Saturday, January 2, 2010

Demam Akademi Fantasia Bermula

0 comments


Malam semalam saya terlihat iklan di Astro yang menghebahkan bahawa Akademi Fantasia (AF) akan bermula tidak lama lagi. AF telah menjadi acara tahunan yang cukup popular dan mungkin kerana AF juga jualan untuk piring Astro meningkat berlipat kali ganda; sejak 4 5 tahun yang lalu. Fenomena AF adalah amat luar biasa dan telah diperdebatkan kesan baik dan buruknya. Tapi saya tak berminat nak cakap pasal isu itu.

Apa yang saya tahu daripada iklan tersebut, sesi ujibakat akan diadakan di:
  • Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur (9 dan 10 Jan)
  • The Zon, Johor Bahru (16 dan 17 Jan)
  • Redbox, Plaza Gurney, Penang (16 dan 17 Jan)
  • Hotel Promenade, Kota Kinabalu (22-24 Jan)
  • Hotel Merdeka Paca, Kuching (23 dan 24 Jan)
  • dan balik semula ke Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada 30 dan 31 Jan.
Ujibakat ini terbuka kepada warga Malaysia dan Singapura berumur 18 hingga 45 tahun.

Lagu-lagu pilihan untuk peserta lelaki ialah:
  • Situasi (Bunkface)
  • Hujan (Sudirman)
  • Ada Untukmu (Nubhan)
  • Berdendang Dalam Tangisan (Jamal Abdillah)
  • Fikirlah (Aizat)
  • I'm Yours (Jason Mraz)
Lagu-lagu pilihan untuk peserta wanita pulak ialah:
  • Gagap (Stacy)
  • Jika Kau Ubah Fikiran (Mila)
  • Tak Mungkin Kerna Sayang (Alyah)
  • Dan Sebenarnya (Yuna)
  • Di Taman Teman (Siti Nurhaliza)
  • When You're Gone (Avril Lavigne)
Nampaknya mesti ramai yang dah mula 'berpantang' makan dan minum demi menjaga suara untuk menyertai ujibakat yang akan diadakan nanti. Almaklum, beribu-ribu orang nak try jadi penyanyi lah katakan. =P

P/S : Nak download lagu Hujan Sudirman lah.. Mane tahu ade bakat menyanyi.. ahaks..

Saya bukanlah peminat setia atau penyokong AF, tapi jujurnya, tengoklah jugak masa AF1, AF2 dan AF3 dulu. AF yang lain tu kurang tengok sebab sibuk dengan study dan kerja. Lagipun makin lama dah makin tak best sangat je macam. =P Peserta AF yang bagi saya sedap menyanyi, ada bakat dan pakej komersial ialah Mawi, Adam, Aizat dan Kaer.

Mungkin ramai juga yang menentang konsep AF atas bermacam-macam pendapat. Tapi bagi saya AF sekadar hiburan pada waktu lapang dan bosan. Ada Ok, tak ada pun masih Ok. Selain itu, saya suka memerhatikan kelebihan AF dari segi selain hiburan.

Keseorangan berdiri di atas pentas dan berdepan dengan jutaan mata dari dalam studio dan di rumah, keyakinan dalaman seseorang akan dapat dibentuk dengan secara tidak langsung. Teringat kenangan ketika bersyarah, berdebat dan public speaking ketika di pentas sekolah dulu.

Sebagai seseorang yang punya minat dalam business dan marketing, saya suka memerhatikan strategi astro 'memancing' emosi penonton untuk terus melekat dengan siaran mereka. Strategi-strategi tersebut dapat saya perhatikan dalam iklan, hiasan pentas dan isi AF itu sendiri. Jika kita lihat secara positif, banyak benda yang kita boleh belajar daripada penganjuran Akademi Fantasia. Bermula dengan nama yang kecil menjadi satu nama yang gah dalam masa yang singkat
Rumours yang kedengaran ialah Norman KRU, 37 akan dipilih sebagai Pengetua AF8, menjadikannya sebagai pengetua termuda sejak permulaan akademi fantasia. Jika betul, rasanya memang sesuailah.

