Saturday, January 14, 2012

The Life As A Provisionally Registered Pharmacist (PRP)

3 comments

Salam, dan hi to all my blog readers~ 

Apa khabar? Ada sihat? =p

Baiklah, dalam post kali ini, saya akan menulis satu artikel khas berkenaan satu tajuk yang mungkin dicari oleh ramai orang di luar sana, iaitu berkenaan pengalaman sebagai Provisionally Registered Pharmacist (PRP) di hospital kerajaan.

Bagi yang tidak mengetahui apa itu PRP, PRP adalah satu nama yang diberikan kepada graduan Sarjana Muda Farmasi yang mula bekerja di hospital kerjaan. Tempoh pelaksaan PRP adalah selama 1 tahun dan ia adalah wajib sebelum diberi lesen penuh atau dinamakan Fully Registered Pharmacist (FRP).

Dalam bahasa yang lebih mudah, PRP ini adalah sama seperti Housemen (HO) bagi doktor perubatan cuma bezanya, tempoh HO adalah selama 2 tahun berbanding PRP yang hanya setahun. Gred untuk PRP adalah U41 manakala gred untuk HO adalah UD41. Kalau ikutkan, gred PRP dan HO adalah di tingkatan yang sama. 

Ok, saya akan kongsikan beberapa informasi berkenaan kehidupan sebagai PRP.

Kehidupan seorang PRP ini sebenarnya bagi saya agak mencabar juga. Walaupun tidaklah selalunya 'hectic', tapi ada masanya, hidup akan menjadi amat-amat menekan bergantung pada situasi.

Dalam Jabatan Farmasi di hospital, terdapat beberapa department seperti Out Patient Department (OPD), In Patient (Satelite Pharmacy), Ward, Drug Information Service (DIS), Therapeutic Drug Monitoring (TDM), Total Parenteral Nutrition (TPN), Manufacturing, Stor dan Cytotoxic Drug Reconstitution (CDR).

Seorang PRP akan diberikan satu jadual setahun yang akan menetapkan tempoh untuk setiap department yang perlu dilalui. Contohnya, 2 minggu untuk OPD, 2 minggu lagi di DIS, 6 minggu di Ward dan seterusnya sehinggalah berakhirnya tempoh setahun.

Di setiap department, PRP perlu memenuhi segala requirement yang diperlukan untuk lulus. Requirementnya termasuklah mengisi log book, presentation, viva atau ujian bertulis bergantung di setiap department.


Kalau diikutkan, department yang paling sukar adalah ketika di ward. Di situ, pengetahuan PRP berkenaan ilmu perubatan Farmasi akan 'dicungkil' habis-habisan selama 6-8 minggu oleh ward pharmacist (FRP). 

Tempoh tersebut pastinya amat mencabar dan memaksa komitmen seorang PRP untuk berusaha dengan lebih gigih lagi.


Selain tu, PRP juga ada on call. On call ni sama ada kerja pada hujung minggu ataupun kerja pada waktu malam. Bergantung pada hospital, ada yang kerja 10 malam sehingga 8 pagi, ada yang kerja pukul 5 petang sampai 10 malam dan ada juga yang kerja pukul 9 malam sampai 7 pagi.

Biasanya time on call, kerja sorang-sorang di Satelite Pharmacy. Kerjanya adalah supply ubat kepada ward apabila diminta atau sediakan ubat untuk patient yang nak discharge.

Sebenarnya, bagi saya, life sebagai seorang PRP tidak lah begitu berat. Jika kita tahu apa tanggungjawab dan ruang lingkup kerja sebagai seorang PRP, tugas tersebut adalah satu rutin dan tidak lagi membebankan apabila sudah mahir.

Namun, secara jujurnya, ia bergantung juga dengan siapa kita bekerja. Jika kita bekerja dengan orang yang cambest, pasti kita nak pergi kerja pun rasa seronok ja. Tapi kalau pergi kerja asyik kena 'torture' saja, lama-lama pun pasti akan rasa down..

Kalau nak kata kena marah sebab buat silap, semua orang pun buat silap. Lagi-lagi kalau baru belajar. Kadang-kadang tu, dah bertahun-tahun kerja pun boleh tersilap juga. Jadi kalau PRP ada terbuat silap nak marah tengking bagai tu macam kelakar jugalah sebenarnya.

