Wednesday, January 12, 2011

Research presentation & Viva forever~

4 comments

Yuhuu.. seperti yang saya inform dalam post sebelum ni, 11 dan 12 Januari 2011 yang lepas adalah tarikh keramat bagi pelajar tahun akhir farmasi CUCMS iaitu hari untuk presentation research dan viva (sebutnya vaiva ya.. =)).

Orite untuk post ni, I would like to share with all of you about my experience regarding the research presentation and viva tu.

Research presentation

For research presentation, I was put in the second group (clinical group) even though my study is more towards social based study. But it's ok, I took the challenge and presented as usual. I was the 4th speaker. I think it's good to be the speaker in early session while the examiners and audience were still fresh.

What I did before the presentation? Ok, the presentation was scheduled sharp at 9am. So I went as early as 8am and tested my slides on the projector. It's important to ensure everything was in the right order. Almaklumlah, I edited the slides by using macbook and possibly the margin would change when the file was opened in windows.

Bila da pasti semue aspek teknikal berkaitan slides dah ok, saya pun walk around, ambik nafas dan tenang kan diri. I did sms my parents and informed that I was going to present my research project that morning. Then my dad called and gave some tips regarding the best way to make oral presentation. That's the best encouragement and motivation for me.

Then, time arrived for the presentation. Previously I got an idea to put the picture of mine, supervisor, and co-supervisor in the first slide as introduction. The audience laughed and It was funny, but I regard that as an 'ice-breaking' session with the audience. Personally, I think it works.. =p

I had 25 slides and I had to finish the presentation within 7 minutes. For me, I did not feel nervous when it came to talking in front of people. The soft skills that I used during the presentation were voice projection, eye contact and minimizing the body movement. Thanks for the last night preparation and I managed to make it, just nice before the 2nd bell rang.

Nak tahu how did i prepare my self? Senang je, just duduk depan laptop, set the time, talk and visualize that i was presenting the slides in front of the audience. I visualized it clearly, frequently and in long time of period. Mula-mula memang gagap2 dan finished the slides in 12 minutes. Tapi bila da ulang banyak kali, ia jadi lancar dan dapat set sehingga 7 minit sahaja. Sangat interesting praktis sendiri cam tu. Tapi rumate tengok pelik je lah kan.. (rumate saya name Ilyas).. =p

Orite after finishing the 7 minutes presentation. The session was opened for Questions and Answers. I got questions from Mr Ather, Madam Ryzah (my mentor =)) and also Prof Ros. The questions were related to my presentation and I managed to respond accordingly. Hope jawapan saya tu diterimalah =p.

3 kali loceng berbunyi dan tamatlah 10 minit research presentation tu. Rasa amat lega yang semuanya dah selesai. Jadi badan pun rasa ringan skit lah. =)

Research Viva

Ok my research viva was scheduled on 12 Januari 2011 at 12pm. Research viva ni dikendalikan begini. Bila tiba masanya, student akan dipanggil masuk ke bilik viva. Dalam bilik viva tu ada 3 orang, iaitu our research supervior as the moderator, 1 internal examiner dan 1 examiner. For my viva, the moderator was my co-supervisor, Madam Aslinda Jamil, while the internal examiner was Dr Hamid and the external examiner was Ms Lee Yee Lan, a community pharmacist from Malacca.

After warm greeting, moderator would firstly introduce the student and the examiners. Then the moderator would read the instruction on how the viva session would be conducted so that the students and examiners understand the flow.

For the first 5 minutes, student was given the chance to briefly explain the basic idea of the research project. So student kena la sembang sorang-sorang, apa sahaja berkaitan research project yang telah dilakukan. Basically same je macam research presentation sebelum ni, tapi cuma bezanya, ia dilakukan tanpa bantuan slides.

Student boleh lah cakap pasal title, objectives, methodology, result dan conclusion secara ringkas dan padat. Student kena guna peluang ini untuk tunjukkan yang student faham berkaitan research project yang dilakukan secara keseluruhan.