Saya memang mengkagumi Norman dan KRU atas idea bernas mereka dalam bidang seni muzik dan perfileman. Komitmen dan disiplin kerja mereka sepanjang lebih 15 tahun memang terbukti dan wajar dicontohi.

P/S : Siapa juara AF8? Jawapannya saya lah~ heheh..

Nikmat urusan dakwah

2 comments

Saya masih ingat lagi ketika menjawab soalan-soalan exam untuk paper Pendidikan Islam ketika sebelum SPM dulu. Antara skrip jawapan yang popular ialah, "para ulama' hendaklah turun padang memainkan peranan untuk membendung masalah gejala sosial di kalangan remaja dan belia".

Tahun-tahun berlalu, tiada apa yang berlaku. Para ulama' dan pegawai agama dilihat sekadar banyak berceramah dan memberi nasihat tanpa apa-apa tindakan dakwah yang jitu dalam menyelesaikan masalah kronik ini.
Pada 31 Disember 2009 yang lepas, mantan Mufti Perlis, Dr Asri Zainal Abidin telah mengambil langkah yang murni dan bertepatan dengan gesaan orang ramai untuk mengawal tingkah laku muda-mudi ketika menyambut tahun baru.

Operasi tersebut dinamakan Ops Dakwah Tahun Baru 2010. Operasi ini telah dirancang dengan baik dan berjalan serentak di Seberang Perai, Pulau Pinang dan KLCC, Kuala Lumpur.

Program ini telah mendapat sokongan dengan penglibatan 80 orang aktivitis dakwah. Antara aktiviti yang dilakukan ialah menyebarkan risalah yang diadaptasi daripada tulisan Dr Asri bertajuk; "Jalan Pulang ke Pangkuan Tuhan Terlalu luas".

Tindakan sebegini memang wajar dan telah lama dinanti-nantikan. Sebelum ini, Dr Asri menyatakan bahawa pegawai agama dan pendakwah perlu lebih agresif dengan ke pusat-pusat hiburan untuk menyedarkan orang awam agar tidak terus terjerumus dengan hiburan yang melampaui batas.
Pendapat Dr Asri ini telah dipandang sinis oleh sebahagian orang dan pernah dikritik oleh mufti dari negeri lain. Saya sendiri pada mulanya tidak pasti bagaimana keadaannya apabila orang agama menyebarkan dakwah di tempat-tempat orang berhibur.

Namun, dengan perancangan yang menyeluruh dan pembawakan yang tidak menyakitkan mata atau membingitkan telinga menyedarkan orang awam, saya pasti program dakwah sebegini akan disambut baik oleh rakyat Malaysia.
Janganlah kita cuma pandai mengkritik pendapat orang lain tanpa memberi peluang kepada mereka merealisasikan idea mereka itu. Nampaknya, operasi ini merupakan permulaan yang baik bagi team Minda Tajdid dalam program dakwah 2010.

Usaha ke arah maaruf dan nahi mungkar seperti ini perlu diteruskan dan disokong pelbagai pihak demi harapan agama Islam di Malaysia pada masa depan.

Saya sebagai pelajar IPTS rasa teringin pula join ops dakwah seperti ini. Mungkin satu hari nanti.. InsyaAllah..

Thursday, December 31, 2009

Selamat Tahun Baru 2010!

0 comments


Tinggal beberapa jam lagi before kita semua menyambut tahun baru 2010. Mesti ramai kawan-kawan tengah prepare nak kluar g sambut tahun baru, tapi aku hanya di sini, tersenyum menulis blog untuk post ni. =)
So, amacam 2009, ok? Setahun berlalu, 356 hari dalam 2009, banyak perkara dah berlaku. Ada yang baik, ada yang buruk. Bagi aku, 2009 merupakan tahun yang best!
Masih ingat lagi ketika bersiap sedia menyambut 2009 bersama keluarga di rumah. Alhamdulillah, kami semua masih bersama.

