

0 comments



People say, "Don't judge me if you don't know me."
I say, "You have the rights to judge me, I don't mind.."



Setiap hari, orang ramai di luar sana akan menilai diri kita. 


Cara kita berpakaian, perkara yang kita sebutkan, cara kita melihat mereka,

semuanya akan dinilai oleh orang di sekeliling kita.

Sama ada positif atau negatif, kita tetap akan dinilai..

Penilaian-penilaian tersebut akan 'melekat' pada apa sahaja subjek yang kita bawa, tidak kiralah sama ada bangsa kita, agama kita, keluarga kita, dan kawan-kawan kita..

Contohnya, jika kita (beragama Islam) berakhlak buruk, orang sekeliling akan menilai bahawa orang Islam itu buruk akhlaknya.

Secara langsung atau tidak, nama agama Islam yang dibawa oleh kita itu menjadi buruk disebabkan nilaian orang sekeliling terhadap diri kita.

Oleh sebab itu, orang yang telah matang perlu tahu menjaga diri sendiri agar apa sahaja subjek yang dibawanya tidak akan dinilai buruk semata-mata.

Walaubagaimanapun, seperti kita sedia maklum, tiada siapa yang sempurna di dunia ini. 

Oleh itu janganlah takut untuk dinilai.

Jadilah diri sendiri, dan perbaiki kekurangan yang ada dari semasa ke semasa.

You have the rights to judge me; saya tiada masalah untuk anda menilai saya, sama ada baik mahupun buruk..

I don't mind; bukan bererti saya tidak kesah apa sahaja persepsi anda terhadap diri saya, tetapi saya bukanlah orang yang akan memuaskan hati anda seorang sahaja..

Life has to go on. Be yourself, firm and true. =)

Status 21

0 comments

‎"Rasa bersalah yang berpanjangan adalah satu kelemahan." -Nizam Malek

Sunday, June 17, 2012

13 Fakta Berkenaan Nizam Malek

0 comments

Nizam Malek..

1. Tidak memakai apa-apa aksesori di kedua-dua belah tangannya. Tiada jam tangan, tiada cincin, tiada gelang.. (buat masa ini lah.. hehe.. =p)..
2. Lebih suka memandu kereta transmisi manual berbanding auto.
3. Merupakan seseorang yang gila Internet.. Sehari tanpa Internet rasa terkurung dalam penjara.. =p
4. Tertarik melihat orang yang menulis dengan menggunakan tangan kiri..
5. Tidak suka mendengar orang yang terlalu suka merepek kosong..
6. Setting rambut menggunakan gel rambut, bukannya minyak rambut. Brand gel rambut pilihan adalah Good Look. =) Tapi bukan semua kedai ada jual.. ; )
7. Suka menonton filem atau video komedi.. Tak berapa gemar cerita seram atau aksi.. hehe.. =p
8. Tidak menggunakan apa-apa pencuci muka.. Cuci muka guna air mutlak sahaja..
9. Menganggap jurusan Perubatan amat tidak sesuai dengan dirinya..
10. Suka berangan. Kalau ada masa, Nizam Malek akan berangan tentang masa depan, kejayaan, kekayaan dan kebahagiaan.
11. Suka menggunakan teknik drop shot dan net play ketika bermain badminton.. Jarang membuat smash.. Sebab nak simpan tenaga.. Kalau tak nanti tak larat nak berjalan balik rumah.. =p
12. Jarang juga keluar berjalan.. Jadi tak tahu banyak tempat, walaupun di negeri sendiri..
13. Amat menyayangi kedua-dua ibubapanya.. =)

[KISSinsights] Menjadi Wanita Idaman Malaya??

0 comments


Salam, hi! 

Bagaimana nak jadi wanita idaman Malaya?

*soalan yang masuk pada 11 Jun 2012 yang lalu..

Fuh, soalan kaw-kaw punya saya dapat dalam ruangan KISSinsights kali ni..

Macam mana nak jawab ya? 

