Hai, Assalamualaikum dan salam hormat,
Apa khabar?
Hope anda semua sihat di sana.
Alhamdullillah, syukur kepada Allah, atas segala nikmat yang dikurniakan.
Kadang-kala saya rasa sedih bila mengenangkan banyak sangat nikmat yang Allah beri kepada saya.
Dulu, 10 tahun lepas, masa kena penyakit Pneumothorax, saya terlantar berbulan lamanya.
Masa tu saya rasa sangat helpless.
Saya rasa tiada lagi masa hadapan buat saya.
Tapi 10 tahun kini dah berlalu.
Terlalu banyak nikmat yang Allah berikan.
Saya ada hampir semua yang saya nak buat masa ini.
Sedih bila mengenangkan.
Dan sedih juga bila memikirkan, diri ini masih belum puas dengan apa yang ada.
Begitulah manusia, sentiasa tidak pernah puas.
"Ya Allah, Kau lembutkanlah hati aku, untuk terus dekat dengan Mu, dan teguhkan aku agar dapat jadi khalifah Mu yang berkualiti di atas muka bumi ini."
Buat masa ini, setiap hari bila bangun pagi dan bersiap ke tempat kerja, hati saya penuh gundah akan apa yang bakal terjadi.
Sama ada ok atau tidak.
Rasa ini tidak pernah hadir sebelum ini.
Kadang kala aku bingung.
Kadang kala aku rasa seperti aku sudah tersilap percaturan.
Rasa ini memang tak menyeronokkan.
Incomplete, unresolved.
Hmm..
Masih ada banyak masa untuk aku go through.
Beri aku masa sekitar 6 bulan, insyaAllah selepas itu, keadaan akan jadi lebih baik.
Buat masa ini, aku perlu bertahan dan pantas belajar.
Dan dalam masa yang sama...........
-Nizam Malek
Monday, February 13, 2017
Rasa Yang Tidak Pernah Hadir
Tuesday, February 7, 2017
Tips Sewa Rumah
Wednesday, February 1, 2017
January Has Over, Now, February..
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Hai, apa khabar anda yang membaca Nizam Malek Blog ini.
Semoga sihat dan ceria sentiasa di sana.
Hari ini 1 Februari 2017.
Satu bulan Januari telah berlalu pergi.
Begitulah pantasnya masa berlalu,
Sebulan demi sebulan.
Dalam post kali ini, saya nak share sedikit pengalaman kerjaya saya di seksyen baru iaitu Seksyen Perundangan.
Alhamdulillah, saya ditempatkan di Unit Pendakwaan dan boleh saya katakan, saya dah jatuh hati dengan kerjaya baru saya ini.
Dalam Unit Pendakwaan, saya berpeluang untuk hadir ke mahkamah bagi membawa kes-kes yang ditetapkan untuk pendakwaan.
Saya dapat lihat bagaimana peguam berhujah dan apa keadaannya menjadi orang yang dituduh bersalah di mahkamah.
Ia adalah satu pengalaman yang amat menarik dan mengujakan bagi saya.
Cuma ya lah, saya masih lagi baru di unit ini.
Banyak perkara saya perlu belajar dan kuasai.
Saya umpama seorang bayi yang baru lahir.
Dalam otak sebenarnya umpama sebuah gelas yang kosong.
Tapi alhamdulillah, rakan sekerja semuanya baik-baik dan very supportive.
Bila saya tak tahu, mereka akan sudi tunjuk ajar walaupun masing-masing agak sibuk dengan tugas masing-masing.
Saya tahu, saya kena cepat belajar dan faham perkara yang saya pelajari.
I truly have to be a fast learner.
It's no more time for day dreaming.
InsyaAllah saya akan fokus dan berikan tumpuan yang sepenuhnya dalam proses membina kompetensi dalam kerjaya ini.
Bulan Januari, saya banyak mngelamun juga sebenarnya.
Emosi mudah terganggu dan selalu juga jiwa kacau.
Kadang-kala kelakar juga bila difikir semula.
Mungkin masih lagi dalam fasa perubahan dari seksyen lama ke seksyen baru.
Anyway, insyaAllah bermula Februari 2017 ini, saya akan lebih firm dan bertindak lebih professional, cewah.
Sebenarnya...
Saya amat bersyukur dengan apa yang Allah kurniakan pada saya hari ini.
10 tahun lalu, saya terlantar sakit selama 6 bulan dan hampir give up seluruh kehidupan saya.
Tapi hari ini Allah tarik saya keluar dari kesengsaraan tersebut dan berikan saya banyak nikmat, rezeki dan kemudahan.
Wife saya tak suka saya sebut pasal benda ni.
Dia kata benda dah lepas, apa nak sebut lagi.
Tapi sebenarnya, dari situlah saya datang.
Di mana saya pernah jatuh tersungkur dan bangkit semula langkah demi langkah.
Saya tidak akan pernah lupakan asal usul dan siapa diri saya.
Semoga bila saya benar-benar berjaya satu hari nanti, saya akan jadi orang yang sentiasa merendah diri dan sedar saya cuma manusia biasa yang tiada daya kecuali dengan adanya pertolongan daripada Allah.
Huhu, oklah setakat sini dulu tazkirah hari ini.
Anyway, 2017 is good so far.
InsyaAllah I will make it a lot better from time to time.
Doakan saya berjaya jadi seorang Pegawai Pendakwa (PP/PO) yang kompeten ok. =)
Terima kasih.
Kita jumpa lagi ok! =)
-Nizam Malek