Bukan tak boleh marah, tapi agak-agaklah kan.. huhu.. =p

Tapi nak buat macam mana, sifat pemarah itu sebenarnya lebih kepada hakikat peribadi seseorang. Kalau memang dah terpaksa kerja dengan orang macam tu, kena banyak-banyak bersabar sajalah ya.. 

Kalau stress sangat, balik rumah pergi lah buat pape yang menyeronokkan hati sikit.. Bila hilang rasa sakit hati tu, esok kerja mesti ok semula.. Hehe.. =D

Selain itu, kehidupan sebagai seorang PRP juga bergantung pada hospital yang diterima. Kalau hospital yang kita dapat tu hospital besar, biasanya workloadnya lebih tinggi dan kerja adalah lebih sibuk. Sentiasa terkejar-kejar dan menekan. Tapi kalau dapat hospital kecil di daerah-daerah, kebiasaanya hidup  sebagai PRP agak rileks.

Ada yang kata, kalau dapat hospital besar, kita akan dapat belajar lebih banyak. Memang betul, tapi kadar stress juga pasti lebih tinggi. Oleh kerana requirement untuk melepasi tempoh PRP adalah agak banyak seperti log book, research dan lain-lain, kalau kerja di hospital sentiasa sibuk dan menekan, pasti hidup sentiasa stress.

Bagi saya, kerja tu kerjalah juga, tapi kehidupan tetap perlu ada. Janganlah sampai kerja jatuh sakit dan  tiada kegembiraan.. Kita kan manusia..? =p 

Apa-apapun, semua itu adalah tempoh setahun PRP yang tetap perlu dilalui. Jika ada apa-apa rasa yang menyakitkan atau membencikan, tahanlah sekurang-kurangnya setahun. Lepas semuanya selesai, hidup pasti akan lebih cerah, insyaAllah. =p

Oklah, sampai sini dahulu perkongsian kali ini. Kalau ada apa-apa soalan, jangan segan tanya k!

Jumpa lagi!! =)

Tuesday, January 10, 2012

Cinta Harus Memiliki Cover by Nizam Malek

0 comments

Salam, hye..

Ok untuk post kali ini, saya persembahkan satu lagu nyanyian asal Anuar Zain yang bertajuk Cinta Harus Memiliki.

First time dengar lagu ni, macam bosan gak, sebab tempo dia style slow..

Tapi bila dah dengar banyak kali, rasa cambest plak..

Pagi-pagi time drive ke hospital mesti dengar lagu ni dulu.. hehe.. =p

Ok, tengok lah.. =)

Sunday, January 1, 2012

Salam Tahun Baru 2012!

0 comments


Di kesempatan ini, saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru 2012 kepada seluruh rakyat Malaysia khususnya anda yang telah sampai ke post ini. =D

Tahun 2012 pastinya menjanjikan kehadiran ribuan pengalaman suka duka dalam diri yang akan mendewasakan kita semua untuk menempuh baki umur yang ada.

Semoga tahun 2012 ini akan membawa 1001 kebaikan kepada kita semua. Semoga kita semua menjadi insan yang lebih taat dan bertaqwa kepada Allah SWT dan sentiasa berusaha memperbaiki amalan diri.

Dari segi ekonomi, saya tidaklah terlalu pasti, sebab saya bukan dari bidang ekonomi. Tapi insyaAllah jika kita berusaha, dan merancang dengan baik, insyaAllah kita akan mendapatkan hasil. Rezeki ada di mana-mana. Terpulang pada Allah SWT sama ada mahu mengurniakan kepada kita ataupun tidak. Jadi jangan lupa berdoa memohon rezeki yang halal dan baik daripadaNya. =)

Dari segi politik pula, saya jangkakan tahun 2012 akan menjadi jawapan kepada banyak isu yang berlaku sebelum ini. Banyak perkara yang menjadi bercelaru sejak akhir-akhir ini dan pastinya akan memberikan kesan yang besar kepada Pilihan Raya Umum ke 13 yang akan datang. 

Sayang apabila mengetahui hakikat Malaysia dalam keadaan yang agak genting dalam politik. Tapi itu lah hakikatnya... Semoga kecelaruan politik di Malaysia dapat diperbetulkan.