Mana lah saya reti, saya pun bukan lah wanita atau jejaka idaman Malaya.. hehe.. =p

Hmm, oklah, demi tidak menghampakan anda yang telah bertanyakan soalan ini, saya akan sharekan beberapa cara yang mungkin boleh dilakukan untuk menjadi wanita idaman malaya.. hua hua.. =p

Pertama sekali, untuk menjadi gadis idaman Malaya, anda perlulah mengetahui, apakah ciri-ciri wanita yang menjadi idaman Malaya. Untuk mengetahuinya, anda boleh sediakan satu set questionnaire dan sebarkannya ke seluruh pelosok Malaya (seluruh pelosok Malaya ya, bukan pada kawan-kawan sekeliling anda sahaja.. hehe..).

Sebelum itu, anda perlu tahu berapakah population size seluruh Malaya untuk mendapatkan sample size yang sesuai. Sebagai contoh, jika population size seluruh Malaya adalah 300 000, dengan menggunakan 95% confidence level dan 5% margin of error, anda hanya memerlukan kira-kira 384 orang responden sahaja.

Apabila anda telah mendapat sample size yang cukup, kemudian anda perlu kumpul dan proseskan data yang ada  perolehi tersebut menggunakan aplikasi Statistical Package for the Social Sciences atau lebih dikenali dengan nama pendek SPSS. Gunakan versi terbaru iaitu SPSS 20th Edition IBM untuk mendapatkan nilai yang lebih tepat dan meyakinkan. Tapi kalau tak reti guna SPSS, pakai Microsoft Excel pun boleh lah.. =p

Setelah mendapatkan nilai SPSS yang diperlukan, anda perlu menganalisis dan memastikan, apakah ciri-ciri sebenar wanita yang menjadi idaman Malaya.

Akhirnya, anda telahpun mengetahui apakah rahsia untuk menjadi wanita idaman Malaya! Langkah seterusnya adalah, anda perlu perbaiki diri anda dan pastikan anda dapat memenuhi ciri-ciri gadis idaman yang ditetapkan oleh seluruh Malaya.

Mudah bukan? Ohya, pastikan anda tidak kongsikan hasil kajian anda di atas dengan wanita lain.. Takut-takut wanita tersebut pula yang akan menjadi wanita idaman Malaya.. heheh..

Ok bye! =p

Saturday, June 9, 2012

[Video] Persembahan Jabatan Farmasi HSIJB

0 comments

Hi, ok kali ni kita ada video ekslusif dari Jabatan Farmasi HSI JB
yang telah dipersembahkan pada Malam Sambutan Hari Pekerja dan
Hari Jururawat pada 8 Jun 2012 yang lalu.

Sebelum tu kita tengok dulu gambar-gambar yang ada..

Gigih berlatih, rehearsal.. Harap-harap dapat markah SKT lebih.. =p

Suasana di auditorium, full house sampai ke luar..

Saya dari view bilik PA system.. =)

Ok dah, jom layan video ni.. Semoga terhibur!



Video powered by Flipmino USA.

Sunday, June 3, 2012

Muhasabah Cinta Edcoustic Cover by Nizam Malek

0 comments

Hi!

Ini music video terbaru yang saya buat lepas lebih kurang sembuh dari sakit tekak. =p

Lagu nasyid nyanyian asal kumpulan Edcoustic bertajuk Muhasabah Cinta.

Setelah 7 bulan bekerja..

0 comments

Dah lama rasanya saya tak menulis blog post dalam kategori My life. Hari ni saya nak tulis-tulis sikit pasal pengalaman kerja saya dalam tempoh lebih kurang 7 bulan bekerja. Fuh, cepat betul masa berlalu, sekejap je dah 7 bulan.. Beberapa bulan saja lagi sebelum tamatnya setahun PRP di HSI JB..

Yup, memang cepat masa berlalu, dan banyak juga pengalaman yang diperolehi sepanjang 7 bulan tersebut. Ada suka, ada duka, biasalah kan.. Setakat ini, dah beberapa department/rotation yang telah saya pergi seperti Out Patient Department (OPD), In Patient Department (Satelite Pharmacy), Clinical, dan Store.