Salah satu perkara yang menggembirakan juga, ada beberapa matlamat tahun 2009 aku yang telah berjaya ditunaikan sebelum datelinenya.
Selalunya orang akan tanya, ape azam tahun baru anda? Sampai orang dah meluat mendengar perkataan azam. Mgkn mereka beranggapan azam akan dilupakan selepas tarikh tertulis 2 atau 3 januari. Hmm, benar juga. Perkataan azam tu kurang memberangsangkan.
Jadi, secara peribadi, saya tukar dengan 'matlamat' tahun baru. Dengan menggunakan perkataan matlamat, sasaran akan lebih jelas. Buktinya, matlamat 2009 saya telah berjaya diselesaikan. Rasa puas hati skit. =)

2010, nombor yang cantik juga.

Aku kini semakin positif selepas tahun-tahun yang lepas suram dengan masalah yang membelenggu.

Lupakan saja kesakitan dan kesedihan lama. Saya ingin kembali bangkit mengejar impian. Apakah matlamat 2010? Sudah pastinya saya ada matlamat. Secara ringkasnya, pastilah nak melakukan yang lebih baik drpd 2009. Perkara yang paling penting yang ingin diperbaiki ialah pengurusan masa. Jika masa yang ada dapat digunakan dengan sebaiknya, sudah pasti lebih banyak kejayaan akan dapat digapai.

Dari segi ekonomi, Alhamdulillah, walaupun keadaan global masih belum lagi stabil, tapi Malaysia masih dalam keadaan baik dan ke arah yang positif. InsyaAllah rezeki akan sentiasa ada di mana-mana. Cuma kita perlu berusaha mencarinya. Think Big guys!!

Selain itu, semoga negara Malaysia terus makmur dan selamat drpd segala ancaman luar dan dalam. Remaja dan belia perlu bangkit memperjuangkan kesejahteraan negara tercinta kita ini.
Berdoalah sentiasa pada Tuhan, moga kita semua diberkati dan mendapat rahmat pada tahun baru 2010.

Selamat Tahun Baru semua!! =)

Wednesday, December 30, 2009

Kuasa Iklan

1 comments

Iklan TV merupakan satu medium utama untuk memperkenalkan produk. Bagi memperkukuhkan populariti dan meningkatkan keuntungan perniagaan, mutu serta mesej yang tepat dalam iklan adalah sangat penting bagi sesebuah syarikat. Iklan yang berkesan secara tidak langsung akan menarik minat pembeli dan sekaligus meninggalkan tawaran produk daripada syarikat saingan.

Sebelum ini, sudah tentu ramai yang tersenyum melihat iklan Digi dengan maskot kuning nya. Digi menggunakan teknik kepelbagaian dalam pengiklanan dengan harapan ia dapat meningkatkan kebarangkalian orang ramai untuk beralih kepada Digi.
Selain tawaran harga komunikasi yang lebih murah, iklan Digi yang banyak adalah penyumbang utama kenapa orang ramai mula terpengaruh untuk membeli sim pack Digi. Walaubagaimanapun, bagi saya, iklan Digi gagal untuk menyerlahkan kelebihan Digi serta menarik minat pengguna. Iklan Digi sekadar mengingatkan orang ramai tentang kewujudan maskot kuning mereka yang 'bekerja keras' dan juga lagu tema "Bersamamu"~ Itu saja..

Lupakan sebentar iklan Digi tu.
Masa terus berlalu dan broadband P1 W1max mula menembusi pasaran internet Malaysia. Dengan bertimbun komplain dan rungutan pengguna terhadap tahap kualiti internet drpd streamyx, idea membawa masuk P1 W1max adalah tepat pada masa dan merupakan strategi business yang baik. Dengan menawarkan harapan speed internet yang jauh lebih pantas, pastinya P1 W1max akan menjadi rebutan para pengguna internet yang dahagakan speed sepantas kilat.

