Today is 31 March 2011, the last day in the month that is full of madness for me.
Hari ini adalah hari terakhir dalam bulan Mac 2011, bulan yang penuh dengan pelbagai cerita 'kegilaan' bagi saya. Bulan Mac yang berlalu ini telah menjadi sangat mencabar dan berat. Banyak perkara yang berlaku dalam bulan ini membuatkan saya rasa 31 hari yang berlalu terlalu lama.
Baiklah, seperti biasa yang dijanjikan, saya akan menulis satu blog post khas untuk merangkumkan segala peristiwa yang telah berlaku dalam bulan 3 ni. Orang putih kata highlight of the month lah kan.. =p
Ok, let's see what have been gone through..
Minggu pertama dalam bulan ni saya berada di Johor Bahru sempena cuti mid semester. Sepanjang seminggu di rumah tu, saya rasa amat tenang. Semua masalah ditolak ke tepi dan saya hanya merehatkan minda yang telah 'penat'.
Minggu ke 2 bermula 7 Mac 2011, hidup saya mula bercelaru. Ada sesuatu perkara yang telah berlaku yang telah mengubah cerita sejarah hidup saya di CUCMS. Sejak tarikh tersebut, semua perkara menjadi sangat distorted dan menyakitkan.
Seminggu tersebut dirasakan sangat berat untuk ditanggung dan I was really out of myself. I lost my confidence, my strength and my pace. There was a certain time that I was thinking of giving up from studying. I was so depressed and just can't focus on my studying.. I felt like my brain really couldn't absorb anything more.. It was really bad.. bad.. and bad.. and I hate.. hate.. and really hate..
Since that, going to class was no more exciting like before, feeling like going to hell when I have to struggle to at least find my true self.
But I knew I can't give up my future.. I have to carry on.. Even though I took a bit longer time to recover, but at least I did not do stupid thing and withdrew just like that.. I will survive, Nizam Malek will survive!
Seminggu seterusnya, (while I was not that really ok yet), my academic schedule started to be quite busy with several series of attachments.
Tapi sebelum start attachment, saya berkesempatan untuk menyertai satu event menarik di kampus foundation CUCMS iaitu Night of Gratitute (NoG). Malam tersebut memang satu kenangan for me sebab dapat peluang untuk persembahan pentas. Kalau ikutkan, itulah pertama kali saya buat persembahan bermain gitar di atas pentas dan I was really excited. =)) Lepas dah grad nanti, ada cuti beberapa bulan, I plan nak sambung belajar gitar kat Yamaha Music School, dan kalau boleh nak beli satu gitar letrik yang best, target brand Fender or Ibanez.. Kene tengok tabung dulu, cukup duit ke tak.. =p
Ok esoknya start attachment. Starting with Primary Care Attachment at Klinik Kesihatan Putrajaya Presint 9 with 3rd year juniors, although it was only for a day, I enjoyed the time we had spent together.
I had a great chance to guide my junior to do prescription screening, drugs filling and patient interview. I like the moment when I brought my junior to find few patients to be interviewed. It's somehow different when I was first time did the patient interview at Klinik Kesihatan Bukit Changgang, Banting way back a year a go with my senior. The learning process was interesting. =)
Kemudian, 16-18 Mac, seperti yang diberitahu dalam post yang sebelum ni, saya ada jalani clinical attachment di Hospital Angkatan Tentera Tuaku Mizan (HATTM), Wangsa Maju bersama dengan coursemates yang lain. Pengalaman di HATTM pun menarik juga sebenarnya. Antara perkara yang akan diingat ialah semasa belajar berkaitan satu jenis terapi alternatif berteknologi tinggi iaitu Hyperbaric Oxygen Therapy (HBOT).