Selepas dah selesai buat 5 minute presentation, examiners akan diberi peluang untuk bertanya apa sahaja soalan berkaitan research project tersebut kepada pelajar. So di sini, student mestilah mendengar dengan jelas soalan yang dikemukan dan dengan secepatnya berfikir untuk memberi jawapan yang paling bernas dan lojik.

Mungkin ada sebahagian daripada kawan-kawan yang mengatakan research viva adalah medan untuk ditembak di mana examiners akan mencari apa sahaja kesalahan yang mungkin wujud di dalam research write up kita. Tetapi kalau boleh, jangan berfikiran negatif dengan menganggap examiners cuba untuk menggagalkan kita.

Sebaliknya, tukar kepada pemikiran yang positif bahawa examiners tidak memahami sesuatu bahagian di dalam research write up kita dan minta penjelasan. Jadi cubalah sedaya upaya untuk memberi penjelasan yang wajar dan membantu examiners untuk memahami research write up kita.

My external examiners ada juga tanya soalan-soalan yang 'kaw' berkaitan methodology research saya. Tapi alhamdulillah semuanya dapat dijawab sebab kebanyakkannya research saya disokong secara statistik oleh journal dan research terdahulu. Thanks to my supervisor yang telah 'menurunkan' pengalamannya berkaitan supporting journal di dalam research write up. I hope my answers have satisfied the examiners and they were willing to accept the rational of every limitation in my research project.

Selepas tamatnya viva tersebut, research write up daripada examiners akan diserahkan semula kepada student untuk proses pembetulan sebelum ianya dihantar kepada fakulti dalam format yang finalized dalam tempoh 2 minggu selepas viva.

Alhamdullilah semuanya kini telah berakhir dan bolehlah berehat sikit setelah kuat bekerja sepanjang proses menyiapkan research project ni. For me, I have given my everything for this research project dan sanggup berkorban banyak benda untuk memastikan research project ini dihasilkan dalam kualiti yang terbaik.

Sudah semestinya ucapan terima kasih kepada semua yang membantu dan sokongan kalian selama ini amat dihargai. Saya akan terus updatekan berkaitan research project ini sehingga ke akhirnya dan saya harapkan anda semua dapat mendoakan kejayaan yang cemerlang pada keputusan akhir research project saya dan kawan-kawan yang lain. Terima kasih. =)

To make it more memorable, let's enjoy Viva Forever by Spice Girls. Special for you guys. =)


Sunday, January 9, 2011

Cuti semester dah berakhir...

0 comments

Sila baca tajuk di atas dengan nada sedih.. =p


Hmm, berakhir juga akhirnya cuti semester selama sebulan.

For me, cuti kali ni agak menarik dan bermakna. Macam-macam aktiviti boleh dibuat dengan family selain dapat berehat dengan tenang di rumah. Bercuti sememangnya satu terapi yang sihat selepas penat bekerja keras sepanjang semester yang lepas.

Almaklum semester lepas memang sangat sibuk terutamanya sebab clinical attachment dan juga research project. Stress sangat dan tiada 'prime time' untuk balik ke JB. Bila dapat cuti macam ni memang rasa heaven sesangat.. =)

Mostly during the holidays period, I spent most of my times with my family. Biasalah masing-masing sibuk. So bila dapat berkumpul, had some talks dan jalan-jalan sesama memang seronok lah kan.

Selain tu, I grabbed the golden opportunities untuk banyakkan membaca berkaitan perniagaan dan pemasaran internet. Beberapa buku dan majalah menarik yang saya beli dan rasa sangat best bila dapat baca dengan tenang tanpa sebarang gangguan.

Dan awal tahun 2011 ni, I managed to launch my new internet marketing blog at Strategi Internet.com. Hopefully I can gain more success in terms of internet marketing in this new year of 2011.

Tapi ye juga, cukup-cukuplah cuti sebulan. Mari kembali ke sekolah dan selesaikan misi terakhir sebelum keluar dari CUCMS sebagai seorang ahli farmasi yang bertauliah.

Esok, 10 Januari 2011, akan bermula semester ke 8 a.k.a semester terakhir for me. Minggu pertama dimulakan dengan perkara utama yang akan men'cemas'kan pelajar tahun akhir farmasi CUCMS, iaitu research presentation dan viva.

