Tapi baguslah sesape yang join, selain dapat sihatkan tubuh badan, dapatlah juga peluang merebut hadiah dan points untuk rumah sukan masing2.
Sebab nak avoid jogathon, aku sampai ke stadium agak lewat, dalam pukul 9 lebih (sembang.. bangun lewat cakap je lah.. =p). Sampai je ramai yang masih berjog (berjog? =p).. So aku yang bosan pun pusing2 la stadium.
First skali terserempak dengan booth Pharm 0910. Booth yang dibina khas untuk menjana wang bagi membiayai pre-grad dinner 2011 pharmacy students. Antara makanan dan minuman yang dijual ialah nugget sedap, sandwich segar, air Green SunQ (bukan SpaQ ya.. =p), dan air asam ‘boy’ (hanya utk lelaki.. heheh).
Then aku pun jalan-jalan ke gelanggang volley ball. Peserta lelaki dan perempuan rumah sukan yang dapat masuk final sedang buat last preparation. Utk kategori lelaki, rumah merah vs rumah kuning dan utk kategori perempuan, rumah hijau vs rumah kuning.
Ramai my friends yang main volley ball. Nizam tak main ke? Tak, tangan tak berape nak bedong.. dan mata ni selalu tertutup rapat bila bola datang.. kira fail lah.. =p
Kemudian jalan2 ke padang bola sepak. Tengok rumah kuning vs rumah merah for the final. Diorang main biasa je (jangan pukul aku..), tapi yang menarik perhatian adalah pengulas permainan.
Dok asyik buat lawak je.. lepak plak ngan raja lawak chitham, mmg rasa nak gelak guling2 lah.. =p. Anyhow, kalau tak silap rumah merah menang 1-0. Tahniah.
Lepas dah habis final bola sepak dan volley ball, program dilanjutkan ke aktiviti sukaneka, telematch di hujung stadium.
Antara permainan yang diadakan adalah seperti galah panjang, lari dalam guni + bawa bola pingpong guna sudu pakai mulut (panjang nye name game) dan meniup tepung.
Aku pun excitedlah nak main galah panjang lawan rumah hijau. Luckily rumah kuning tak cukup orang. So I chipped in walaupun I wore baju warna biru. Perhatian, saya adalah orang rumah kuning ya, just tak de baju warna kuning je, heheh..
Seperti tahun lepas, I was running very fast utk pass sampai ke akhir garisan dan berlari semula ke garisan mula.
It was fine along the way, tapi last line guarder sangat bijak, dia sergah buat aku terkejut n jatuh tergelincir, habis ak kene engulf.. sob2..
Ni semua salah kasut yang tak cukup grip dan keadaan padang yang tak rata dan licin (alasan tipikal bila kalah.. =p). Team kuning for galah panjang pun kalah.. ish2..
Below are the pictures taken time I was playing the galah panjang. Credit pictures to Farrahin Sazale, 1st year mbbs. Thanks, I like! =) I know your DSLR is better than mine. (^_^)
Dua gambar kecik di atas ni adalah gambar time aku buat aksi akrobatik. Kenangan khas untuk zaman undergrad. =p
Time main telematch tu lebih kurang pukul 12 tengah hari. Habis lah kulit muka aku yang fair and lovely ni dah jadi merah2 n tan (gelap).
Biasanya nak cerah kan kulit takes months, tapi kalau nak jadi gelap ambik few seconds je bila berjemur bawah matahari terik. Tapi tak pe, muka gelap skit kira macholah kan.. uhuk2... =p
So lepas habis telematch tu, aku pun nak balik dah lah coz ramai close friends dah angkat kaki. Tak tunggu pun tamat majlis pemberian hadiah kepada pemenang sebab aku tak menang pape pun, and rumah kuning kalah teruk tahun ni.
Tapi tak pe, for those yang menang, I would say congratulation, korang memang lebih layak menang. For rumah kuning, jangan sedih, tahun depan masih ada, so cuba perbaiki kelemahan yang ada tahun ni k.
As this will be my last year for CUCMS Sports Carnival as a student, I would encourage the juniors to participate in this healthy program for the incoming years. Tak kan lah kerja nak study je kan, ada masa kena main2 gak. Barulah campus life anda balance.
Ohya I have uploaded almost all the pictures that I have in my facebook. Kalau nak tgk boleh go to this link: CUCMS Sports Carnival 2011. For the last time you can see on the field.. =p tapi kena jadi my friend dulu lah baru boleh tengok k. =)
Ok sampai sini dulu, majulah sukan untuk kesihatan yang lebih baik!
0 comments:
Post a Comment