Walaupun sebelum ni pernah buat visit for alternative therapy using hyperbaric chamber kat Klinik Dr Ebrahim kat Ampang Point (time 2nd year kot?), tapi untuk attachment kali ni, saya dapat view yang lebih jelas tentang segala proses untuk menjalankan HBOT ni. Terima kasih kepada semua doktor, ahli farmasi dan petugas di HATTM yang telah melayan/mengajar kami dengan amat baik sekali. =)
Panjang rasanya, tapi baru minggu ke 2 Mac 2011. =p
Ok then next weeknya, minggu ke 3 start clinical attachment. Bermula minggu ni sampai ke minggu study leave, schedule menjadi pack sikit dengan clinical attachment sahaja (sepanjang 5 minggu semuanya). Biasanya hari isnin ada kelas di main campus, manakala selasa hingga jumaat dikhaskan untuk aktiviti clinical attachment sama ada clerk case di hospital, atau discussion dan presentation di main campus.
Minggu pertama clinical attachment saya adalah psychiatric attachment di HKL. Seperti yang saya dah tulis di post sebelum ni, pengalaman di psychiatric ward memang sangat unik dan lain daripada yang lain. Psychiatric attachment cuma satu hari je kat HKL. Boleh dikatakan attachment psychiatric ni agak rileks. Cuma kena prepare betul-betul time discussion, presentation dan viva. Time psychiatric attachment tu, I was not really ready sebenarnya. Macam-macam benda berlegar dalam fikiran dan tak boleh focus sangat.. Rasa rugi sebenarnya, tapi tak pelah, dah lepas. Boleh work harder for the next attachments.
Lepas psychiatric attachment kat HKL, minggu terakhir Mac ni pula clinical attachment untuk paediatric di Hospital Serdang. Untuk paediatric attachment ni, kami perlu clerk 3 case dan follow grand ward round bersama dengan medical doctors dan pharmacist. Masa follow grand ward round tu dapat lah tengok macam mana Housemen (HO) doctors kena present setiap case yang ada. Kena marah kalau silap, biasa lah tu kan.
Then dapat observe juga peranan ahli farmasi berkaitan dose dan pilihan ubat untuk pesakit. Time tu lah saya rasa seronok pulak jadi clinical pharmacist kat hospital. Tak la susah sangat kerja macam doktor, just perlu bagi recommendation dan intervene mana-mana yang patut. Kalau buat preparation betul-betul before grand ward round, mesti ok.
Kalau masa psychiatric attachment, saya observe dan belajar berkaitan penyakit mental, untuk paediatric attachment ni, saya belajar penyakit-penyakit yang dihadapi oleh kanak-kanak. Kesian tengok bayi dan kanak-kanak yang terlantar sakit. Ada yang sakit asthma, pneumonia, sakit jantung dan sebagainya. Kalau jadi ibu bapa nanti, kena banyak bersabar lah, sebab bayi dan kanak-kanak memang prone kepada penyakit seperti jangkitan kuman, batuk dan demam panas.
Hospital Serdang sangat best. Makanan kat cafe banyak pilihan dan sedap, environment conducive dan selesa, dan yang menariknya, hospital ni menggunakan sistem berkomputer di mana semua information berkaitan dengan pesakit diupdate terus secara online dan dapat diaccess oleh ahli farmasi dengan mudah. Tiada lagi masalah tak faham tulisan doktor yang ber'seni' atau pun kesilapan ejaan ubat yang boleh membahayakan keselamatan pesakit yang menerimanya.
Haa, lepas ni saya akan hadapi interview SPA pada bulan April nanti. Mungkin Hospital Serdang akan menjadi antara pilihan hospital untuk saya jalani tempoh setahun sebagai Provisional Registered Pharmacist(PRP), InsyaAllah. ^ ^
Ok macam tu lah dia chronology cerita attachment setakat ini. masih ada 3 lagi attachment menanti, seterusnya di Hospital Kajang. Life will be more busy next next weeks. Ini lah pengorbanan 'terbaik' sebelum tamat pembelajaran di CUCMS.
Papepun, saya sekarang makin timbul rasa suka pada clinical pharmacy. Mungkin sekarang dah lebih faham apa yang diperlukan untuk buat clinical pharmacy. Rasanya clinical pharmacy tak lah susah sangat, cuma kita perlu tahu caranya. Bila da tahu, semua jadi senang, sesenang rutin. Konon~ hehe.. =p
Ok, tu cerita clinical attachment lah kan.. Selain tu, adakah isu lain sepanjang bulan 3 ni? Orite, tajuk post pun March Madness! Mestilah banyak sebenarnya peristiwa-peristiwa 'gila' dan panas yang berlaku sepanjang bulan ni.
