Thursday, May 26, 2011

Status 8

0 comments

Busy week..
Tasks over tasks..
I need more time for my self.. =I

Sunday, May 22, 2011

Edit gambar cara mudah di Aviary.com

1 comments

Salam, hye pembaca blog semua. Apa khabar? Hope anda dalam keadaan yang baik-baik belaka.

Adakah anda sedang mencari cara-cara mudah untuk meng-edit gambar-gambar anda sebelum diupload ke facebook, blog atau tumblr anda?

Pening dan sakit kepala bila cuba edit gambar menggunakan adobe photoshop?

Cemburu melihat gambar-gambar kawan anda kelihatan amat menarik selepas di-edit sedangkan anda tidak reti langsung nak buat seperti itu?

Ok jangan risau lagi. Untuk post kali ini, saya akan berkongsikan dengan anda satu cara yang amat mudah yang boleh anda gunakan untuk men-edit gambar anda tanpa perlu menggunakan perisian adobe photoshop, malahan cara ini adalah percuma.

Memperkenalkan~
Laman web berbentuk software khas untuk meng-edit gambar; Aviary.com!

Anda boleh layarinya melalui link http://www.aviary.com/.
Apa yang menarik berkaitan Aviary.com ini adalah, ia amat mudah. Anda hanya perlu upload file yang anda ingin edit ke Aviary.com. Kemudian anda boleh guna tools yang ada seperti sharpen, whiten, brightness, text dan macam-macam lagi.
Efek yang akan anda dapat adalah amat berkualiti dan memuaskan. Setelah selesai dan berpuas hati, anda hanya perlu klik save dan pilih download. Kemudian anda akan dapat file gambar yang baru dalam format .png.

Kini semua orang termasuk anda boleh meng-edit gambar dengan pantas dan semudah 1, 2 3 sahaja. =) Apa yang anda perlu hanyalah sambungan internet untuk membuka laman web Aviary.com ini sebelum mula meng-edit gambar.

Sekian saja untuk post kali ini. Selamat mencuba ya! =)

Review Workshop Email Marketing Power

2 comments

Hye all.. =)

Seperti yang saya janjikan dalam blog post sebelum ini, saya akan berkongsikan dengan anda berkaitan pengalaman saya menyertai satu seminar pemasaran internet yang diberi tajuk 'Workshop Email Marketing Power' yang telah dikendalikan oleh seorang internet marketer Malaysia yang tidak asing lagi, iaitu saudara Rahman Basri.

Erm, dari mana nak bermula ya?

Ok, secara ringkas, workshop ini merupakan satu workshop yang mengajar para peserta berkenaan satu teknik pemasaran internet paling berkuasa iaitu pemasaran email. Jika anda selalu mengikuti perkembangan dunia pemasaran internet, pasti anda akan pernah 'terserempak' dengan pernyataan "Money is in the list" bukan? Dan jika anda ingin tahu, kenyataan tersebut adalah merujuk kepada penggunaan email marketing sahaja.

Konsepnya mudah. Bila kita mempunyai 1000 mailing list (senarai email), kita boleh hantar email promosi untuk sesuatu produk kepada email list kita itu, jadi bayangkan betapa ramainya prospek tertumpu untuk produk jualan kita tersebut.

Katakan produk yang kita promosi itu hanya bernilai RM10 sahaja. Kemudian, katakan cuma 10% daripada mailing list kita (iaitu 100 orang) bertindak untuk membeli produk kita, kita akan dapat keuntungan jualan sebanyak RM1000 iaitu pendapatan 4 angka melalui internet dengan mudah sahaja.
Sebenarnya telah lama saya ingin mempelajari teknik sebenar email marketing ini. Bukan tidak boleh belajar sendiri. Cuma proses mengendalikan sistem ini bolehlah dianggap agak kompleks dan melibatkan sedikit aspek teknikal. Kebanyakan buku, ebook mahupun video tutorial berkenaan email marketing tidak memberi panduan langkah demi langkah yang dapat membantu kita menggunakan teknik email marketing ini dengan efektif.