Bagaimana dengan matlamat 2012? Tak mahu lagi menulis matlamat? Jangan begitu.. Orang yang berjaya semuanya mempunyai matlamat.. Jika kita tidak mempunyai matlamat, maka kita tidak ada ciri-ciri orang yang berjaya.. Maka ketahuilah apa yang ingin anda capai dalam hidup ini, tuliskannya dan kejarlah ia..

Masa berlalu dengan pantas.. Gunakanlah masa dengan sebaiknya, agar hidup ini tidak menjadi sia-sia..

Oklah, sampai sini dulu, Salam Tahun Baru 2012!

Wish you all the best!! =)




Finally, we reached the end of December 2011..

0 comments

Assalamualaikum kawan-kawan semua~ =)

Apa khabar, hope semua sihat ya.

Hmm, cepat benar 12 bulan berlalu.. Berakhir sudah tahun 2011..

Dalam post kali ini, saya akan mengimbau sedikit sebanyak sejarah hidup saya sepanjang tahun yang bagi saya banyak cerita yang amat menarik dan suka duka..

Ok, bermula Januari, saya telah menetapkan 14 matlamat yang ingin saya capai sepanjang tahun 2011. Cara saya menulis matlamat adalah berdasarkan teknik yang saya perolehi daripada mentor/idola perniagaan Internet saya, Dr Irfan Khairi.

Senarai matlamat tersebut saya tuliskan di Microsoft Words dan tarikhnya adalah pada 29 Disember 2010. Itulah perkara yang saya lakukan sebelum masuk ke tahun baru 2011.

Dan apabila tahun 2011 ini sudah berakhir, saya pun reviewlah semula senarai matlamat tersebut. Alhamdulillah, lebih kurang 9 atau 10 matlamat yang saya tetapkan tersebut telah pun berjaya dicapai. Kebanyakan matlamat yang tak tercapai tu mungkin sebab prioriti saya sudah berubah. Bagaimanapun, saya agak berpuas hati dengan prestasi 2011 yang berpandukan matlamat yang ingin dicapai.

Tahun 2011 bermula tenang. Pada Januari 2011, saya masih lagi sedang menuntut di Cyberjaya University College of Medical Sciences (CUCMS) dalam semester terakhir. Masa agak sibuk dengan presentation terakhir untuk research project final year.

Dan apabila selesai sahaja urusan research project, semua terasa agak santai, sebab tekanan untuk research project sudah berakhir. Masa untuk tenang seketika sebelum bermulanya Clinical Attachment yang sememangnya agak mencabar bagi saya.

Jadi sebelum stress dengan Clinical Attachment, sempat jugalah sertai aktiviti-aktiviti sukan universiti dan farmasi seperti CUCMS Sports Carnival dan National Pharmacy Sports Carnival (NPSC) di USM.

Itulah tahun terakhir bagi saya untuk menyertai aktiviti seperti itu. Lepas grad dah tiada peluang lagi.. Jadi memang enjoykan diri lah.. Lupakan study kejap dan pergi bermain.. =)

Bulan Januari 2011 berakhir dengan sangat seronok. Tapi ingatkan panas hingga ke petang, tapi rupanya hujan di tengah hari sampai ke malam.. =p

Bulan Februari biasanya bulan yang best.. Time hati orang bunga-bunga bagai.. Tapi bermula Februari 2011 juga saya telah diuji dengan dugaan yang bagi saya amat berat.. Banyak perkara yang telah berubah sejak dari itu..

Bagi saya, semester terakhir ketika di CUCMS amat suram dan kelam.. Unexplainable feelings to be shared here.. Sejak itu juga saya lebih mengenal erti dunia baru yang bakal saya tempuh selepas tamat belajar nanti..

Dunia yang penuh dengan pancaroba, duri dan cubaan.. Hampir saja tewas, tapi mujur ada keluarga dan kawan sebenar yang sentiasa memberikan sokongan sepanjang tempoh sukar tersebut..

Bulan Mac dan April 2011 berlalu begitu saja. Hidup di CUCMS cuma tinggal bersisa. Hanya menunggu masa meninggalkannya pergi. Sehinggalah ke bulan Mei, 13 hari bulan semuanya berakhir dan saya kembali semula ke kampung halaman di Johor Bahru.