Masalah berkaitan isu persatuan yang telah dibangkitkan oleh junior di facebook sebenarnya telah menarik perhatian saya. Bukan nak cakap benda yang dah lepas lah, tapi kalau boleh, I would like to take this opportunity to comment about apa yang dah terjadi sebagai pengajaran untuk pihak yang terlibat dan juga pemerhati yang lain.
Ok, isu ketidakpuasan hati berkenaan jumlah bayaran fees untuk aktiviti persatuan yang 'dianggap' mahal sebenarnya bukan isu baru. Sejak senior batch pertama lagi isu ni pernah dibangkitkan. Biasalah, bukan semua yang willing nak bayar.. Tapi, sebelum ni, masalah macam ni tak de lah diperbesar-besarkan pada umum. Tak pernah la pula nama persatuan secara terang-terangan diletak di facebook dengan statement yang boleh lah disifatkan sebagai terlalu emosional. Cuma kalau Nizam Malek cakap, dia akan tambah, emosional tidak bertempat.
Kenapa tidak bertempat pula? Tak boleh buat poll kat facebook pasal masalah ni? Begini, kalau kita ada apa-apa masalah berkaitan dengan aktiviti persatuan, kita perlu address pada orang yang bertanggungjawab mengendalikan aktiviti tersebut. Boleh jumpa dan minta penjelasan dengan cara yang baik pada orang yang sepatutnya.
Kalau nak suarakan ketidakpuasan hati pun boleh, tapi perlulah disertakan dengan cadangan yang bernas dan tidak berat sebelah. Kemudian, bolehlah orang yang bertanggungjawab tu consider masalah anda dan cuba sort out cara yang paling sesuai untuk selesaikan masalah tersebut.
Tak perlulah nak letak kat facebook, kononnya nak minta attention yang lebih tinggi. Come on, for this kind of issue, you dont need to get big attention, you just need to find the right person and talk/discuss.
If you think you have the right to know where your money goes, yes, really you have the right, for sure. Just make it clear by asking the person in charge. Making a questionnaire in facebook does not help at all.. Just worsening the problems..
Actually, saya personally malas nak masuk campur hal ni dan ingat nak jadi observer je sebab sekarang dah tak terlibat secara aktif dalam persatuan. Cumanya, bila jadi isu macam ni (negative statements and comments by juniors in facebook regarding society), rasa kesian sangat lah for our next generation. Hampir tiada rasa hormat dan cara professional bila berdepan dengan masalah, cuba memilih jalan yang ackward daripada cara yang baik. Akibatnya, diri sendiri yang rugi, sebab perlu berdepan dengan 'teguran' daripada senior atau lebih teruk lagi kalau lecturers juga dah mula bising dengan attitude sebegini. Adakah ini nilai affective domain yang diterapkan dalam diri juniors? Jawab lah sendiri..
Ulasan yang panjang lebar ni bukan lah untuk menghentam sesiapa. Kalau diperhatikan semula teks di atas ni, tak mention nama sesiapa atau nama persatuan yang terlibat pun. This is a general reminder to all, but again, siapa yang makan cili, terasalah pedasnya.
Sebagai nasihat tambahan, kepada juniors dan sesiapa sahaja, janganlah guna cara yang salah untuk menyatakan ketidakpuasan hati.. Kalau ikutkan, tiada manusia yang pernah puas.. Mesti ada ja yang tak puas hati sana sini.. Tapi, kalau tak puas hati pun, jangan la lebih2 kan.. Nyatakan dengan cara yang betul, pada orang yang betul.. Kalau tak dapat selesaikan juga, bawakkan kepada orang yang lebih berwibawa (orang ke tiga) untuk membantu..