Workshop Email Marketing Power tersebut telah diadakan pada 14 Mei 2011 di Inspired Partners Training Center (IPTC) Hentian 2 kajang dan disertai seramai 10 orang peserta. Bagi saya workshop 'hands on' sebegini adalah sesuai diadakan dalam kumpulan kecil sahaja supaya proses pembelajaran menjadi mudah dan selesa.
Worshop ini telah diadakan selama lebih kurang 7 jam iaitu dari 10 pagi sehingga 5 petang. Modul yang dibentangkan adalah merangkumi aspek asas dan medium sehingga ke peringkat advance yang melibatkan tips dan strategi menggunakan teknik email marketing.

Banyak perkara yang telah saya pelajari seperti:
  • kelebihan sistem autoresponder berbayar yang berkualiti
  • cara mengendalikan akaun autoresponder
  • trik mendapatkan akaun autoresponder berbayar secara percuma (yang ni paling best =))
  • cara nak setup kempen email dan broadcast
  • cara membuat squeeze page pantas untuk tujuan mengumpul mailing list
  • cara membuat report percuma dengan pantas sebagai bonus kepada para subscriber
  • cara men-upload squeeze page ke web hosting menggunakan perisian FTP
  • cara mengendalikan file-file dalam web hosting (sub domain)
  • dan banyak lagi...
Selain itu, antara aspek menarik dalam workshop kendalian saudara Rahman Basri adalah, beliau menerapkan sistem 'Accelarated Learning' di mana para peserta akan didorong untuk cuba menerangkan kembali apa sahaja ilmu yang telah dipelajari kepada peserta lain sebelum masuk ke modul seterusnya. Ini adalah salah satu teknik pembelajaran berkesan yang baik untuk para peserta dan dapat membantu para peserta memahami ilmu yang baru sahaja disampaikan.

Review berkenaan saudara Rahman Basri

Rahman Basri merupakan seorang pro internet marketer Malaysia yang telah menjana pendapatan melalui internet. Saya mula mengenali beliau melalui langganan newsletter beliau yang secara kebetulan juga, menerangkan berkaitan autoresponder. Sejak itu, banyak berita kejayaan yang saya baca berkenaan beliau daripada program-program affiliate yang telah diadakan oleh internet marketer lain.

Bagi saya, saudara Rahman Basri merupakan seorang yang amat humble dan down to earth. Beliau akan cuba sedaya upaya menerangkan semua persoalan yang diajukan oleh para peserta dan memastikan peserta dapat memahami jawapan bagi isu yang dibincangkan.

Saya pernah menyertai seminar yang diadakan oleh jutawan internet Malaysia seperti Dr Irfan Khairi. Bukan nak membandingkan, cuma apa yang boleh saya katakan, seminar Dr Irfan Khairi adalah lebih bersifat strategi dan tips yang berguna untuk semua peserta. Tapi untuk workshop Rahman Basri, beliau menekankan aspek teknikal yang menyeluruh yang membolehkan seseorang peserta itu terus mempraktikkan ilmu yang dipelajari sebaik sahaja pulang dari workshop tersebut.

Semua modul yang saya pelajari daripada workshop ini adalah amat penting dan berguna dalam proses menggunakan teknik email marketing yang akan saya lakukan dalam projek internet marketing saya yang akan datang. Kini semuanya menjadi amat jelas dan mudah bagi saya kerana ilmu email marketing telah berjaya dibongkarkan selepas menghadiri worshop tersebut.

Kini saya memiliki akaun autoresponder berkualiti dan boleh mula menggunakan teknik email marketing untuk semua produk yang ingin saya pasarkan di internet, tidak kiralah sama ada untuk produk fizikal, perkhidmatan mahu pun digital.

Selain daripada pembelajaran semasa workshop diadakan, saudara Rahman Basri telah bertindak mengadakan satu closed group di facebook yang disediakan khas untuk semua bekas peserta Workshop Email Marketing Power sebagai platform untuk mendapatkan support berkenaan email marketing.