Setelah beberapa bulan mendapat sambutan pengguna, P1 W1max mengorak langkah, mencuba untuk menyingkirkan Streamyx dari arena khidmat internet di Malaysia dengan menggunakan pengaruh iklan TV. Sekali lagi P1 W1max telah melakukan strategi yang betul. Maka terhasillah iklan 'potong'. Idea utamanya ialah untuk mengajak pengguna internet untuk meninggalkan Streamyx dan beralih sepenuhnya kepada P1 W1max.
Namun, nampaknya idea 'potong' telah memakan diri. Setelah didebatkan atas alasan iklan berunsur '18 tahun ke atas', iklan tersebut tidak lagi menjadi senjata tajam P1 W1max untuk mengalahkan Streamyx. Ada pengguna yang sibuk mendebatkan isu 'potong' dan tidak kurang juga yang lupa akan mesej utama iklan tersebut. Secara dasarnya, iklan 'potong' itu juga dikira gagal. Walaupun kesannya kurang ketara, mentaliti pengguna masih tegar mengatakan P1 W1max tetap lebih baik daripada Streamyx.
Kini Streamyx tampil mempertahankan imej yang bagai dipijak2. Dengan idea yang segar dan bermesej jelas, saya rasa iklan kali ini akan berjaya mengembalikan kepercayaan pengguna pada Streamyx. Pasti ramai yang sudah menonton iklan terbaru Streamyx yang menunjukkan kepayahan seorang pengguna mendapatkan line internet dari sebuah kotak hitam. Walaupun tanpa logo dan nama P1 W1max, pengguna pastinya maklum; kotak hitam itu menggambarkan apa.

Idea bijak designer iklan Streamyx ini memang patut dipuji!

Kenapa? Pertama, iklan ini secara terang-terangnya menunjukkan masalah yang dihadapi pengguna P1 W1max untuk mendapatkan line. Membawa laptop dan modem hingga ke luar tingkap sememangnya melucukan, tapi itu lah yang terjadi kepada kebanyakkan pengguna P1 W1max. Ketepatan isu yg ditonjolkan memang dapat membuka minda pengguna.
Kedua, iklan ini menawarkan penyelesaian kepada masalah yang dihadapi pengguna P1 W1max. Line Streamyx penuh yang ditunjukkan akan menarik minat pengguna. Line yang baik sentiasa menjadi keutamaan pengguna.

Ketiga, aksi kotak hitam itu dibuang ke dalam tong sampah juga merupakan satu mesej yang kuat. Di sini, pengguna diajar dengan jelas untuk melupakan terus P1 W1max; ibarat sampah.

Keempat, warna latar yang ceria, kemas dan tidak terlalu terang membuatkan pengguna selesa menontonnya. Ini penting untuk meninggalkan kesan positif dalam minda pengguna.

Iklan TV memainkan peranan untuk memanipulasi emosi pengguna untuk memilih produk yang ditawarkan. Kualiti dan kekuatan produk tersebut belum tentu seperti yang diperkatakan, tapi apabila pengguna telah tertarik dan berminat, maka iklan tersebut akan menjadi punca utama transaksi perniagaan berlaku.

Begitulah kuasa iklan dalam mempromosikan perniagaan. Idea yang bernas serta isi mesej yang tepat pastinya akan meningkatkan keuntungan syarikat. Namun iklan yang kurang efektif juga mungkin akan menjatuhkan kredibiliti sesebuah syarikat.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Nizam Malek Blog. Copyright 2010 All Rights Reserved Revolution theme by Brian Gardner Ft Bloganol dot com | Distributed by Deluxe Templates

Create your free online surveys with SurveyMonkey , the world's leading questionnaire tool.