Wednesday, January 13, 2010

Fighting Nizam!!

2 comments

Esok aku akan belajar subjek baru, Pharmacognosy dan Toxicology. Dengar nama je aku dah rasa pening. =I Mungkin sebab aku tak berapa sihat, demam mengejut.. hahah..

Anyway, the time has come. Nak tak nak, esok tetap kena pergi kelas dan belajar. Tak kiralah susah macam mana pun, aku akan buat jugak.. Kalau tak, macam mana nak dapat degree Bpharm kan.. Kalau tak dapat degree nak jadi apa? Aku mesti kuatkan semangat demi masa depan sendiri.

Pharmacognosy. Apa kah benda ni? Based on my reading, pharmacognosy ni ialah pembelajaran tentang drugs yang dihasilkan melalui sumber natural. Kalau dah course under Mr Imtiaz, mesti tak boleh lari dari physical, chemical, biochemical, structure dan biological properties of the drug kita kena cover. It seems interesting actually. Harap-harap dapat 'tangkap' lah ilmu pharmacognosy ni.

Toxicology pula ialah pembelajaran tentang kesan sampingan bahan kimia yang ada dalam drugs pada badan manusia. Mungkin kita akan belajar kaitan dose dan kesan sampingan. Hmm, penting subjek ni untuk pharmacist.

Aku kena banyakkan membaca lepas ni. Tak boleh malas-malas dah.

Ohya, esok jugak kita akan tahu tajuk-tajuk untuk research project. Harap-harap dapat tajuk yang aku minat. Kalau boleh nak buat berkaitan community pharmacy. Kalau tak dapat, kasi pasal industrial pharmacy pun boleh lah.

Dah tengok senior present research project diorang pagi tadi. Rasa dah dapat view macam mana research project ni dibuat.

Mesti banyak kerja dan busy sangat lepas ni. Tapi takpe, just do the best!!

Monday, January 11, 2010

Tips pemimpin yang baik

0 comments

Beratkah beban yang ditanggung? Mampukah aku? Mahukah semua orang dengar cakap aku? Mungkin antara soalan-soalan di atas akan sentiasa berlegar-legar di fikiran saat kita terpilih menjadi wakil atau ketua.

Perkara-perkara seperti itu akan membuatkan kita tertekan dan rasa tidak mahu menggalas tugas yang diberikan. Tapi fikirkan sejenak, apabila kita dipilih menjadi ketua, sudah pastinya ini satu peluang bagi kita untuk mengasah bakat yang ada pada kita.

Mungkin sebelum ini kita segan berucap di hadapan ramai, kita takut berjumpa dengan orang berjawatan lebih tinggi dan mungkin juga kita sebenarnya memang tidak bertanggungjawab. Jadikan ruang dan kesempatan yang ada itu untuk kita perbaiki diri kita sendiri.

Apa kata saya kongsikan rahsia-rahsia mudah untuk menjadi seorang ketua yang baik? Rahsia-rahsia ini adalah melalui pengalaman sendiri dan pemerhatian:
  1. Ucapkan terima kasih -terima tanggungjawab dengan nada positif, rendah diri dan yakin. Orang bawahan kita akan menghormati kita sebagai pemimpin mereka, jika kita menghargai amanah yang mereka berikan.
  2. Kenali tugas -pemimpin yang baik adalah pemimpin yang tahu bidang tugasnya dan bersedia melakukannya.
  3. Jangan bertindak sendiri -jangan menjadi diktator yang angkuh. Dapatkan pendapat orang bawahan sebelum membuat sesuatu keputusan.
  4. Cipta sistem sendiri -kita selalu rasa cemas bila membaca pencapaian pemimpin yang lalu. Kejayaan cemerlang mereka memimpin selalunya membuatkan kita merasa kecil. Jangan begitu.. Setiap pemimpin ada cara masing-masing. Ciptakan cara bekerja anda sendiri tanpa terikut-ikut dengan cara bekerja pemimpin terdahulu. Walaubagaimanapun, yang baik perlu diteruskan.
  5. Berkomunikasi -80% punca kepemimpinan kita tidak mendapat sokongan orang bawahan ialah kerana kita tidak berkomunikasi dengan mereka secara efektif dan jelas. Pastikan orang bawahan faham apa yang kita rancangkan.
  6. Hormati mereka -jangan panggil orang bawahan dengan bahasa yang terlalu lantang seperti 'people' tapi panggillah mereka dengan perkataan yang lebih personal seperti 'kawan-kawan'. Anda akan perhatikan orang bawahan anda akan lebih berminat mendengar apa yang ingin anda sampaikan.
  7. Belajar dari kesilapan -Kita sering kali melakukan kesilapan. Tidak mengapa, orang yang gagal ialah orang yang menarik diri bila berlaku kesilapan. Tetapi orang yang berjaya ialah orang yang mampu menangani kesilapan dan berusaha memperbaikinya.
Percayalah, selepas kita tamatkan tugas itu nanti, kita akan dapat lihat perkembangan positif dalam diri kita. Dan sudah semestinya, nilai positif itu amat berguna untuk kita pada masa hadapan.

To my 3rd batch bpharm colleagues~

0 comments

Assalamualaikum dan hye semua.

Alhamdulillah genap 2 semester aku berjaya selesaikan amanah tugas sebagai batch representative. Setelah berbagai-bagai dugaan dan cabaran yang ditempuh, kini tibalah masanya untuk aku lepaskan jawatan itu. Berikanlah tugas dan tanggungjawab itu kepada yang lain moga mereka dapat merasai peluang menjadi wakil pelajar.

Tetap segar di ingatan, saat dipilih menjadi batch representative pada awal semester ke empat. Secara rasmi diberikan tugas daripada Pn Linda dan antara ungkapanku ialah, "kita akan gunakan internet atau email dengan lebih kerap untuk berkomunikasi". Dan aku rasa aku telah lakukan apa yang aku katakan seperti pada mulanya. =)

Amat banyak pengalaman yang aku dapat kutip daripada tugasan ini. Aku dapat rasakan perubahan kematangan dalam erti kepemimpinan dan berjaya memperbaiki kesilapan-kesilapan lalu.

Thanks to all my collegues yang telah memberikan sokongan. Korang semua telah banyak membantu aku. Pencapaian hari ini pencapaian kita semua. =)

Teruskan disiplin dan semangat berkumpulan yang telah kita bina selama ini terhadap batch representative yang baru.

Ikhlas,
Nizam Malek

Saturday, January 9, 2010

AJL ke 24

1 comments


I choose Juara Lagu for this year..

'Dan Sebenarnya -Yuna' =P

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Nizam Malek Blog. Copyright 2010 All Rights Reserved Revolution theme by Brian Gardner Ft Bloganol dot com | Distributed by Deluxe Templates

Create your free online surveys with SurveyMonkey , the world's leading questionnaire tool.