Bagi saya, penyertaan dalam workshop tersebut adalah amat berbaloi dan memberi kesan yang amat positif dalam progres internet marketing saya. Selain ilmu yang amat bermanfaat, saya kini mula membuka ruang networking dengan mereka yang mempunyai minat yang sama dengan saya iaitu berkenaan internet marketing.
Jadi sekian saja review saya berkenaan Workshop Email Marketing Power yang telah saya sertai tersebut. Terima kasih, =).

Tuesday, May 17, 2011

Finished studying, start new life. =D

5 comments

Assalamulaikum dan salam sejahtera semua~

Apa khabar? Dah lame tak jumpa kan? hehe.. My last blog post update was on 30 April 2011. Maksudnya dah lebih kurang 17 or 18 hari gak Nizam Malek Blog ni tak disentuh. Bukan apa, start awal Mei 2011, I was on my final exam for my Bpharm course. My mum warning, no blog, no facebook, no videos.. Focus on your exam.. So ok lah.. =p
So how was the final of all final exam? Typical questions right? Ramai nak tahu macam mana rasanya menghadapi exam terakhir sekali sebelum tamat belajar. Well memang quite stress sebenarnya. Biasalah, orang dah fikir nak merdeka je, tapi kene focus exam plak. Tapi tak pelah, for the last time orang kate kan.. =p

Last exam ni mmg mencabar sangat2. Clinical pharmacy ade 2 paper, dan jam credit plak 4 for each one. Memang it was killing me lah.. Semua ada 5 paper dan yang saya paling suka adalah paper Social Pharmacy. Tak de lah senang, cuma enjoy lah time buat tu.. Harap2 result nya pun ok lah.. =p

Erh, ape lah cerita2 pasal exam ni? Dah lepas cukup lah... Sekarang masa untuk merdeka dan bergumbira.. Hurray~ Banzai!! =D Lupakan lah exam ni semua, dah lepas pun.. Jadi tunggu dan tengok je lah result keluar nanti..
Hmm, tak sangka, dah berakhir rupanya proses pembelajaran di universiti selama 4 tahun. Masih teringat kenangan pertama kali masuk CUCMS, minggu orientasi.. Kenal kawan baru.. Semuanya masih jelas teringat di sudut memori ini (ayat nak bunga plak.. =p)..

Selalu orang tanya, apa perasaan bila dah habis belajar? Sedih tak, ke happy? Maybe orang lain sedih lah, sebab nak berpisah ngan kawan2, tapi ntah lah, I did not feel it. Rasa happy more than sad. Because my main aim when coming to CUCMS is to get my degree, other things cuma sampingan saja. Jadi bila da sampai masanya tamat belajar ni, I feel really relief lah, dan tak sabar-sabar untuk venture into new phase of my life.

Tak kan tak de sedih sikit pun? =I

Huhu, ok2 lah, sedih la skit, nak tinggalkan kawan2 yang really closed and nice to me. True friends yang always support me all the time tak kira la when I achieved something great or I was deeply depressed and down. Juga kenangan bersama dengan lecturers yang sangat baik.. I will never forget that..

Banyak sebenarnya kenangan suka duka di CUCMS. I have learnt a lot of things about my self and people surrounding me. It makes me understand more about life and survival. Life can be really awesome and sometimes can be really like a nightmare. I have gone through some of them. But it's ok and most important is, I survived. =)

Nak lupakan yang tak best dan sedih2 tu..
After last paper, I went out, jalan2. Then pergi tengok movie Fast Five kat KLCC. Erm, seat kat KLCC ni kecik n sempit gak.. Rasanya seat kapal terbang Air Asia lagi luas =p. Oh ok, berbalik kepada Fast Five, movie ni memang best lah. I was like really fascinated mase watching movie tu, time diorg buat rampasan kereta api untuk keluarkan kereta sport tu memang diluar jangkaan dan thrill habis lah.
Scene movie Fast Five ni dibuat kat Brazil. Ade few scene yang diorg tunjuk pemandangan Rio De Janeiro dengan bangunan bertingkat2 dan pantai yang sangat lawa. I was thinking like, let's go have a vacation in Brazil.. huhu..