Tarikhnya:
  • Research presentation: 11 Januari 2011
  • Viva with internal and external examiner: 12&13 Januari 2011
Setelah bercuti sebulan, hampir tumpul juga skil presentation. Cuma harapnya semua akan berjalan dengan lancar. Doakan kami semua dapat lakukan dengan cemerlang k.

Ohya, akhir-akhir ini terbaca juga berita berkenaan kontroversi yang melanda fakulti perubatan CUCMS di Utusan Online. Setakat ini kurang pasti apa masalah sebenar secara terperinci, tapi harapnya semua dapat diselesaikan dengan baik dan tidak menindas sesiapa. Harap sesiapa yang terlibat dapat bersabar dengan dugaan ini. Mungkin ada sesuatu hikmah yang perlu diambil iktibar dan pengajaran di sebalik apa yang berlaku.

Oklah sampai sini dulu post kali ini, dan selamat berjumpa di semester terakhir!

Sunday, January 2, 2011

More than words song request

2 comments

29 Disember 2010 yang lepas, saya ada menerima satu request daripada seorang anonymous yang meminta saya mainkan lagu bertajuk "More than words".

Lagu ni kira lagu klasik lah. Saya tak pernah try main pun lagu ni. Tapi sebab anonymous dah siap kasi link tutorial dan amat berharap saya dapat mainkan lagu ni untuk dia, saya pun cubalah berlatih mana yang boleh ikut tutorial dalam link youtube tu.


Chord dia memang agak senang, iaitu hanya berlegar sekitar 3 fret pertama. Tapi yang mencabarnya part plucking, strumming dan tempo nya.

Jadi untuk memenuhi permintaan anonymous, saya dah siapkan 2 video khas lagu More than words tu.

Video pertama ni saya buat style plucking sendiri. Sebab nak ikut tutorial tu punya susah, sampai ada rasa malas or give up dah =p. Plucking style sendiri ni cara plucking biasa yang saya guna untuk main gitar.


Minit ke 0.24 tu bunyi notification blackberry ya.. Bukan bunyi effect gitar.. =p

Untuk video ke 2 pula, saya try betul-betul untuk ikut video tutorial tu. Berpeluh-peluh jugaklah jari nak tahan beberapa puluh saat tu.. Almaklum masih status amateur.. =p..


Rasanya kualiti 2-2 video ni boleh kate agak 'sampah' lah dan sorry juga kualiti bunyi yang cam tak best. Tapi harap dapatlah memenuhi permintaan anonymous. Hehehe.. Pilihlah yang mana suka antara 2 video ni.. =D

Main part intro je? Haah, nanti saya dah terer tahap pro baru boleh mainkan full song k! =)

P/S: anonymous, kalau suka klik 'like' ya! =p. Kalau tak suka lain kali saya buat yang baru, lagi best. Tapi tak tahu bila lah.. =D

Friday, December 31, 2010

2010 ke 2011. Salam Tahun Baru!

0 comments

Tinggal beberapa minit sahaja lagi sebelum kita melepasi sempadan waktu yang memisahkan antara tahun 2010 dan tahun baru 2011.

Hmm, pantas sungguh masa berlalu, kini kita berada di hari terakhir tahun 2010. Bagi saya, tahun 2010 merupakan tahun yang amat menarik dan banyak pencapaian peribadi yang telah saya capai, Alhamdulillah.

Antara kenangan manis yang tak akan saya lupakan sepanjang tahun 2010 adalah mendapat peluang ke Melbourne, Australia pada akhir Mei lalu untuk pembentangan final year research project bagi kategori poster presentation. Peluang yang julung-julung kali muncul tersebut berjaya diselesaikan dengan jayanya. Pengalaman di negara 'sejuk' tersebut akan sentiasa diingati dan menjadi motivasi peribadi untuk diri sendiri dan mungkin juga kepada anda yang membaca.

Selain itu, tahun 2010 juga merupakan tahun di mana perniagaan internet saya berkembang dengan baik walaupun ianya dilakukan secara part time dan 'underground'. Banyak pengalaman yang saya perolehi sepanjang menjalankan perniagaan di internet bermula dengan menjual produk fizikal seperti t-shirt sehinggalah ke produk perkhidmatan seperti design banner dan pengiklanan. Untuk tahun 2011, saya berhajat untuk menceburi bidang infopreneur yang merupakan salah satu cabang produk yang paling laris di internet.