And definitely not facebook. Im a heavy facebooker, tapi saya rasa, tak perlulah salah gunakan facebook untuk tujuan-tujuan sebegini. Kesannya pasti amat buruk untuk semua. So, beringat-ingatlah k.
Jadi nak buat apa sekarang? Seeloknya, deletelah posts/questionnaires yang ada tu, tak perlulah buat lagi. Kalau boleh pergi minta maaf pada orang yang handle the things dan discuss nicely. Actually, second questionnaire tu ibarat cam orang yang tak nak kalah je.. So better stop it lah.. Do other things yang lebih positive dan productive.. ok?
Oklah, cukup-cukuplah tu Nizam Malek oi.. Panjang sangat dah.. Penat orang nak baca.. hehe..
Baik2, tapi sebelum tu, ada another one yang saya nak kongsikan pasal bulan Mac ni. Untuk Nizam Malek Blog, jumlah visitor dah pecah rekod sehingga lebih 780 orang sebulan. Untuk page views pula, rekodnya adalah lebih 1412 sebulan. Kalau ikutkan, rekod ni adalah yang tertinggi sepanjang setahun yang lepas. Terima kasih kepada anda semua yang sudi melawat Nizam Malek Blog dan bagi yang meninggalkan komen, shout di chat box, tinggalkan respond di Kissinsights, share di facebook dan klik like, saya amat menghargai sokongan anda semua. Terima kasih tak terhinggakan. Kalau ada masa, datang dan view la lagi dalam bulan April nanti k, saya cuba update dengan cerita-cerita yang lebih menarik.
Ohya, sebelum tu, dalam bulan Mac ni juga saya ada buat video-video saya bermain gitar, contohnya untuk lagu Standing in the eyes of the world dan Hold my hand. Banyak respond yang saya dapat berkaitan video tersebut. InsyaAllah saya akan buat lebih banyak video selepas ini. Kalau ada komen berkaitan video saya, jangan segan2 k, saya sangat menghargai komen untuk penambahbaikan. =p
Learning lessons from Mac 2011
Boleh dikatakan, learning lesson yang terpenting dalam bulan Mac 2011 ni adalah berkaitan persahabatan. Betapa pentingnya kesan persahabatan dalam diri kita. Kita boleh jadi baik jika kita berkawan dengan orang yang baik dan kita boleh jadi jahat bila kita tersilap langkah memilih kawan yang jahat. Kerana kawan kita boleh bangkit, dan kerana kawan juga kita boleh jatuh tersungkur sehingga amat sukar untuk bangun kembali.
Selain itu, apa yang saya belajar dalam bulan Mac 2011 ni juga adalah, kita perlu menjadi diri sendiri. Walaupun kita tidak perfect, tapi tak perlulah kita sampai menjadi palsu pada diri kita sendiri. Kelemahan dan kekurangan ada pada setiap individu, jadi, ia adalah satu cabaran untuk kita memperbaiki kelemahan yang ada pada diri kita dan sentiasa berjuang untuk menjadi diri sendiri yang lebih baik.
Bulan Mac 2011 adalah bulan yang amat menyakitkan bagi saya. Memang bukan semuanya perkara yang berlaku menyakitkan, tapi kesan yang terjadi amat mendalam buat saya. Inilah yang dikatakan pengalaman no pain no gain.
Dengan kesakitan itu lah saya belajar banyak perkara berkaitan hidup yang penuh dengan cabaran dan tipu helah ini. Tapi alhamdulillah, pada akhir bulan Mac ini, saya sudah kembali ke prestasi sebenar. Bermula semula dengan bulan baru, saya sentiasa mendoakan agar bulan april ini menjadi lebih menggembirakan, dan positive.
Akhir kata, terima kasih Mac 2011, selamat tinggal dan I'm looking forward my April! =)
4 comments:
Hyperbaric Oxygen Therapy (HBOT)?
wa..ada kat malaysia!
belum penah nampak yg real lg kt sini(egypt).later,inshaAllah.
nice post btw!:)
Ada.. huhu.. Best tak study kat Egypt?
study kat cucms ke?foundation or bachelor?
Yup, Bachelor of Pharmacy. =)
Post a Comment