Assalamulaikum dan Salam Hormat.
Apa khabar, dah lama nampaknya tidak ketemu di sini.
Hari ni hari Jumaat.
Johor cuti hari ni, jadi saya pun dapatlah berehat dari kerja-kerja di pejabat.
Alhamdulillah, cuti memang best.
Tak kesah lah cuti hari apa, asalkan cuti, memang best. =)
Ok dalam post kali ini, saya nak share sikit beberapa tips berkenaan cara-cara membina pengaruh atau kredibiliti melalui penulisan.
Yup melalui penulisan.
Tidak kiralah kita menulis di Facebook, Blog atau di mana-mana sahaja, bagaimana caranya nak buat apa yang kita tulis itu sentiasa diikuti dan dikagumi.
Mungkin boleh saya berkongsi dengan anda sedikit sebanyak pengalaman saya menulis di blog dan Facebook sejak 2009, lebih kurang 5 tahun dah.
Fuh cepat masa berlalu.
Ok ini antara tipsnya:
1. Kongsikan pengalaman anda sendiri.
Zaman ini adalah zaman IT (Information Technologi). Maklumat mudah diperolehi semudah menaip di papan keyboard laptop dan juga smartphone. Oleh itu berita dan teks menjadi perkara yang tidak gempak kerana semua orang boleh mendapatkannya di mana-mana.
Tapi kalau anda berkongsikan pengalaman anda sendiri, ia menjadi informasi yang mahal. Apa sahaja yang anda lalui dalam hidup, cerita itu menjadi mahal apabila dikongsikan kerana orang mahu mengetahuinya.
Ramai orang yang hebat bercakap di hadapan khalayak sebenarnya bukan bercakap tentang perkara yang terlalu hebat, tapi mereka berkongsi cerita pengalaman mereka atau pengalaman orang lain yang boleh menjadi panduan untuk orang lain.
Sebagai contoh, kalau anda melancong ke luar negara seperti Jepun, kongsikan pengalaman dan perasaan yang anda lalui ketika berada di sana melalui kaca mata anda.
Itulah cerita yang tiada di mana-mana, yang hanya ada pada anda. Dan itulah perkara yang orang suka baca dan ia akan meningkatkan kredibiliti anda serta kepercayaan orang lain terhadap anda.
2. Kongsikan kepakaran anda secara percuma.
Ramai orang ada kemahiran tertentu yang hebat dan boleh dijual dalam bentuk produk informasi seperti ebook. Tetapi masalahnya ramai tidak mahu berkongsi sedikitpun info berkenaan kepakaran tersebut secara percuma terlebih dahulu dan terus mahu jual ebook tersebut pada harga mahal. Akhirnya tiada orang yang akan beli.
Sebenarnya begini, kita perlu kongsikan dulu apa yang ada pada kita secara percuma. Tulis berkenaan kepakaran kita sikit demi sedikit di wall Facebook mahupun blog secara percuma.
Kita tidak akan rugi kerana informasi sebenarnya tidak pernah habis.
Malah bila kita telah berjaya siapkan pakej ebook yang lengkap berkongsikan kepakaran kita, ia akan menjadi produk informasi panas yang amat dinanti-nantikan.
3. Jangan terlalu keras mengutuk pihak tertentu.
Katakan kita tidak suka dengan parti politik tertentu. Jangan gunakan penulisan sebagai medan untuk mengutuk parti politik tersebut sekeras-kerasnya apatah lagi tanpa fakta yang konkrit.
Ramai, ramai tokoh-tokoh hebat dalam bidang tertentu saya lihat akhirnya tenggelam kerana sikap seperti ini.
Kalau tak suka kerajaan, kutuk gila-gila.
Dan kalau tak suka pembangkang, pun dikutuknya gila-gila.
Perkataan dan ayat digunakan pun tidak melambangkan ketamdunan.
Akhirnya kredibiliti yang dibina cepat hancur lebur.
Oleh yang demikian, berhati-hatilah dalam memberikan pendapat.
Boleh berikan pendapat, tapi jangan lebih-lebih sangat. =)
Ok sampai sini dulu perkongsian kali ini,
Semoga bermanfaat.
-Nizam Malek
Friday, October 24, 2014
Tips Bagaimana Membina Pengaruh Melalui Penulisan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comments:
Thanks for sharing. Sangat bermanfaat.
Post a Comment