Tahun 2010 juga merupakan tahun yang menggembirakan saya pabila berpeluang untuk bertemu dengan idola perniagaan internet, Dr Irfan Khairi secara live dan belajar dengannya. Saya duduk paling depan time tu, =). Belajar dengan Dr Irfan Khairi juga merupakan batu loncatan bagi saya dalam proses meningkatkan kualiti dan progres perniagaan internet saya. Semuanya bermula dengan langkah pertama yang kecil dan kini saya mengorak perlahan-lahan mengejar sesuatu yang saya amat minati.

Untuk Nizam Malek Blog, ada juga kekecewaan sebenarnya. Pertamanya, saya tak berjaya nak buat blog post untuk month summary setiap bulan. Tak tersempat dan ianya berakhir sebegitu saja. Month summary ni sebenarnya idea yang bagus. Ia umpama diari yang akan recall semula aktiviti sepanjang bulan dan dapatlah digunakan untuk reflect diri sendiri. Hmm, mungkin terlalu sibuk sehingga tak dapat nak tulis month summary dengan efektif setiap bulan. Tapi takpe, perkara tu akan diusahakan semula dalam 2011 ni, insyaAllah.

Selain tu, seperti yang saya beritahu dulu, ada 3 tabs tambahan di bawah main header Nizam Malek Blog iaitu tab "Business", "Motivation" dan "Pharmacy". Nampaknya sehingga post ini ditulis, satu post pun tak dapat saya hasilkan untuk salah satu daripada ketiga-tiga tabs tersebut. Sebenarnya saya amat-amat mahu menulis berkaitan ketiga-tiga post tersebut. Tapi mungkin sekali lagi kerana kekangan masa, ia masih belum terhasil. Saya tak bercadang untuk remove tabs tersebut dan sentiasa berharap akan tiba ruang untuk menulis berkaitan 3 topik tersebut. Jika anda mempunyai soalan berkaitan topik-topik tersebut, jangan segan untuk tanyakan kepada saya k. Kadang-kadang lebih senang jika ada soalan berbanding mencari idea untuk menulis. Sekurang-kurangnya penulisan saya lebih tertumpu kepada persoalan-persoalan yang bermain di pemikiran anda.

Ok, cukup sudah cerita tahun 2010. Mari fokus kepada 2011. Bagi saya sendiri, tahun 2011 akan menjadi tahun yang amat penting. InsyaAllah jika tiada aral melintang dan harapnya semua berjalan lancar, saya akan menamatkan pengajian di CUCMS dalam bidang 'Bachelor of Pharmacy' pada akhir Mei 2011 ini. Pasti seronok dapat merasai nikmat tamatnya tempoh belajar dan bermula pula kehidupan baru di dunia pekerjaan. Walaupun semua itu sentiasa dinantikan, namun kenangan di CUCMS akan sentiasa diabadikan kerana di CUCMS lah saya lebih mengenal nilai diri sendiri dan berpeluang menerima pendidikan bertaraf profesional.

2011 juga akan menjadi medan terbesar saya untuk terus meneroka dunia perniagaan internet terutamanya email marketing. Jika saya berjaya menguasai teknik email marketing dan pembinaan mailing list sepanjang 2011 ini, ia akan menjadi antara pencapaian terbesar saya. Huhu, mungkin ada yang kurang memahami maksud perniagaan internet ataupun email marketing sekarang, tapi tak apa, jika anda selalu follow Nizam Malek Blog, anda akan tahu banyak berkenaannya satu hari nanti. =D

Oklah, sampai sini dulu. Selamat tinggal 2010. 2011, here I come!!
Selamat tahun baru 2011 kepada anda semua!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Nizam Malek Blog. Copyright 2010 All Rights Reserved Revolution theme by Brian Gardner Ft Bloganol dot com | Distributed by Deluxe Templates

Create your free online surveys with SurveyMonkey , the world's leading questionnaire tool.