Dan yang terkini, saya baru sahaja melepasi 4 minggu rotation di Satelite Pharmacy. Selepas ini, saya akan terus 'menetap' di level 1 untuk mengikuti training Total Parenteral Rotation (TPN) selama lebih kurang 4 minggu lagi, secara terus menerus.

Ok, sebelum itu, saya nak share sikit pengalaman saya bekerja di Satelite Pharmacy. Di HSI JB, Satelite Pharmacy nya ada dua iaitu Satelite Pharmacy 4 yang berada di aras 4 dan keduanya adalah Satelite Pharmacy 6 yang berada di aras 6.

Kedua-dua Satelite Pharmacy ini menjalankan fungsi yang agak sama iaitu menyediakan troli ubat kepada ward selain menyediakan ubat apabila diminta oleh ward dan juga menyediakan ubat-ubat discharge.

Agak seronok juga sebenarnya bekerja di Satelite Pharmacy. Bidang tugasnya boleh dikatakan rutin, dan yang seronoknya apabila bekerja dalam sistem yang baik dan kemas. Apabila dah tahu kerja-kerja yang perlu dibuat, pergi kerja pun tak begitu stress. Tidur malam pun rasa lebih tenang.. hehe.. =p

Satu lagi perkara yang saya suka bila bekerja di Satelite Pharmacy adalah kita bekerja dalam kumpulan. Bermakna, jika ada 4 orang dalam satu Satelite Pharmacy tu, setiap orang ada tugas masing-masing. Contohnya, FRP akan buat verify label, PRP & PPF akan buat filling ubat tablet, IV antibiotic dan other dosage forms (powder, etc), dan PPF juga akan buat floor stock filling jika ada.

Apabila setiap individu yang bekerja dalam kumpulan itu tahu tugas masing-masing, dan mampu bertindak pantas, semuanya jadi mudah dan menyeronokkan, terutamanya apabila kerja-kerja dapat disiapkan sebelum masa yang ditetapkan.

Tapi, biasalah, jika gagal bekerja dengan baik dalam kumpulan, contohnya satu individu terlambat atau ada masalah teknikal, konflik boleh timbul dengan mudah dan menyebabkan stress yang sukar dibendung.. Yelah, kalau dah stress, nak lari kat mana kan.. Kena la juga stay di Satelite Pharmacy tu.. Terperap di situ dalam suasana yang tak best.. huhu.. =p

Papepun, 4 minggu terkini saya di Satelite Pharmacy telah pun berakhir dan tiba pula masa untuk ke satu department yang agak asing bagi saya iaitu Total Parenteral Nutrition (TPN). Banyak reaksi berbeda yang saya terima daripada kawan-kawan PRP yang telah menjalani latihan di department TPN. Ada yang kata ok, ada yang kata sikit stress dan ada juga yang kata sebenarnya rileks sahaja.

Yang banyak orang sebut adalah berkenaan kemahiran membuang bubble dalam syringe. Benda itu antara perkara paling leceh untuk dibuat.. Well, saya pun tak tahu nak cakap macam mana, sebab tak berdepan lagi dengan bubble-bubble tu.. Nanti bila dah start training esok tahu lah cam ne perit nya kot.. =p

Cuma harap-harapnya best lah nanti. Ohya, sebab training saya 4 minggu straight, jadi log book pun perlu diisi setiap hari dan minggu supaya mudah bila diakhir rotation nanti, boleh terus hantar log book. Setakat ni, hanya 1 log book saja yang berjaya dihantar iaitu rotation untuk Manufacturing. Hopefully log book TPN ini pun akan dipermudahkan, sama macam log book Manufacturing.. Amin..

Oklah, sampai sini dulu coretan buat masa ini, doakan urusan saya di department TPN dipermudahkan ya! Thanks! =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Archive

 

Nizam Malek Blog. Copyright 2010 All Rights Reserved Revolution theme by Brian Gardner Ft Bloganol dot com | Distributed by Deluxe Templates

Create your free online surveys with SurveyMonkey , the world's leading questionnaire tool.