Selepas tu, bulan Mei sehingga ke bulan Oktober (lebih kurang 5 bulan), saya berada di Johor Bahru, menjadi penganggur di rumah.. Hari-hari lepak je.. Takde buat pape pun.. Sangat bosan sebenarnya masa tu..

Adalah kadang-kadang tu pergi seminar perniagaan dan pemasaran Internet. Tapi ntahlah, mungkin sebab tengah bercuti, jadi tiada semangat nak bekerja dan buat pape aktiviti/projek berkenaan pemasaran Internet.. Kira agak merugikan jugalah sebenarnya..

Selain tu, dalam tempoh cuti tu juga saya sempat masuk sekolah musik sekali lagi di Yamaha School dan saya pilih kelas gitar elektrik. Belajar dengan Cikgu Azam. Sempatlah juga belajar beberapa teknik baru. Nanti bolehlah buat video musik banyak-banyak lagi.. Huhu.. =p

Then bulan November 2011, saya dah mula bekerja di Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru. Jadi dunia pun berubah sekali lagi. Dari penganggur ke Pegawai Farmasi. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan baik. Kerja ok, kawan sekerja mostly best. Cabarannya adalah untuk meningkatkan ilmu di dada agar khidmat farmasi yang diberikan kepada pesakit adalah di tahap yang baik dan memuaskan.

Ya, sebab dah kerja juga, saya dah tiada masa langsung nak buka laptop, apatah lagi nak update blog ni.  Tapi tulah, saya akan cuba juga untuk menulis mungkin 2 minggu sekali. Banyak sebenarnya cerita yang nak dikongsikan, tapi tulah, I hope that I have more free times for it.

Di tempat kerja, saya bermula di Out Patient Department (OPD), kemudian beralih ke Stor Department dan kemudian masuk ke In Patient Department (IPD) dan kini di bahagian Manufacturing Department. Setakat ni dah 3 kali on call, 2 kerja malam dan 1 kerja hari minggu.

Bagi saya kerja tidak lah terlalu berat atau membebankan. Tapi cuma terpulanglah dengan siapa kita bekerja. Kalau ok orangnya, mesti pergi kerja pun rasa seronok ja.. So far Pembantu Pegawai Farmasi (PPF) yang saya jumpa semua best. Mereka sangat membantu berpandukan pengalaman mereka selama mereka bekerja. Terima kasih bebanyak. =)

InsyaAllah saya akan bekerja dengan sepenuh hati dan penuh tanggungjawab. Harapnya bila dah jadi kompeten nanti, bolehlah bantu sesiapa saja yang ada masalah berkaitan dengan ubat-ubatan. Bestnya kalau dapat bantu anda semua satu hari nanti. =)

Dan begitulah berakhirnya tahun 2011 di bulan Disember pula. Rasa puas apabila hampir semua yang dihajati tertunai. Alhamdulillah dah berjaya tamatkan pelajaran peringkat Ijazah Sarjana Muda, kemudian mula bekerja sebagai Pegawai Farmasi di hospital pilihan hati. Semuanya bagai terancang dengan baik. Alhamdulillah. =)

Overall,  2011 bagi saya sangat best. 2011 tahun kemenangan dan kebebasan. Alhamdulillah semuanya dipermudahkan. Kepada keluarga, guru-guru, para sahabat, dan kawan-kawan yang sentiasa memberikan sokongan dan galakkan, hanya Tuhan saja yang dapat membalas jasa anda semua.

Saya mungkin tidak berada di keadaan ini tanpa anda semua. Saya doakan anda semua yang pernah hadir membantu dalam hidup saya selama ini agar hidup anda semua dipermudahkan, diberikan kekuatan menempuh dugaan dan cabaran, diberikan cahaya hidayah keimanan dan diberi kebahagiaan sepanjang hidup. InsyaAllah jika ada kelapangan dan masa, kita akan bertemu lagi. =)

Ok sekian sahaja month summary saya yang dah jadi year summary untuk kali ini.. Berjumpa lagi pada post-post lain yang lebih menarik dan berinformasi di NizamMalek.com. =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Nizam Malek Blog. Copyright 2010 All Rights Reserved Revolution theme by Brian Gardner Ft Bloganol dot com | Distributed by Deluxe Templates

Create your free online surveys with SurveyMonkey , the world's leading questionnaire tool.