Memang sangat berpuas hati tengok movie Fast Five kat dalam panggung wayang lepas habis exam. Hilang stress exam bila dibawa ke dunia Too Fast Too Furious. Part almost ending dia pun best bila tengok 'kotak besi' diheret ke jalan menggunakan 2 kereta sport dan surprise dia memang superb. Tak tertanding la movie Transformers ngan movie Fast Five ni.. My opinion lah.. huhu.. =p
Ohya, I finished my last paper on 13 May 2011 which was on friday. Esoknya 14 Mei saya sempat menyertai satu workshop khas berkaitan teknik pemasaran emel di Inspired Partners Training Center (IPTC) Hentian 2, Kajang. Dah start cerita internet marketing la Nizam ni.. hehe.. =p
Sebenarnya, masa start tahun baru 2011, I did state in my aims about learning the art of email marketing. Because I know that email marketing is the most powerful and important technique to do internet marketing. Sebelum ni, I always read that "the money is in the list". Tapi tak pernah dapat fahami macam mana nak buat email marketing ni. Jadi bila dapat belajar ni, rasa memang sangat happy dan I know something good.

Workshop email marketing tu telah dikendalikan oleh seorang internet marketer yang dah ada nama dalam dunia internet marketing Malaysia iaitu saudara Rahman Basri. Memang seronok lah belajar dengan beliau.
Banyak yang sebenarnya I would like to share with you guys pasal workshop yang saye sertai tu. Tapi tak pe, nanti after this i will write a special review post pasal workshop tu. Jangan lupa nantikan my next post k. I will share some of what I have learnt that day. Memang sangat best. ^ ^ For me lah.. Maybe not for you ke.. hehe.. =p

By the way, kalau nak tahu pape pasal workshop tu, boleh email (mizamio87@yahoo,com) to me some of the questions, I will answer it in the review post tu nanti. Tanya la pape, pasal harga ke, kenapa email marketing ke, or pape lah k. huhu. =p

Ok kembali semula ke life after exam (tak habis2 perkataan exam ni lah.. Xp). Sekarang I'm in Putrajaya, the mission is to clear up all my stuffs yang ada. Sama ada nak buang atau bungkus bawak balik kampung.. =p

Mungkin akan stay kat sini 2 3 hari. Lepas clear semua barang. I will go back to Johor Bahru dan spend most of my time with my family. Mungkin cuti lebih kurang 2 bulan lebih before the panggilan kerajaan untuk bekerja di hospital (depending on the exam result jugak).

So apa plan cuti nanti?

Ho ho, plan memang banyak (typical Nizam Malek..).. Instead of spending time with my family, I want to do things that I like the most. I will do more writing, playing games anytime I want, or just rehat je kat rumah. Selain tu, plan nak masuk kelas gitar semula. Kalau ada bajet skit, nak beli gitar letrik. Target brand Yamaha Pacifica 112. Tapi tengok lah macam mana, tu pun kalau ada bajet. =p
And kalau ada peluang juga, ingat nak join Toastmasters. Yelah, bila dah berbulan-bulan stay kat rumah je, berkarat juga speaking skills nanti. Kalau ada medium untuk improve communication skills, Toastmasters is the most recommended. Tapi tengok gak cam mane. Kalau sesuai masa, maybe I will join.

Oklah, I think sampai sini dulu my post ni (first post in May 2011!). Thanks for visiting and reading. I really appreciate. Kalau nak comment, jangan segan2 k. =p

Ok see again in the next post!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Nizam Malek Blog. Copyright 2010 All Rights Reserved Revolution theme by Brian Gardner Ft Bloganol dot com | Distributed by Deluxe Templates

Create your free online surveys with SurveyMonkey , the world's leading questionnaire tool.